Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sertai e-Qurban di denaihati.com

Salam semua. Masa masih ada. Kita semua belum terlambat lagi.
Denaihati dalam entry terbarunya ada meceritakan tentang saudara seislam kita di Kemboja yang amat memerlukan bantuan untuk mengisi tabung Koperasi Islam Kemboja. Melalui keuntungan aktiviti jualan daging korban ini Koperasi Islam Kemboja dapat membiayai dan menguruskan aktiviti sekolah dan masjid bagi kepentingan umat islam Kemboja.





Inisiatif yang diambil oleh denaihati.com memang patut dipuji dan diberikan sokongan oleh kita semua. Bagi menggalakan orang ramai menyertai aktiviti e-Qurban ini denaihati juga ada menawarkan ganjaran PAKEJ PERCUMA
Kembara Kemboja 4 hari 3 malam kepada affiliate yang yang berjaya mendapat tempahan sekurang-kurangnya 35 bahagian ATAU 5 ekor lembu. Tengok bukti di sini

Apa pun tak usah difikirkan sangat tentang ganjaran tu kerana apa yang lebih penting ialah tanggungjawab kita untuk sama-sama mewar-warkan berita ini ke keluarga, sahabat, handai dan taulan serta pembaca dan pengikut di blog masing-masing. Dan yang lebih utama - kerana Allah taala.

2 comments: