Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

TERAPI ION RENDAM KAKI AL-BAROKAH

Ada berbagai kumpulan yang menjalankan berniagaan TERAPI ION RENDAM KAKI ini. Salah satunya adalah dari kumpulan Al-Barokah yang mempunyai beberapa cawangan di antaranya di Sungai Buluh, Taman Bunga Raya ( Blog Dahlia A ) di Bukit Beruntung, di Taman Tun Teja. Rawang Selangor, Petaling Jaya, Serendah dan Batu Karang Selangor.



Terapi ion rendaman kaki yang menggunakan arus elektrik ini adalah terapi terkini pembersihan toksin dari badan tanpa menggunakan ubat-ubatan. Sistem terapi ion menghasilkan ion-ion positif dan negetif di dalam air yang mengalir di dalam tubuh secara otomatik dan berenergy lalu mencipta keseimbangan dengan memecah dan mengeluarkan toksin, bahan buangan metabolisma dari tubuh melalui lebih daripada 2000 liang-liang yang terdapat di tapak kaki. Cerita mengenainya ada aku tulis dalam entri yang terdahulu.
Perubahan warna ionisasi membuktikan pengeluaran dan pembuangan toksin dan zat-zat partikel yang telah diionisasi dengan menggunakan air mineral ( WO C'YAH BAROKAH ) - iaitu sistem dispenser air minuman mineral beralkali yang mengandungi kalsium, magnesium dan 70 mineral organik.

                                             

Kelebihan terapi ion rendaman kaki ini adalah untuk :-

1.   Memulihkan gout, diabetes dan menurunkan paras kolestrol
2.   Mengurangkan sakit otot dan sendi
3.   Meningkatkan daya ingatan, tenaga dan semangat
4.   Mengurangi perut kembung, gastrik, strok dan vertiga
5.   Menghilangkan jerawat dan menghaluskan kulit muka
6.   Memperbaharui fungsi buah pinggang dan hati
7.   Mengatasi masaalah kebergantungan kepada ubat-ubatan
8.   Melancarkan perjalanan dan pengaliran darah
9.   Membuang lemak dan angin di dalam badan
10. Menguatkan sistem imunisasi tubuh
11. Mengatasi masaalah sukar tidur
12. Menghilangkan bau kaki dan badan

Terapi ion rendaman kaki ini tidak digalakkkan sekiranya anda memakai besi, belon, pelampung, bateri pada mana-mana tubuh badan termasuk jantung. Ia juga tidak digalakkan kepada wanita hamil atau yang sedang menyusui bayi dan kanak-kanak berusia di bawah 15 tahun.

Terapi ion rendaman kaki ini disyorkan sebanyak 12 kali selama 30 minit bagi setiap sesi dengan kadar bayaran hanya RM 10.00 bagi setiap sesi.

Ok, sekarang kita tengok yang kontra mengenai terapi ion ini.
Ada orang berpendapat yang detox terapi ion kaki ini satu penipuan. Mereka membawakan fakta bahawa air yang digunakan untuk melakukan rendaman kaki itu tadi telah terlebih dahulu dicampurkan dengan larutan garam. Hujah mereka kerana rawatan ini adalah mirip dengan ujian elektrolisis yang kita semua pernah lakukan di makmal sekolah dahulu. Bila dah garam dan mineral dicampur ke dalam air akan menjadikan air keruh, tapi bukan disebabkan pengeluaran toksin sebaliknya adalah hasil tindak balas pengoksidaan kepingan tembaga ( yang terdapat dalam mesin kecik tu ) dan kandungan mineral yang terdapat di dalam air.
Cuba dengar apa hujah dia orang dalam video kat bawah ni.
               
                                               
Dari Abdullah bin Umar

" Sesungguhnya Allah menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan dari langit menerusi hujan ) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam.

Garam sesungguhnya memang sangat banyak dipartikkan dalam kehidupan kita seharian. Garam itu juga sebahagian dari amalan sunnah. Ambil secubit garam sebelum makan dapat menghidari sekurang-kurangnya 330 jenis penyakit ( paling kurang ). Kusta, gila, sakit gigi, sakit kepala, keracunan, melancarkan sistem penghadaman kita dan selebihnyanya pulangkan sahaja kepada Allah swt.
Seperti kata si Shawal dalam filem Ahmad Albab; garam itu penting dalam kehidupan seharian sama pentingnya dengan bapa mertua dalam hidup mereka. Minum air tanpa gula kita masih boleh lagi terima...,cuba makan lauk yang tidak dibubuh garam....sedap ke ? Haa..sebab itulah ramai yang minta keluar dari hospital cepat, kerana tak tahan diberi makanan yang kurang rasa 'garamnya'. ( Eh sebenarnya tak berasa langsung pun ).
Betul kan ???

Garam adalah penghulu segala masakan. Makanan tidak bergaram ibarat lagu tak berirama...ceewah.
Perubatan tradisional pun menggunakan garam ! Tekankan ibu garam ke ibu jari kaki untuk mengesan kehadiran makhluk yang tidak diundang. Pehh..power gila. Nak buat kerja-kerja McGyver di dapur ( buang clog yang tersumbat di saluran paip ) pun perlukan garam. Yang paling best adalah tips bagaimana kita boleh mengelakkan karang gigi.
Rahsianya adalah dengan menggunakan garam !

Erm..rahsia ni aku dapat dari seorang doktor gigi yang mabuk. Itu sebab bulan lepas bila aku pergi jumpa doktor gigi sewaktu buat rawatan gigi sensitive dia terkejut kenapa aku tak ada plak dan karang gigi. Dia tanya aku flos gigi tak ? Aku jawab ; " tak pernah flos pun."
" So you guna pencungkil gigi ?" doktor tu bertanya lagi.
'Tak.." aku jawab lagi.
" Macam mana you buang sisa makanan di celah gigi ?" doktor tu korek lagi.
" Kumur-kumur je ."
" Kumur-kumur aja ?????"
Aku mengangguk lagi..dan rahsianya air garam saja. Amalkan berkumur-kumur dengan air garam seminggu sekali atau  4 kali sebulan, insyallah karang gigi akan tanggal dengan sendirinya.
Cubalah sendiri.

Bagi aku sendiri rendaman kaki dengan menggunakan air hangat yang bercampur garam biasa saja tanpa menggunakan ion terapi elektrik ini pun dah cukup untuk melegakan kaki yang letih. Selepas sesi rendaman, kaki biasanya akan terasa nyaman. Jadi kalaulah rawatan terapi ion rendam kaki yang menggunakan arus elektrik  itu dapat memberikan kesan yang lebih bagus untuk mengeluarkan toksin dari badan...........
kenapa tidak ???

Psst ; Lebih baik tidak bersikap terlalu prejuadis walaupun mungkin yang dirasakan oleh para pencuba rawatan  ( termasuk aku ) ini hanyalah satu hipotesis psikologi. Tapi jika dengan hipotesis psikologi ini mampu menghantar isyarat yang betul ke otak yang menyebabkan kita merasa lebih ringan atau lega atau PULIH dari sakit yang kita alami sekarang..why not ? Apa sekali pun perubahan gaya hidup yang positif adalah cara terbaik menangani pelbagai gegala penyakit moden ini.



16 comments:

  1. Hai kak lynn.. baru lepas antar wifey buat treatment di Alma Penang... slow but ada improvement sikit on her lutut (sakit kaw lutut baru 2nd treatment in 1 week interval).. will update on further development... jika dapat membantu :-)..

    p/s: off topic.. something strange kat gadget social on ur theme (atas comment form.. susah nak klik sebab bertindih dengan letters... ada tuts comment form custom boleh diperoleh di Cool Blogger Comment Form . Also some of our works if it helps :-)

    ReplyDelete
  2. Yea ur right Irsah. I was also wondering how can i get rid of that problem. Cant really remember i installed someting thru html templete. If you have any idea to dash it away kindly let me know. Maklumlah ' mak budak ' baru belajar ni memang dalam proses merangkak la kan ??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Checked out ur HTML... ur widget is "floating".. r u using widget or direct edit in html template?

      Ur comment form tak leh masukkan kod dan instructions.. I'll PM u.. check ur inbox sowi...

      Delete
    2. Hehehe...dah selesai masaalahnya Irsah. Baru jab jadi McGyver sendiri. Raba direct kat edit html template. Alhamdulilah beres dah.

      Delete
  3. uish... agak menakutkan ni...hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ko tengok sendiri Boni mesti lagi rasa nak muntah.

      Delete
  4. Sis, wifey pun amalkan rendaman kaki dgn air hangat + garam jerk. blum penah try wat treatment apa2 utk ubati keletihan...but as you said, we have a choice to try this method... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah Ridz, afterall baru 10 hinggit per treatment, not a big deal la.

      Delete
  5. Rahsia karang gigi tu terbaik jugak tu. Boleh dicuba.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kura-kura dalam perahu
      Dah cuba baru tahu ...kan Hazmin ?
      ( Err..paling tidak menjimatkan kos sewaktu menemui doktor gigi gitu )

      Delete
  6. kat area cini baru bukak laa kak Rm10 tuk 30 minit. huhu nk try ah nnti :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Try jgn tak try, nanti bagitahu apa pendapat Khairul pulak ya :-)

      Delete
  7. semlm akak try apabila disyorkan oleh jiran...bila balik rumah rasa mcm ok je...tapi bila mlm tersa sakit seluruh anggota badan...x boleh nak tidur..rasa berdenyut dlm setiap sendi...

    ReplyDelete
  8. nice sharing akak...boleh la suruh my parents try rawatan ni pasni :)

    ReplyDelete