Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERCEKIK TULANG IKAN.

Tercekik tulang ikan ? Selalunya bila tercekik tulang ikan aku ok je. Tapi tidak kejadian pada kali ini.
Biasanya bila tercekik tulang ikan petua pertama yang aku amalkan ialah mengepal nasi dan menelannya tanpa dikunyah. Kalau tulang ikan tu jenis yang mudah diurus, lepas telan sekepal nasi biasanya ok dah. Kalau yang jenis degil , jawabnya kena telan dua kepal la.

berebut dengan anak makan, ikan kembung goreng, kangkung belacan, tulang serampang tiga mata


                                                   

petua minum cuka, kepal nasi, cuka 8 sudu, herot muka, sakit, 3 hari tercekik
Malah selalunya juga bila kawan-kawan tercekik tulang ikan hingga herot-herot muka ( menahan sakit ) , aku sarankan mereka telan cuka satu sudu. Cuka tau cuka makan. Bukan suruh telan cuka getah atau asid. Lepas depa telan cuka satu sudu makan ,aku suruh dia orang tidur. Bila dia orang bangun dari tidur - memang tulang ikan tu dah tak ada.
Jadi 3 hari lepas bila aku sendiri tercekik tulang ikan kerana berebut makan dengan anak-anak ( kangkung goreng belacan dengan ikan kembung goreng sambal ), aku pun konfident la telan cuka makan 1 sudu.
Ehh...kenapa tak rasa tulang tu meluncur ke dalam tekak macam selalu ya ?
Aku telan lagi cuka satu sudu....alamak, tulang tu tetap tak bergerak.
Ahh ...sudah .......
Aku telan lagi sesudu cuka , rasa macam tulang tu bergerak ke tengah tengkorokan tapi tersangkut lah pulak kat dinding tekak.

Wah, tulang ni dah main kasar dengan aku. Macam serampang tiga mata pulak dia melekat kat dinding kiri tekak. Ini macam kalu, aku kena bawa tidur dulu.
Esoknya bila bangun tidur, tekak aku masih terasa sakit dan perit yang amat dan tulang tu masih melekat di situ. Tak boleh jadi ni. Aku turun ke dapur dan telan cuka lagi - satu sudu makan. Tak rasa pergerakan pun di tekak aku.

Telan lagi satu sudu...sama juga. Kacau...kacau. Selama ni petua tu memang menjadi dan sangat mujarab. Kenapa kali ni aku pula yang seperti terkena sumpahan petua sendiri ?

Di hari ke dua tanpa aku sedari aku dah telan 8 sudu makan cuka. Tak jalan juga . Aku diamkan lagi. Hari ke 3 aku telan lagi cuka 6 sudu makan. Perghhh. Tak pernah hayat aku telan cuka sebanyak tu. Suspen lah juga, takut-takut nanti aku pulak yang berulang-alik ke tandas sakit perut.
Ehh, sampai ke sudah,sakit perut tidak, memerut pun tidak. Apa sudah jadi ni ? Hinggalah ke malam, aku cuma rasa sedikit pergerakan di tengkorok aku.

Malam itu sebelum tidur aku berdoa ; Ya Allah Ya Zal Jalali Wal Ikram, hamba mohon keampunan kepada MU di atas segala dosa yang telah hamba lakukan. Hamba mohon pertolongan MU untuk kesembuhan tekak hamba yang sakit. Hamba mohon izin MU Ya Rabb., cuka itu sebagai perantaraan penyembuh kesakitan hamba. Ampuni hamba di atas kelalaian dan apa jua dosa hamba. Ya Allah...Engkau Yang Pengasih, Engkau Yang Maha Penyayang, ampunilah dan kasihanilah hamba mu ini.
Dan aku meraubkan dua tapak tangan ke muka sebelum berbaring dengan tekak yang masih sakit.
Sebenarnya aku sendiri binggung adakah aku tercekik tulang ikan ataupun tertelan peluru stapler ?
Dan keesokan harinya bila aku bangun lagi dari tidur aku sudah tidak terasa tulang ikan yang bagai serampang tiga mata itu di situ. Durinya yang melekat di sebelah kiri tekak ku dah hilang !
Alhamdulilah...terima kasih Ya Allah.