Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Restoran sarang burung !


RESTORAN SARANG BURUNG.
Ermm ... artikel mengenai restoran sarang burung yang terdapat di Thailand ada disiarkan oleh akhbar Mingguan Malaysia tarikhnya aku tak ingat. Tapi rasanya dah sebulan lebih le. Ahh...memang indah jika dapat menikmati hidangan di atas pokok seperti ini.

                               Fuyoo...bayangkan aku menjamu selera di sini....


          Masa ni tak rasa gayat kut sebaliknya rasa romantik sangat...hehehe

Ayoyo kadawalea...ini sarang
jangan jatuh sudah.........              



Restoran Sarang Burunggggg..........
tunggu aku DATANG !!!!!!

Sudah, sudahlah dengan FACE BOOK tuuu.

Sudah, sudahlah dengan FACE BOOK tuuuu. Memang tak dinafikan Face Book sekarang ini menjadi medium sosialize yang paling penting terutamanya kepada anak-anak muda. Face Book yang diasaskan oleh

Mark Zuckerberg yang merupakan penuntut Universiti Havard ini muncul sebagai fenomena terbaru dunia moden ketika ini. Ia meninggalkan jauh pesaing laman sosial yang lain. Twitter, Friendster, Tagged, MySpace, Hi5, Linkedin, Classmate, Myyearbook dan Meetup.

Tak larat nak blogwalking

Memang tak larat nak buat blogwalking. Bukan tak mahu atau sombong. Masaalahnya aku memang bukan blogger sepenuh masa atau yang memang boleh menghabiskan masa berjam-jam dengan mengadap internet.
Banyak tanggungjawab lain yang perlu diberikan perhatian. Honestly kalau 1 hari dapat buat aku dapat buat 10 blogwalking pun dah kira banyak ;-)


Semua orang dah habis mati !!!

Hari ini hari selasa. Semalam hari isnin. Semalam balik sekolah terus Nurul jumpa aku yang sedang memasak di dapur.

" Mama, esok Nurul tak nak pergi sekolah "


Bila hidup tak ada budi bahasa

Susah nak cakap bila hidup tak ada budi bahasa. Harap tudung dan ketayap atas kepala tapi peribadi yang ditampilkan tidak seperti yang diharapkan. Itulah kalau rasa diri dah terlebih sempurna dan alim, budi bahasa dah tak perlu diperhatikan ( barangkalilah bagi mereka ).


Giveaway Hatiputera.com.

Tujuan giveaway ini diadakan adalah untuk memperbaiki rangking hatiputera.com di Alexa .
Giveaway hatiputera.com menawarkan hadiah-hadiah berikut kepada top refferer terbanyak dengan menyertakan backlink hatiputera.com dalam entrinya.


Sertai e-Qurban di denaihati.com

Salam semua. Masa masih ada. Kita semua belum terlambat lagi.
Denaihati dalam entry terbarunya ada meceritakan tentang saudara seislam kita di Kemboja yang amat memerlukan bantuan untuk mengisi tabung Koperasi Islam Kemboja. Melalui keuntungan aktiviti jualan daging korban ini Koperasi Islam Kemboja dapat membiayai dan menguruskan aktiviti sekolah dan masjid bagi kepentingan umat islam Kemboja.


Periksa dah habiss...start ponteng sekolah le .

Periksa dah habis oooo. UPSR dah habis. PMR pun dah habis. Lepas ni budak-budak start hilangkan tension dan ponteng la. Ehh..sebenarnya cikgu pun stress juga kan ?  Jadi sekali sekala murid tak datang lepas periksa besar ni.....kira off record aja lah tu.


Apa maksud hibah ?

Apa maksud hibah ?
HIBAH  itu bererti pemberian atau hadiah yang melibatkan akad , yang mengandungi 
pemberian hak milik harta kepada seseorang secara sukarela semasa hayatnya. 
Hibah berlaku   ATAS DASAR KASIH SAYANG DAN KEMANUSIAAN tanpa mengharapkan sebarang balasan. Hibah juga merupakan  salah satu bentuk daripada 
pengurusan wasiat  dan amat penting sebenarnya dalam pengurusan kewangan peribadi. 
Sebagai contoh pemilik Al-Rajhi Bank - SULAIMAN AL-RAJHI merupakan 
salah satu dari pemilik bank terbesar di dunia. Beliau memilih untuk hidup sederhana 
walaupun kekayaannya dianggarkan bernilai AS$7.7 billion ( RM 24.56 billion ).
Kesemua hartanya telah dibahagikan awal-awal melalui hibah kepada semua anak-anaknya dan juga untuk  kegunaan wakaf. Tindakan ini dilakukan beliau untuk mengelakan perebutan harta antara anak-anaknya sehingga boleh merugikan syarikat dan negara.


Haji dan hibah Takaful

Sekarang ini bulan Zulhijah dan masih berlangsung musim haji. Rukun islam yang ke empat ini memang sentiasa diraikan dan cuba dilunaskan sebaik mungkin oleh para muslimin dan muslimat. Ada yang diberikan kesempatan untuk menunaikannya pada usia muda tetapi lebih banyak yang berkesempatan berbuat demikian pada usia tua. Apa pun peluang dan kesempatan, nawaitunya hanya untuk mendapatkan haji yang mabrur.

Beruntunglah bagi yang punya kewangan yang kukuh, dapat menunaikan haji dua atau tiga kali dalam hidupnya. Sebaliknya yang tidak mampu pula jika dapat menunaikannya walau hanya sekali ....sudah besar rahmat bagi mereka.


Tandas sekolah Oh tandas sekolah..........

Farouk balik tergesa-gesa parking motor dan berlari ke tingkat atas. Saya terpinga-pinga.
" Mama tau tak..., abang punyalah sakit perut...macam nak putus urat perut abang menahan tadi ", dia bersuara selepas meneguk air masak.
Ooo...saya mula dapat meneka, " kenapa tak memerut kat sekolah aja ? "
" Memerut kat sekolah mama kata ? Pintu tandas pun tak ada ! "
" Eiik..dah tu macam mana korang semua membuang hajat ? "
" Abang memang tak akan buang punya. Abang sanggup tahan. Orang lain abang tak tau. Macamana nak berak kalau tak ada pintu ? Kencing tahan lagi la .."


Iraq di sebalik harapan, impian dan kenyataan


Iraq di sebalik harapan, impian dan kenyataan.
Pada pandangan mata orang biasa Iraq hanyalah negera yang tewas di sebalik propaganda Amerika menerusi episod 9 September 2001. Negara yang megah dengan keagungan dinasti Hamurabi dan kekuasaan Raja  Nebuchadnezzar II (605-563 BC). Ramai yang lupa bahawa salah satu daripada 7  benda ajaib di dunia terletak di Iraq.



Pantun jiwa kacau


Apa diharap padi seberang
Entahkan jadi entah kan tidak
Apa kabar iqd sekarang
Harap-haraplah RV jangan tidak-tidak

Pakai baju kancinglah suasa
Pakai mari nyonyalah Melaka
Biar dia yang rosak binasa
Rasa nak tembak dengan
BAZOKA !!

Makan nasi bersila panggung
Aku yang belanja…apa kau nak kisah ?
Geram nak santau…tapi dosa tak nak tanggung....
Hishhh….kau memang mereng…kasi orang susah !

Hari ini hari ahad, esok hari isnin
Selasa tulat….MPS pulak lalu
tong sampah bersepah , kau bagi aku fenin
siap kau si Tompok ...aku bagi penyapu

Pegi ngeteh pun...  aku yang belanja
Nak duduk sila panggung pun…...kau tak suka
Ehhh......ada aku kisah ker ???


Tuuuu.....saka abang !

" Daniel nak ikut ", katanya sambil memeluk sebelah kaki papanya
dengan erat. Terkial-kial laki aku melangkah.
" Cepat-cepat..,nanti sampai kolej kakak lambat, " suaraku pulak.
Suamiku tunduk dan masih sibuk melerai pautan tangan anak bongsunya .
Farah bergegas turun dengan 1 beg sandang dan 1 beg baju di tangannya.
Dalam kereta.......................................

" Tu lah abang i've told you...dont bring your 'saka'...you ignored me ".
" Saka abang tu dah lah cerewet. Asyik nak kena bagi makan aja.
Expensive taste pulak tu ! "
My hubby remain silent.
" Aaah...saka papa tu susah nak diajak berunding. Nak masukan dalam
sarang kucing..,besar sangat. Nak ditinggal...,nanti dia mengamuk kat rumah
...semua orang tak boleh tidur. Erm.....bawak je lah," Daniel tetiba bersuara.

Ehhhh......saka ni, dah duduk dalam kereta pun berbunyi lagi ?????????

Jamu tumis betik muda !

JAMU TUMIS BETIK MUDA. Hemm...apa tu ?
Itulah kenangan paling kelakar yang aku ada sewaktu mula belajar memasak
belasan tahun dahulu. Aku tinggal bersama ibu yang merupakan ibu tunggal.
Seingat aku waktu itu aku berusia 17 tahun. Inspired bila tengok kakak aku masak.
Cemburu bila dengar cerita kawan-kawan boleh memasak bagai-bagai
sewaktu sesi rehat di sekolah. Ini tak boleh jadi. Aku mesti PANDAI MEMASAK.


Anjakan Minda di FACEBOOK....

Jom join ANJAKAN MINDA di Facebook.
Apa itu Anjakan Minda ? Anjakan Minda adalah sebuah komuniti yang cuba mengubah cara , ruang lingkup pemikiran atau approach dari nagetif ke positif. Apa bezanya dengan anjakan paradigma ? Anjakan paradigma adalah bermaksud ' ubah kaedah atau ubah cara lama ' Jika anjakan paradigma menerangkan dan mengajak kita membuat kemajuan berasaskan teknologi atau rekacipta yang terkini yang diguna pakai oleh masyarakat, maka ' anjakan minda ' merupakan relovusi pemikiran yang mencipta ruang-ruang positif yang selama ini difikir, dibincang, ditafisr dan dilihat sebagai negetif oleh kebanyakan orang.

        A Pionner is one who dares to venture into uncharted territories
 (  Perintis adalah orang yang bertanggung jawab meneroka wilayah asing
    yang belum pernah diterokai  )

JOM KONGSI TIPS DAN PETUA KECANTIKAN

Jom kita kongsi tips dan petua kecantikan.

1. Minum air masak selepas bangun tidur dan sebelum cuci muka.

2. Baca selawat 3 X setiap kali mengadap cermin untuk bersolek
    ( kalau tak tahu baca doa mengadap cermin ....baca selawat je )
 
3. Amalkan baca doa Nurun Nubuwah setiap hari. Seelok-eloknya dibaca pada
    malam minggu jika ingin kelihatan muda walau pun dan lanjut usia.
 
4. Telan kolagen. 
    Tubuh kita mula kehilangan kolagen 12% pada umur 25 tahun.