Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iraq di sebalik harapan, impian dan kenyataan


Iraq di sebalik harapan, impian dan kenyataan.
Pada pandangan mata orang biasa Iraq hanyalah negera yang tewas di sebalik propaganda Amerika menerusi episod 9 September 2001. Negara yang megah dengan keagungan dinasti Hamurabi dan kekuasaan Raja  Nebuchadnezzar II (605-563 BC). Ramai yang lupa bahawa salah satu daripada 7  benda ajaib di dunia terletak di Iraq.




Masyhur seantero dunia dengan 'Taman tergantung Babylon ' menunjukan bertapa hebatnya teknologi mereka lebih 5 kurun yang lalu. Malangnya kemegahan dan keagungan dan kekuasaan babylon itu dapat dimusnahkan melalui konspirasi Amerika, Britain dan Perancis.

Iraq musnah dalam peperangan . Iraq diprovokasikan sebagai  pusat kejahatan dunia islam dan ke diktatoran Saddam Hussein. Serangan Amerika berjaya dengan sokongan NATO. Tanah Mesopotamia itu menjadi kucar kacir . Hasil buminya terbuang. Telaga minyak, gas asli dan lombong sulfurnya terbakar dan dengan sengaja dibakar untuk melumpuhkan ekonomi dan melemahkan semangat rakyatnya. George Bush selaku arkitek peperangan memecahkan pemerintahan Iraq melalui 3 kaum dan golongan. Syiah, Sunnah dan puak Kurdish. Pengaruh Saddam Hussein yang merupakan puak sunnah telah dilumpuhkan. Sebaliknya mereka melantik Nouri Al-Maliki sebagai Perdana Menteri Iraq.
Al-Maliki dilantik sebagai ketua puak Syiah yang dilantik oleh US 
dan mendapat dukungan kuat dari Teheran. Semua ketua puak mereka
sukar duduk semeja sebaliknya sering berbalah pendapat dan menginginkan
puak mereka meguasai puak yang lainnya. Rundingan dan persetujuan
puak menjadi sukar dan inilah yang diinginkan oleh US.
Amerika berhasil menguasai pengeluaran petrol iraq semahu mereka.


1. thecurrencynewshound.com
2. www.dinarrecaps.com
3. theiraqidinar.com


Nilai wang mereka diturunkan ke paras yang paling rendah dalam sejarah matawang.
Dinar iraq sewaktu pemerintahan Saddam adalah USD 3.40/iqd. 
George Bush melalui President Executive Order 13303 membenarkan 
rakyat US membuat pelaburan di Iraq dan mereka mempunyai 
hak yang sama dengan rakyat Iraq untuk melabur.

Kini selepas 11 tahun negara itu diserang , negara itu bakal bangkit 
menguasai ekonomi global. Walau berbagai syarat dikenakan melalui
Chapter 7, terikat dengan Perjanjian Erbil dan HCL 
( Hydro Carbonised Law ) agreement, Iraq dilihat mampu melonjakkan ekonominya.
Negara itu bakal menjadi gergasi ekonomi dunia.
Sebagai negara ke 2 terbesar pengeluar minyak dunia ( selepas Arab Saudi ), negara terbesar mengeluarkan gas asli dunia, negara yang telah dikenal pasti dan diumum kaya dengan logam asli Palladium, Emas, Berlian dan memiliki lombong Sulfur terbesar dunia adalah tidak wajar bagi Iraq memiliki nilai wang yang paling rendah di dunia buat masa kini. Nilai tukaran iraq dinar/iqd semasa  ( sebelum di apungkan/revalue ) adalah 1USD = 1,164.02 IQD ( iraqi dinar ) ATAU bersamaan dengan 0.00263994 ringgit Malaysia.


Tapi siapalah yang percaya yang dinar Iraq  mampu melonjak ke harga asalnya USD 3.40/iqd ? Atau mungkin lebih besar nilainya dari itu bila diapung nanti ?
Memegang dinar Iraq adalah sama dengan memegang portfolio pelaburan di negara mereka. Mungkin masih ramai yang tidak sedar dengan keruntuhan ekonomi EURO zone. Iklim global ekonomi sudah berubah. Duit fiat yang kita miliki sekarang  bakal
mengalami lebih daripada 30% kemerosotan nilai. Cara mengembalikan ekonomi dunia adalah kembali kepada asal kewangan iaitu ' ASSET BACKED CURRENCY ' dengan manjadikan emas sebagai sandaran utama kewangan. Tetapi asset backed currency boleh juga di sandarkan dari hasil bumi yang lain contohnya minyak petrol dan gas juga dari sumber logam lainnya.

Satu masa dahulu bila Kuwait menaikan kadar matawangnya semula kepada asal - 3.64USD/ kuwaiti dinar ( selepas peperangan dengan Iraq ) dunia  terkejut. Terkejut kerana Kuwait telah mengumumkan kenaikan matawangnya semula di saat kemusnahan negara masih terasa. Di saat  itu mereka masih mengalami putusnya bekalan elektrik dan sistem komputer yang 'down'. Apa yang jadi sesudah itu adalah sejarah.

Hanya segelintir rakyat Malaysia yang berani mengambil peluang 
di atas situasi politik yang berlaku ketika itu. 
Spekulative mata wang asing adalah pelaburan yang paling menguntungkan.
Melebihi 700 persen. Mereka yang memegang dinar Kuwait menjadi jutawan.
Walau bukan dengan sekelip mata. Bagaimana ? Kerana mereka membeli dinar Kuwait sewaktu harganya jatuh dengan kadar 0.05 USD per dinar kuwait . Bila Kuwait menaikan nilai matawangnya kepada USD 3.64/dinar .....MELETUP ! Bayangkan berapa keuntungan yang mereka dapat . 
Pepatah cina ada menyebut ; TEMPAT YANG PALING BANYAK RISIKO ADALAH TEMPAT YANG  PALING MENGUNTUNGKAN UNTUK BERNIAGA.
Ironinya berapa ramai di antara kita yang berani MENGAMBIL RISIKO ?


Beri sedikit masa mata wang ini mampu mewarnai dan menguasai ekonomi dunia             


Saya teringat panggilan talipon dari kakak saya pada satu hari :
Kakak :    Awak dengar tak fatwa ulama tenteng ' forex ' ....HARAM
Saya  :      Dengar. Kenapa ?  ( saya jawab acuh tak acuh )
Kakak :    Habis duit Iraq yang kita pegang tu macam mana ? 
                 Haram laa.
Saya  :      Ooo kalau macam tu duit Riyal Saudi yang masih berbaki 
                  tu haramlah !  Duit US dan Brazil yang kita sama-sama belii..
                  tapi belum guna dan kita   simpan tu pun haram juga ?
Kakak :    Dah tuu...ini kan matawang asing ?
Saya  : Memang. Bezanya dinar iraq/iqd yang kita pegang ni bentuknya 
                 ' hard cash /Currency ’. Awak yang pegang sendiri duit tu.
     Awak simpan duit tu kat rumah. Bila kerajaan Iraq umumkan RV 
                   nanti ....jual/tukar ajalah kat mana-mana money changer.

Kesimpulannya tukaran wang asing memang terbentuk dan dasarnya adalah ' speculative'. Faktor politik, hasil bumi, kestabilan sesuatu 
negara serta dasar-dasar kerajaannya adalah penentu kepada
kenaikan matawang sesebuah negara itu.

                                              Iraq..... GO RV !!






4 comments:

  1. Ya memang nasibnya iraq selama 11 tahun terakhir ini sangat merosot dalam mata uang, semoga saja ke depan bisa lebih jaya, dan Hasil Bumi yg berupa tambang akan memperbaiki ekonominya, saya baru tahu kalau tambang minyak dan emas luar biasa banyaknya, sunbgguh hebat..????
    mudah^an saja

    ReplyDelete