Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Jamu tumis betik muda !

JAMU TUMIS BETIK MUDA. Hemm...apa tu ?
Itulah kenangan paling kelakar yang aku ada sewaktu mula belajar memasak
belasan tahun dahulu. Aku tinggal bersama ibu yang merupakan ibu tunggal.
Seingat aku waktu itu aku berusia 17 tahun. Inspired bila tengok kakak aku masak.
Cemburu bila dengar cerita kawan-kawan boleh memasak bagai-bagai
sewaktu sesi rehat di sekolah. Ini tak boleh jadi. Aku mesti PANDAI MEMASAK.


Nak dijadikan cerita ibu ku kerjanya mengutip dan mengumpul
siput sedut di pesisir pantai. Kemudian ibu akan menjualnya bersama serba
sedikit sayuran lain di pasar malam  di bandar Pontian.
Hari itu cuti - sabtu. Aku dengan penuh semangat pergi ke dapur. Mencari apa
yang ada untuk di masak.

Apa pun tak ada. Ibu aku bukan orang senang. Jadi aku turun ke tanah melilau
di belakang rumah memerhati pokok sekelilingnya. Tak ada. Yang ada cuma
sepohon pokok durian tua. Itu pun milik tuan punya tanah kedaung yang buruk siku.
Aruah suaminya dah wakafkan tapi dia tuntut juga pemilikannya.
Tiba-tiba aku terpanndang pokok betik yang sedang berbuah.
Adalah dalam 6 biji dan.............ada sebiji betik muda yang saiznya agak besar
aku petik.
Bawa balik ke rumah. Aku excited nak masak. Nak buat mak happy .
Biar bila dia sampai rumah nanti dah ada makanan.
Mak tak payah susah-susah masak dan terus boleh makan !
Tung-tang, tung-tang...masakan aku siap.

Tengahari tu sewaktu makan bersama  mak bertanya, " Mana kau dapat rempah ni Inah ?"
" Tuuu....rempah kari yang ada dalam botol tu," aku jawab confident dan dengan selamba.
Mak : " Haaaaa........................?"
Aku  : " Kenapa mak ? "
Mak : " Itu bukannya rempah kariii...tapi JAMUUUU "
Aku terus terberhenti makan dan menelan air liur. Aku ingatkan kari ke kunyit. Alahai........
Mak : " Tak apalah Inah.....sedap ! Mak pun dan kenyang ." Dia ketawa.
Aku ketawa juga. Hahahaha...sampai hari ni dan mak pun dah tak ada. Kenangan itu masih mengusik jiwa.
Nak try ?

                              foto dari hotchickmama.fotopages.com