Beruntunglah bagi yang punya kewangan yang kukuh, dapat menunaikan haji dua atau tiga kali dalam hidupnya. Sebaliknya yang tidak mampu pula jika dapat menunaikannya walau hanya sekali ....sudah besar rahmat bagi mereka.
Memetik petikan hadis dari http : www.mymasjid.net.my
Dari Abu Hurairah r.a katanya: " Rasulullah s.a.w pernah
berkhutbah kepada kami: Wahai manusia! Allah s.w.t telah mewajibkan kepada kamu
mengerjakan Haji, tunaikanlah Haji."
Seorang lelaki bertanya: Adakah setiap
tahun, wahai Rasulullah? Baginda hanya diam sahaja hingga lelaki tadi
mengulangi pertanyaannya tiga kali. Rasulullah s.a.w pun menjawab: Jika aku
katakan Ya, tentu ianya wajib dilakukan setiap tahun dan kamu tidak mungkin
mampu melakukannya. Baginda bersabda lagi: Tinggalkanlah sesuatu yang aku tidak
galakkan kepada kamu. Kemusnahan umat yang terdahulu daripada kamu ialah kerana
mereka banyak bertanya dan tidak ada persefahaman dengan Nabi mereka. Jadi,
apabila aku perintahkan sesuatu kepada kamu, lakukanlah sedaya kamu dan apabila
aku melarang dari melakukan sesuatu, tinggalkanlah!. [info]
Petikan itu hanyalah sekadar bukti yang perintah wajib haji hanyalah sekali seumur hidup. Jadi kepada orang-orang kaya dan hartawan. Daripada hanya mengejar ibadah sendiri rasanya lebih afdal jika wang yang diguna untuk mengerjakan haji kali ke 2 atau ke 3 itu , dibelikan insuran takaful dan dihibahkan semula ke rumah anak-anak yatim pilihan mereka . Malah mereka dapat memaksimumkan muamalat itu kepada kelompok majoriti yang lebih memerlukan.
( Rumah anak-anak yatim kerajaan semuanya dah berlebih dan berkecukupan penyumbang dananya tapi
rumah anak yatim yang diurus oleh pihak persendirian masih banyak yang memerlukan perhatian dan kekurangan dana sumbangan )
No comments:
Post a Comment