29hb Mac 2013
Kalau orang lain pilih bercuti pada hujung minggu. Aku pilih jumaat. Malas nak bersesak bila hujung minggu tambahan pula tempat ' hot ' macam Genting ni pasti ramai yang bakal mengunjunginya. Perjalanan yang tidak dirancang ini melakar kenangan indah bersama anak-anak.
" Kenapa tak nak bawa kereta naik Genting ma, mama kan dah biasa bawa kat cornering," Hafizul bertanya bila aku menolak idea untuk memandu ke sana.
" Memanglah ...tapi mama sebenarnya dah 18 tahun tak pernah drive ke Genting lagi. Dulu muda-muda oklah. Sekarang ni dah tak berapa nak muda jadi aktiviti lipat melipat dan race me-race ni mama dah sangat kurangkan. Lagi pun kereta mama tengah tak berapa sihat, sebelum kereta tu berasap waktu mendaki bukit nanti, lebih baik kita jangan ambik risiko. "
" Papa kan ada ? " Nurul pulak menyampuk tak puas hati.
" Kereta papa siapa pulak nak drive ?"
" Daniel tak pernah naik bas dengan teksi. Kita pegi naik bas aja ma - best !" Daniel beri cadangan.
Puas ber'oosom' akhirnya kami buat keputusan naik kenderaan awam. Kereta, aku tinggalkan di office hubby di Jalan Klang Lama. Dari situ kami naik teksi ke KL Sentral. Tambang teksi aku ke KL Central baru RM 10 tapi hubby aku kena caj 14 hinggit. Amik kau, muka sucilah katakan. Ahaks.
Belum sempat naik ke tingkat 1 untuk beli tiket ke Genting kami dihampiri oleh driver teksi di sana. Deal punya deal satu teksi dia caj sampai ke Genting RM 90 kali 2 teksi = RM 180.00 ( kos termasuk tol ni ) dan dalam perjalanan sekiranya kami ingin singgah ke mana-mana mereka sanggup tunggu tanpa mengenakan sebarang kos tambahan. Oh ya terlupa beritahu ini kos teksi dari KL Central ke stesyen Skyway di Gohtong Jaya ( tempat menaiki cable car ). Kos sebenarnya jika menaiki bas dari KL Central ke Gohtong Jaya + menaiki cable car ke puncak Genting hanyalah RM 20.60 ( pergi balik ). Perjalanan pun mengambil masa lebih kurang 45 untuk sampai ke stesyen Skyway itu.
Dalam perjalanan mendaki menaiki teksi untuk ke Gohtong Jaya, kami terserempak dengan 3 buah kereta berhenti di tepi jalan termasuk sebuah BMW - berasap ! Dalam hati aku bersyukur tak drive kereta untuk memanjat ke Genting kalau tak.....pasti keadaannya sama macam tu. Perjalanan kami juga diselang seli dengan pemandangan pemandu-pemandu saling memotong di selekoh-selekoh tajam di situ. Cayalah. Ibarat pejam mata pun boleh potong punyalah. Expert habis.
Perut yang lapar minta diisi. Kami memang tak sempat bersarapan pagi hari ini kerana mengejar masa. Oleh kerana tempahan bilik hotel semua dah penuh....confirm kami terpaksa balik hari itu juga. Pemandu teksi yang baik hati menunjukkan kami tempat untuk makan tengahari di situ - RESTORAN PUTERI ( terletak di bawah - sebelum sampai ke Gohtong Jaya area. Aku ingatkan restoran mamak, tapi syukurlah rupanya restoran yang menghidangkan masakan melayu yang boleh tahan sedap dan harganya pun reasonable...walaupun tuan punyanya mamak ! Ok apa. Pemandu teksi tu pulak bertindak sebagai pemandu pelancung kepada kami dengan memberi cadangan kami untuk singgah ke kedai yang menjual berbagai jenis coklat yang semuanya sedap-sedap belaka dengan harga yang berpatutan.
Macam-macam gambar coklatnya tapi bnyk blur, yang ini je yang ok.
Ni je coklat yang aku beli.
Lepas tu kami dihantar ke atas ( Stesten Skyway ) untuk beli tiket menaiki gandola. Harga tiket pergi balik untuk dewasa ( dari Stesyen Gohtong Jaya ke puncak Genting Highland ) ialah RM 12. Tiket kanak-kanak pula.....hehehe, sama je. Setiap satu gondola boleh memuatkan maksimum 8 orang penumpang.Oh ya Genting Skyway ini beroperasi dari 7.30am - 12am tengah malam SETIAP HARI. So sesiapa yang nak turun dari Genting malam tu, no problemlah.
Sebelah kaunter bus tu baru kaunter tiket skyway
Sempat posing lagi ...huhu
Meriah dengan anak-anak
Escalator untuk dinaiki ke ruangan menunggu cable car
Jangan tak tahu punyalah ramai orang yang beratur kat sini walaupun hari jumaat. Sabar aja lah. Nak dapatkan turn menaiki gondola tu lebih kurang 35 minit jugalah. Lebih dari 12 baris panjang yang beratur. Farouk dah merungut tengok barisan yang panjang tu. Panaslah juga walaupun ada air cond dan kipas.
Tiket express harganya RM 30/two way ( return ticket ) per person .
So bila dah beli tiket ni tak payah beratur. Masuk guna laluan yang sama tapi tak payah menunggu dan beratur.
Tourist banyak guna ticket ni.
Tengok betul-betul waktu operasinya tu. |
Cam ni punya panjang barisan. Berasap ketiak. |
What do you expect ?
Tengok bawah tu ...nampak macam dekat je jaraknya. 18 tahun dulu semua ni tak ada lagi. |
Aku memang suka pemandangan yang penuh kehijauan begini |
Daniel. Dia ingat dia model iklan cable car ?? |
Sesejuk dan sesegar mata memandang :-)
Cable car yang dinaiki mendarat di Resort World Genting. Daniel dah tak sabar nak explore tempat permainan di situ. Abang-abang dan kakak-kakaknya yang lain pun sama. Bukan peduli sangat tentang pemandangan lain di Genting kecuali bermain di taman tema. Oleh kerana waktu itu dah hampir jam 3 petang aku memilih untuk memasuki Out Door Theme Park Genting. Harap-harap tak hujan sebab cuaca sudah mula mendung.
Bayaran masuk ke Out Door Theme Park Genting ini adalah RM 50 untuk dewasa dan RM 30 untuk kanak-kanak. Waktu aku sekeluarga beli tiket tu kebetulan ada DIGI promotion. Hanya perlu buktikan kami adalah pengguna line digi maka 30% potongan diberikan dari harga tiket. Kebetulan aku pengguna digi so my hubby too. Ding dong ding dong kami cuma perlu bayar RM 290 saja hari tu instead of RM 480. Hoorayyy...JOM MASUK !!
First-first masuk cari bilik air dulu - bimbang terkucil waktu bermain nanti. Bujang aku yang 3 orang terus lesap. Ciss, tak sempatnya aku nak beri arahan. Tinggallah anak dara 3 beradik . Paksa papa mereka naik buaian The Spinner . Dia tak tahu papa dia tu jenis gayat .
Mat dan minah arab ramai ooo yang suka naik the spinner ni. Bila spinner bergerak laju mereka depangkan tangan dan menjerit sakan OOOOOOO !!!! |
Sengsara hubby aku. Demi memenuhi ajakan anak-anak gadisnya dikuatkan juga semangat.
Syabas bang ;-)
Aku ? Jadi camera woman dia orang je le sebab aku pun gayat juga sebenarnya hehe..
Jadi untuk menghilangkan boring aku pun pergi stroll sorang-sorang, snap beberapa keping gambar landscape di dalam kawasan taman tema tu..hehehe.
Waktu ni hujan dah turun renyai . Untuk pengetahuan semua game di sini akan
diberhentikan sekiranya hujan turun. Yalah untuk mengelakkan kemalangan yang tidak diundang berlaku - lebih baiklah begitu.
Yang pasti perempuan dalam gambar ni bukan aku :-) |
THE WAVE.
Permainan yang gila laju tapi menyeronokan kepada yang menyukainya. Hafizul dengan Farouk naik ' the wave ' ni 2 X.
Aku ?
Laju yang begini aku memang tak suka.
Takut lepas benda ni berhenti berpusing aku pun dah keras kat tempat duduk pasal jantung dah berhenti berdegup.
Foto blog orang kampong aku http://4.bp.blogspot.com
Nak main bumper boat Daniel tak cukup berat dan cukup tinggi jadi tinggallah kakak-kakak dan abang-abangnya di sini sementara aku dan suami menemaninya naik kereta antik kat bawah ni.
Jadilah. Dan selepas itu Daniel merengek minta di bawa ke indoor game yang terdapat di First World Hotel pulak. Dia bosan sebab semua game di outdoor theme park ni kebanyakannya dibenarkan main mengikut ketinggian. Kalau tak cukup tinggi jangan harap dapat main. Kadang-kadang kalau cukup tinggi pun contohnya tinggi anak anda 132cm dan di game itu pun MEMANG TERTULIS 132cm tapi bila diukur tetap tak cukup tinggi. Sebab bila sesuatu game itu agak merbahaya alasan mereka untuk menolak anda main permainan tersebut secara lembut dan terhormat dan tak payah melayan songeh anda dengan cara ' mengubah ukuran ketinggian anda'. ( Seolah-olah meter pengukur cikgu kat sekolah tu tak betullah ). Jadi tak payah bergaduh dengan pengunjung. Penjaga game tak payah penat mulut bercakap dan pengawal keselamatan pun tak payah dipanggil datang untuk menenangkan pengujung yang berang bila tak boleh main sesuatu game tu. ( Anak aku terkena beberapa kali dengan trick diplomasi yang sebegini. Pandai management Genting ni.
Jam dah pukul 8.30 malam. Anak-anak masih cergas macam biasa terutamanya Daniel, tapi akulah yang dah lembek. Letih kaki menapak ke sana ke mari. Macam-macam alasan aku bagi kat Daniel , aku kata orang yang nak masuk ke indoor game tu kena ada VVIP kad. Kalau tak ....tak lepas masuk dan tak boleh main di kawasan indoor game tu.
" Ooohh..kenapa mama tak cakap awal-awal ? Kann Daniel dah salah faham. Daniel ingat mama sengaja tak nak bawa Daniel pegi situ," Daniel mengesat air matanya yang mengalir.
" Lain kali tak payah pegi taman temalah ma, bukannya banyak yang Daniel boleh main pun," membebel lagi dia. "
" Lain kali kita gi mandi laut je. Laagii banyak aktiviti, boleh naik banana boat, main jet ski, berenang lagi best kan ?" aku cepat-cepat sambung. Ohhh perut aku dah berkeroncong ni.
Dan dipendekkan cerita akhirnya sebelum bertolak balik kami singgah makan di Kenny Roger Roaster di First World Hotel di mana terletaknya indoor game itu. Aku suka makan di sini kerana waiter dan waitres nya yang ramah dan berbudi bahasa. Dan semuanya cakap melayu . Tak speaking london pun, terkezut aku. Selalunya kat tempat-tempat peranginan macam ni biasanya depa cakap english, malu cakap melayu....cehh .
Snow World |
Kami beredar selepas makan malam dan di waktu jam menunjukan pukul 10.20pm. Bergegas naik ke tingkat 3 di Resort World Genting untuk menaiki cable car ke bawah ( stesyen skyway yang terdapat di Gohtong Jaya ).
Dari situ kami nak cuba naik bas pulak untuk balik ke KL. Semua seronok dan setuju. Macammana rasa naik bas menuruni Genting ya ????
Suasana pulang menaiki cable car memang tenang, tak payah beratur langsung sebab mungkin ramai yang dah turun walaupun kawasan Genting beroperasi 24 jam. Gelap dan sesekali kami berselisih dengan kabel car kosong yang datang dari arah bertentangan. Aku terdengar bunyi suara orang bercakap riuh sekali seolah-olah cable car kami melintasi kereta yang berhenti di bawah. Tiba-tiba selepas itu aku terdengar suara perempuan mengilai kecil dan sekejab saja bunyinya ( tak taulah samada suami aku dan anak-anak dengar ke tidak suara mengilai tu ). Dalam hati aku berkata.' amboi kuatnya perempuan ni ketawa dah malam-malam begini ' dan tidak lama kemudian cable car yang kami naiki tiba-tiba terhenti. Kami tergantung di dalam cable car itu. Jarak antara cable car ke stesyen hanya tinggal kira-kira 800 meter lagi. Aku tak taulah penumpang yang dibelakang cable car aku tu suspen ke tidak. Tapi apa aku nak kisah sebab dia lelaki. Aku tak banyak cakap dan anak-anak pun dah tau apa nak buat. Baca zikir je pelan-pelan.
Lama juga kami tersangkut di situ, kira-kira 12 minitlah juga. Dan selepas itu baru cable car itu bergerak semula.
Turun saja dari cable car kami bercempera lari ke stesyen bas di bawah. Sekali lagi kami terkejut - erkk , bas dah tak ada !!!! Ahh...sudah kerja. Nak balik naik apa ????? Nasib baik ada pengusaha kereta persendirian yang memang sentiasa ada di situ, dia menghubugi kawannya yang lain dan akhirnya kami balik ke Klang Lama menaiki EXORA. Beres. Tak perlu 2 kereta pun. Malam tu memang letih gila. Badan aku rasa nak terbarai dengan sendi yang rasanya tertanggal satu persatu.
Ini bukan rupa pontianak yang mengelai tu ya..
Esok malamnya bila dah sampai rumah baru Natasha bertanya pada aku ,
" mama ada dengar tak bunyi perempuan mengilai sebelum cable car kita berhenti semalam ?"
Ahh sudah......rupanya dia pun dengar juga. Nurul pun menceritakan hal yang sama. Nampaknya bukan aku saja yang perasan dan dengar suara mengilai tu tetapi juga 2 orang dari anak-anak ku. Hubby aku , Farah, Farouk , Hafiz dan Daniel memang tak dengar bunyi langsung. Shyttt....jaga-jaga bila turun Genting malam buta.
HEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHEHE............................
As salam Kak,
ReplyDeleteTgk pada gambar, mmg boleh lenguh satu badan ni..hehe
p.s. ada perempuan mengilai...oooooooooooo
Memang bersiap sedialah untuk terbarai bebrapa hari bila ke sini.
Deletecahayacinta.com _ SURI
ReplyDeletesalam..
sy dpt pergi sekali jer sis..
eh ada hantu ker hee..tu mlm2 bhya..
pesanan/;sy terpaksa tinggalkan jejak komen guna google akaun.tk blg guna akun biasa tu hhuhuhu..
No problem Suri.Tq.
Deletehuhuhuh sy kalau gi genting xmain pun juz masuk teman org...gayat lah
ReplyDeletehttp://myaleo.blogspot.com/2013/04/dating-with-hubby.html
Kita serupa laa Masmira ;-)
Deletetak pernah naik genting lagi..tapi nampak gaya memang seronok..bab mengilai tu, biasa la..heheehehe..
ReplyDeleteMemang seronok dan lebih seronok bila tengok anak-anak gembira.
Deletewah.. ni yang tak berani nak naik cable car genting ni..adeh..
ReplyDeleteAla, ko kan dari Geng Penyamun Incorp, Hantu takut dengan penyamun sebab dekat2 seiras.
DeleteHehehe...jangan marah Boni. Gurau.
bestnyaaaa ! nak pergi lagi. jum jum pergi lagi . hihihi
ReplyDeleteJom gi Mimi, tapi akak jadi camera woman jugalah nampaknya. Kat sana banyak permainan yang berpusing ligat, takut akak nanti mati TERCEGAT .
Deletemase sy pergi dulu tu snow world bru je bukak huhu best jgk skrang cam dah byk berubah genting ni, bahaye tu tergantung lepas dgr suare mengilai lak tu. Kawan keje kt Genting pun ade ckp Genting memang berhantu pun
ReplyDeleteGenting sentiasa berubah. Yang pasti Genting memang kota keriangan selamanya.
DeleteBaru plak terbaca entry nie.. Nice kak. Suka mengembara :)
ReplyDeleteAku pengembara, mestilah suka mengembara kan Aniq. Thanks ya sudi baca entri yang dah lama ni.
Delete