Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Apa maksud hibah ?

Apa maksud hibah ?
HIBAH  itu bererti pemberian atau hadiah yang melibatkan akad , yang mengandungi 
pemberian hak milik harta kepada seseorang secara sukarela semasa hayatnya. 
Hibah berlaku   ATAS DASAR KASIH SAYANG DAN KEMANUSIAAN tanpa mengharapkan sebarang balasan. Hibah juga merupakan  salah satu bentuk daripada 
pengurusan wasiat  dan amat penting sebenarnya dalam pengurusan kewangan peribadi. 
Sebagai contoh pemilik Al-Rajhi Bank - SULAIMAN AL-RAJHI merupakan 
salah satu dari pemilik bank terbesar di dunia. Beliau memilih untuk hidup sederhana 
walaupun kekayaannya dianggarkan bernilai AS$7.7 billion ( RM 24.56 billion ).
Kesemua hartanya telah dibahagikan awal-awal melalui hibah kepada semua anak-anaknya dan juga untuk  kegunaan wakaf. Tindakan ini dilakukan beliau untuk mengelakan perebutan harta antara anak-anaknya sehingga boleh merugikan syarikat dan negara.





Berbalik kepada polisi insuran yang dibeli dan kemudiannya dihibahkan untuk kegunaan anak-anak yatim.

Melalui cara ini rasanya seseorang penderma atau penyumbang dana itu lebih berupaya untuk menyumbang secara pukal untuk memaksimumkan penggunaan dana dari menyumbang runcit setiap bulan. 
Banyak perkara dan aktiviti yang boleh dibangunkan di rumah anak-anak yatim jika dana yang diterima besar. Kualiti pelajaran yang lebih baik, pakaian dan seragam sekolah yang berpatutan, perubatan yang lebih bagus, pengangkutan yang lebih sempurna dan teratur untuk mereka.

Di Malaysia syarikat insuran islam yang pertama yang memulakan dan mengaktifkan cara 'hibah' dalam polisi insuran mereka adalah Syarikat Takaful Ikhlas. Jadi difikir-fikirkan berbaloikah sumbangan kita ? Balik kepada asal...yang penting adalah nawaitunya.

Cara paling mudah untuk mencari senarai nama rumah-rumah anak-anak yatim ini adalah dengan
mengunjungi http://rumahanakyatim.com .
Di sini tertulis senarai berbagai rumah-rumah anak-anak yatim yang menanti untuk dibantu bagi semua negeri di Malaysia. JOM MAKSIMUMKAN IBADAH. Jika kita memang dalam kategori boleh membantu mengapa tidak difikirkan saranan ini ?

4 comments:

  1. Good morning. Thank you for visiting. Wish you a beautiful c day. LG fotis from Greece. http://fotisbazakas.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. sangat setuju kawan, memang benar dalam kita berhibah atau menyumbang segala sesuatunya itu yang penting niat yg tulus dari lubuk hati, Nawaitu..
    Sangat Bermanfaat dan bagus
    Postingan yg simple tapi maknanya dalam
    terima kasih sudah berbagi sobat
    salam sukses

    ReplyDelete