Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Semua orang dah habis mati !!!

Hari ini hari selasa. Semalam hari isnin. Semalam balik sekolah terus Nurul jumpa aku yang sedang memasak di dapur.

" Mama, esok Nurul tak nak pergi sekolah "





" Kenapa ," aku bertanya.

" UPSR dah habis.., tak belajar pun. Tadi Nurul tak bawak baju sukan waktu PJ. Kena lari 5   pusingan................malu Nurul. "

" OOoo . Dah tu nak suruh mama buat surat lagi lah ? Nak tulis alasan apa pulak kali ni ?"
Suami aku yang kebetulan ada di rumah dan mendengar perbualan kami menyampuk, " dulu kalau balik lambat dari kampung je..korang malas nak gi sekolah. Satu tahun... empat, lima kali cuti. Jatuhnya mesti kena hari Isnin. Sampai cikgu dah cam dah - anak cik Wan ni ada pantang hari isnin ke ?"

" Itu dulu pa. Sekarang ni dah 2 tahun kita orang semua jaga rekod tak ponteng setiap hari isnin, " kata Nurul
selamba.

" Nurul ingat ..., nak cakap aja lah dengan cikgu..., esok Nurul tak nak datang. Kepala Nurul pening hari ni jadi melarat sampai esok. Esok hari rabu. Khamis pulak saya nak terus sambung demam cikgu.......jadi tak payah buat suratlah. Lagi pun mak saya cakap dia dah tak boleh cover, " bicara Nurul sendiri dalam gelak kecil.

" Aku menyambung, " aah..,elok sangatlah tu. Mama pun dah tak tau nak tulis alasan apa . Awal tahun bolehlah bagi alasan orang tu sakit, orang ni mati.  Ini dah hujung tahun ...., semua orang dah habis mati. Tok nenek dua-dua belah pihak pun memang dah mati. Sekarang  tak  ada orang yang nak sakit dan  mati lagi dah ! "

                                                 

3 comments:

  1. wah satu tahun empat kali cuti itu berarti enak juga, kalau masalah hari sebenarnya hari senin itu bagus, tapi menurut saya.

    sangat berkesan artikelnya sobat, saya jadi kepengin cuti nih..hehe

    ReplyDelete
  2. Anak-anak sekarang lebih pintar dalam memberi jawapan Penyuluh Perikanan ;-)

    ReplyDelete