Farouk balik tergesa-gesa parking motor dan berlari ke tingkat atas. Saya terpinga-pinga.
" Mama tau tak..., abang punyalah sakit perut...macam nak putus urat perut abang menahan tadi ", dia bersuara selepas meneguk air masak.
Ooo...saya mula dapat meneka, " kenapa tak memerut kat sekolah aja ? "
" Memerut kat sekolah mama kata ? Pintu tandas pun tak ada ! "
" Eiik..dah tu macam mana korang semua membuang hajat ? "
" Abang memang tak akan buang punya. Abang sanggup tahan. Orang lain abang tak tau. Macamana nak berak kalau tak ada pintu ? Kencing tahan lagi la .."
Tak habis-habis kisah tandas sekolah ni ya. Dari dulu hingga sekarang, tak pernah berubah perkara ni. Baik sekolah rendah atau menengah., sama aja keadaannya.
Kalau tandas cikgu tu bukan main bersih. Siap berkunci lagi...punya lah nak jaga. Tapi kenapa mesti ada double standard ? Kot iya pun nak mengelakkan gejala yang tidak diingini berlaku dalam tandas, tak akan sampai tak berpintu tandas murid. Apa cikgu aja ke yang tau malu ? Murid-murid tak ada perasaan malu ?
PIBG tengok-tengoklah sikit perkara ni. Duit tabung PIBG banyak . Tak kan muflis kalau baiki tandas atau
beli pintu tandas baru sekeping dua !
notatercicir.blogspot.com
pergh...sampai tahap tak ada pintu?? teruk bebeno tu
ReplyDelete