Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sudah, sudahlah dengan FACE BOOK tuuu.

Sudah, sudahlah dengan FACE BOOK tuuuu. Memang tak dinafikan Face Book sekarang ini menjadi medium sosialize yang paling penting terutamanya kepada anak-anak muda. Face Book yang diasaskan oleh

Mark Zuckerberg yang merupakan penuntut Universiti Havard ini muncul sebagai fenomena terbaru dunia moden ketika ini. Ia meninggalkan jauh pesaing laman sosial yang lain. Twitter, Friendster, Tagged, MySpace, Hi5, Linkedin, Classmate, Myyearbook dan Meetup.




Personaliti yang pendiam bertukar menjadi ramah dengan mengemas kini status di Face Book.
Kerap mengemas kini status mempengaruhi popoliriti seseorang . Daripada kanak-kanak seawal 9 tahun hinggalah ke warga emas menerima tempias keperluan akaun Face Book. Bukan saja dapat meramaikan jaringan kenalan maya, malah yang bijak berniaga boleh menngambil kesempatan dari wujudnya jutaan orang
yang menyertai laman sosial ini.

Baik buruknya Face Book bergantung kepada individu yang menggunakannya. Tidak adil  menyalahkan Face Book atas gejala dan masaalah sosial yang timbul. Kalau seseorang individu itu sudah sememangnya curang, atau gemar menipu itu adalah kerana karektornya yang begitu. Tetapi jika Face Book digunakan dengan cara yang sihat, untuk menyampaikan pesanan yang baik, mencari saudara mara yang terputus hubungan, menjadi tempat alumni berkumpul, menyebarkan maklumat terkini, mencari jodoh ( hehehe ) bagi yang ikhlas untuk berumah tangga.....saya rasa nilai positivenya lebih jauh mengatasi dari nilai negetive FB.
Dengan kata lain jika medan sosial di Face book dijadikan medan untuk berbuat negetive dan beridea negetive, maka jadilah ia begitu. Sebaliknya jika digunakan dengan cara positive insyallah pulangannya akan lebih manis.

Sesekali saya berpesan dan memberi amaran kepada anak-anak saya yang ber Face Book , " i dont care what you are going to write on your status up date, just make sure it is not ' plastic statement '. Jangan tulis macam uztaz / ustazah bagi ceramah... nyatanya di luar FB kamu tidak seperti apa yang kamu ceramahkan. Kalau di Face Book image yang korang tunjukan adalah image yang bersopan santun, bermanis wajah, berbudi bahasa....pastikan di luar terutamanya di rumah, kamu semua mesti berbudi bahasa dan hormat dengan orang tua. Kalau yang berlaku adalah sebaliknya....mama tidak akan segan-segan menulis di wall kamu dengan HURUP BESAR supaya kamu tidak terus hipokrit sepanjang hidup.

Saya teringat seorang kawan yang mengemas kini statusnya yang berbunyi ," naik menyampah pulak aku membaca status engkau di FACE BOOK. Engkau dengan penyokong parti kerajaan engkau ajalah yang betul." Saya terkejut sebenarnya. Walaupun dia tak menulis nama saya di situ tapi saya faham kerana
selepas itu saya tidak pernah lagi nampak kawan ni me'LIKE' status yang saya up date dalam FaceBook.  Itu pun dah bagus dia tak remove saya terus. ...hahaha 


LEBIH BAIK TERLIHAT NAKAL TAPI JUJUR DARI KELIHATAN BAIK TAPI SEBENARNYA MUNAFIK !


                           SALAM AIDIL ADHA UNTUK SEMUA



13 comments:

  1. memang benarm bik buruknya face book itu tergantung kepada individu masing
    sangat menarik kawan
    terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas kunjungannya Penyuluh Perikanan.

      Delete
    2. Sama^ sobat
      Terima kasih kembali

      Delete
  2. hahahha. banyak jugak kebaikan facebook ni... yang penting, bagaimana kita menggunakannya.. jangan gunakan ke jalan yang salah..macam saya sendiri. berfacebook untuk mencari jodoh..sebab tu tak kawin2 lagi.. nak mengenali hati budi seseorang tu ambil masa 4 tahun.hahahahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat Fb memang banyak calon Boni, tetapi sebenarnya mengenali hati budi tidak perlu tempoh yang terlalu lama. ( Jangan tunggu lama-lama nanti diambil orang
      ( Sweet Charity ). Lagi pun takut hang jadi ganyut pulak ! Ahaks.

      Delete
  3. facebook.? oh saya pengguna myspace. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya dah lama tutup a/c MySpace Ikmal. Tak larat nak layan banyak sangat sosial web.

      Delete
  4. selamat hari raya! :)

    bagi saya ni fb ni banyak yang buruknya.. yang baik sikit sangat. so saya dah padam pun fb sy.. yg ade hanya page like. tu pun tak aktif.. yg tu pun rasa nak padam sebab macam takde function.. huhu

    ReplyDelete
  5. ada juga orang yang ketagih facebook ni, refresh FB setiap 10 minit.. ni dah kira kronik ni

    ReplyDelete
  6. Itu dah memang kronik sangat Donny. Samaada dia terlampau taksub dengan Face Book atau pun dia memang tak ada kerja lain yang nak dibuat. :-)

    ReplyDelete
  7. bener mba'...ini semua tergantung individu dalam penggunaan facebook sendiri, harus pintar pintar menyarng informasi yang saat ini sudah tak terbataskan,,,

    ReplyDelete