Pernah buat kerja macam ni.....pergi restoran mamak beli roti canai untuk anak-anak, bila sampai rumah tengok dia orang tengah menyandar depan TV sambil baru lepas makan Maggi ? Arrgghh....roti canai yang baru di beli tu pengabisannya tiada siapa yang makan kerana semua orang dah kenyang ! Penyudahnya aku humban ke dalam fridge.
Itu hari anak aku merunggut, roti canai yang dibelinya masih ada dalam fridge di hostel belum dimakan lagi dah 2 hari dibeli. Waktu pergi beli perut lapar....dah dibeli perut kenyang. Nak dihumbankan ke tong sampah....rezeki dan duit tuuu. Dia pun buat macam aku - humban juga ke fridge. Lepas tu dia talipon ; ' nak lembutkan balik roti tu cam mana ma ? '. Tak pasal-pasal petangnya aku kena drive ketempat dia semata-mata nak tunjukkan cara melembutkan roti canai yang dah kejung - kojol tu.
Beginilah cara-caranya :-
Langkah pertama : Letakkan kepingan roti canai atas alas lubang-lubang cam ni.
Ke 2 : Nak letak sekeping-sekeping boleh, nak letak 3 atau 4 keping sekali pun boleh.
Tapi sebab anak aku ni jenis blur, aku terpaksalah tunjuk kat dia sekeping-sekeping.
Jangan lupa ditutup kuali tu...dah nama pun kukus.
Ke 3 : Kukus dalam 7 minit je. Eloklah roti canai tu nanti mengembang dan gebu semula.
Malahan texturenya lebih lembut dari waktu kita beli hari tu..hehehe
Ke 4 :
Kuah ??? Tak payah risau. Kuah mamak biasanya tahan 3 hari - 1 minggu. Kuah kari dia orang
mana guna santan. Tairu je beb, so confirm tak basi. Selalunya aku pilih kuah kari campur kuah
dalca. Balik rumah aku jadikan satu..
.perghh terangkat.
Nota :
Tips di atas hanya sesuai untuk orang yang segan memasak dan tak nak membazir makanan.
Terutamanya student-studentlah - janji kat rumah ada fridge. Elakkan pembaziran.
Penyudah cerita aku bukan setakat tunjuk cara nak lembutkan roti kat anak dara nan seorang ni
tapi juga kena bawak bahan mentah untuk dimasak dan dimakan bersama kawan-kawan di dorm yang sama. Apa lagi masak yang senang dan yang aku tahu je le.
Bolehlah kann ? Tukang masak import mai dari BB
Bentang tikarrr !!!!
Terima Kasih Sudi Komen dan Singgah Blog Lynn Munir