Tanpa akaun Instagram
Yang menjadi kegilaan masa kini
Yang kupunya hanya tambahan satu G+
Yang itu pun amat lelah untuk aku
Ikuti
Nasib baik aku punya camera Samsung Galaxy 3G
Yang sampai sekarang aku masih
terketik-ketik
Cuba bermain dengannya
Sedang dalam FB ku penuh dengan isu
PRU 13, status hujan dan insiden
di Lahat Datu
Teman FB ku dari negara seberang
Up date statusnya...
Malaysia kuwalat sama Indonesia
Bilangnya itu askar Sulu lebih berani dari Indonesia
Aku rasa tertusuk
Hentaman dan dentuman metior di Rusia
Tidak sekuat lafaz up date statusnya
Di situ
Untung tidak diretweetnya di Twitter
Dan aku tidak tahu
Adakah dia punya ?
Twitter ku sendiri sudah ku kambus akaunnya
Sulu, sudah berpuluh tahun Sabah menyertai Malaysia
Mengapa baru sekarang tuntutan tiba ?
Atau ada tangan ghaib
Yang mengatur dan menghulur
Pancingan ?
Ingin aku unfriend dia
Terasa aku yang tidak dewasa
Wah, kamu semua hebat
Sedang aku masih lagi terpaku
Di situ
Bukan kerana buntu
Sebaliknya aku merasa
Kehadiran hantu
Mau kubilang
Nang boti nang kuei boti kuei
Aku pasti dituduh keterlaluan
Kerana menyintai Malaysia ku
5/3/2013 @ 1.45am
dengar ceritanya saya baca semalam...Malaysia actually does pay 5300 per year to Sulu for Sabah... hai ntahlah...
ReplyDeleteDalam keadaan sekarang memang banyak versi cerita yang kita dengar dan baca but does not give them any right to attack us especially Sabah.
DeleteUndang-undang antarabangsa sudah menentukan batasan dan perairan sesebuah negara just follow the rules ok.
banyak perkara yang berlaku sekarang.
ReplyDeleteOrang lain pong-pang-pong-pang macam tahu semua benda.
annoying gak rasanya... hm...
Betul dan itulah yang saya rasa.
Deleteseperti apa sih langit merah dam biru itu..hehehe
ReplyDeleteSeperti hati yang bergetar antara saudara seagama, sahabat serumpun, dan hubungan abang adik yang wujud berkurun lamannya.
DeleteApakah kita sudah lupa ?
wahhh...nice...
ReplyDeletehttp://www.ainahmad.com/
Terima kasih Nurul Ain.
Deletepajak ke. sewa ke... yg pastinya perwira kita dah gugur. kenapa sekarang baru nak mintak. tunjuk perasaan kat kedutaan tu. patutnya kita la yg buat tunjuk perasaan sebab dorang yg datang serang. terbalik la pula.
ReplyDeleteItulah,macam Belanda lapar tanah dah pulak.
Delete