Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Bila hidup tak ada budi bahasa

Susah nak cakap bila hidup tak ada budi bahasa. Harap tudung dan ketayap atas kepala tapi peribadi yang ditampilkan tidak seperti yang diharapkan. Itulah kalau rasa diri dah terlebih sempurna dan alim, budi bahasa dah tak perlu diperhatikan ( barangkalilah bagi mereka ).


Sejak saya mula pindah ke situ, rumah kosong di sebelah yang tak terbela tu saya sentiasa jaga dan bersihkan. Mula-mula pindah dah le kena tebang pokok noni yang tumbuh merimbun di belakang rumahnya. Bab pokok noni tu memang saya tak ada masaalah.  Tapi sarang penyengatnya yang besar itu yang sentiasa memberi masaalah pada saya dan anak-anak. Satu hari  sedang saya sarapan pagi, baru aja nak telan cengkodok .....elok dia terbang terus hinggap dan sengat tekak saya. Nak meraung tak tercakap. Terus start  kereta pergi klinik yang berhampiran untuk keluarkan sengat. Itu belum masuk lagi anak-anak saya yang kerap disengat lebah dari pokok besar tu. Akhirnya saya terpaksa keluarkan duit dari poket sendiri untuk panggil orang tebang dan alihkan sarang lebah tu.

Habis bab pokok, bab lalang dan semak samunnya pulak. Lalangnya tumbuh lebih dari 4 kaki mula masuk ke kawasan rumah saya. Memang menakutkan kerana satu hari tu saya nampak seekor ular senduk menjalar di situ dan nak masuk ke kawasan rumah.  Mungkin kebetulannya musim panas jadi ular tu mencari tempat sejuk untuk berehat. Tapi kut iya pun nak berteduh janganlah masuk kat rumah saya.......

Itu belum masuk bab saya sekeluarga jadi jaga yang menjaga segala besi penutup longkang, grill rumah yang sentiasa terdedah pada kecurian. Harga besi kan mahal. Rumah kosong memang sentiasa diperhatiankan oleh para pencuri besi ni.Tengah hari bolong depan mata , mamat tu turun dari kereta selamba angkut penutup longkang masuk ke dalam kereta. Saya ternganga tak sempat menjerit.

Anjing-anjing liar yang keluar masuk rumah dia buat macam Hotel California tak usah nak ceritalah. Siap buat anak kat dalam rumah tu. Tapiii...tuannya boleh datang ke rumah tu dengan muka masam mencuka, tegur tidak. Beri salam pun tak. Senyum apa tah lagi. Punyalah buat muka firaun hanya kerana saya tumpang parking kereta dalam kawasan rumah dia. Dah rumah tu kosong ? Salah ke saya tumpang parking kereta ? Tapi saya sekeluarga bersihkan rumah dia . Rumput lalang bertebang bertebas. Setiap kali saya bersihkan kawasan rumah, rumah dia saya bersihkan juga. FREE je semua tu selama 4 tahun. Saya tak pernah tuntut pun.

Penat saya senyum setiap kali dia sekeluarga datang berziarah. Laki saya walau dengan misai melintangnya masih berusaha untuk beramah mesra tapi dia orang sekeluarga buat dekk..aja. Aish...bertapa terbakarnya hati ini. Orang macam ini pun ada !

                                     

6 comments:

  1. Betul Betul Betul...Hae Hae Hae..Salam Kenal Ea dari aku...kalau sempat silahkan mampir ke blog.ku ea...aku tunggu followback sama komentarnya...thank's ea..salam persahbaatan dari aku.

    ReplyDelete
  2. Terima kasih kerana sudi singgah di blog saya Ahmad Alqurniawan :-)

    ReplyDelete
  3. sabar ye.. harap allah bantu kita untuk terus jadi orang yang sempurna..

    ReplyDelete
  4. eh..ingatkan owner rumah tu cina? tu memang melayu tak sedar diri kak lin. orang berbudi kita kena berbahasa, tapi bila kita dah berbudi orang buat taik, kita bako rumah dia jom.hahahahaha

    ReplyDelete
  5. Sabar ajalah Boni. Nasib baik jiran yang lagi sebelah tu tak berperangai camtu juga. Kalau tak harus terbakar 2 belah rumah tu hehehehe....

    ReplyDelete
  6. haish... sabar yer. cuba le buat tak tau ngan rumah dorang tu.biar semak. baru dorang boleh perasan yg selama ni akak yg dok cuci...

    dorang ingat rumput semua tu tak reti nak tumbuh kot.

    ReplyDelete