Dunia maya sememangnya dunia tanpa sempadan. Melalui dunia maya kita boleh memperbanyak kenalan dan jaringan kerja tanpa perlu bertemu muka secara peribadi. Sebaliknya hanya gambar profile yang berbicara sebagai pengganti diri , interaksi chatting room atau komen-komen yang ditinggalkan di status update sebagai penghubung. Mencari kesan buruk dan baik dalam dunia maya bagi saya ......sama banyak.
Tergantung kepada kebolehan kita mengendalikannya. Ingat sebarang info yang anda tuliskan
di ruangan ' about you ' boleh mengundang padah jika tidak berhati-hati. Terutamanya bagi yang
perempuan .
Mengikut pengalaman saya sendiri setengah daripada mereka ikhlas menghulurkan salam perkenalan antara benua dengan menghormati status yang kita punya. Setengahnya lagi akan berpura-pura menghormati status tuan punya diri di awal perkenalan dan kemudiannya perlahan-lahan cuba melencongkan anda dari landasan.
Kebanyakan akaun scammers ini gemar memberikan gambaran yang menunjukkan kemegahan mereka terhadap negara mereka. Contohnya kalau mereka mendakwa tinggal di UK , maka gambar
Tower Bridge yang merentangi Sungai Themes dan bersebelahan dengan London Tower,
Istana Buckingham dan beberapa tempat kemegahan kota kosmopolitan itu.Tidak lain bertujuan memberikan gambaran status atau kreadibiliti yang mereka punya.
Saya teringat kata Dr. Azizan Osman sewaktu menghadiri kursus terakhir beliau bulan Mei sudah.
Kata beliau sambil tersengih dan bergelak ketawa; " terutamanya yang perempuan tu jangan cepat perasan bila orang puji cantik, menawan. Mula lah nak rasa kembang semangkok....perasan sangat !" Semua pakat gelak. Termasuk saya.
Sumber gambar : Google
Sindiket Internet Romance Scam kebanyakannya memang mensasarkan perempuan yang berusia
antara 30 - 55 tahun sebagai mangsa mereka dan sudah pasti sasaran yang paling mudah adalah wanita yang kesunyian. Agak bersopan santun dan berbekalkan ayat-ayat power biasanya mereka mula melancarkan modus operandi. Tapi harus diingat kebanyakan tali barut penjenayah romance siber ini adalah warga kita sendiri yang sanggup dipergunakan dan memerhati setiap profile yang berpotensi diperdayakan. Tali barut ini kebanyakannya wanita yang membenarkan nama dan akaun mereka digunakan untuk menerima pemindahan wang yang terhasil dari aktiviti scam di facebook.
Ciri-ciri akaun scam di facebook.
- Gambar timeline mereka ini biasanya melambangkan kemegahan sesuatu negara dengan beberapa keping yang dimergekan menjadi satu mungkin melalui paint dan kemudiannya di up load sebagai gambar timeline.
- Scammer biasanya hanya mempunyai sekeping photo yang dijadikan sebagai profile picture mereka di situ dan tidak akan gambar lain yang menjadi bukti kehadiran atau aktiviti yang boleh dikongsikan kepada audience.
- Scammer tidak akan membuat sebarang up date status. Kebanyakan info yang mereka tuliskan di kolum 'about me' sangat ringkas.
- Jika scammer berjaya menjadi rakan anda di FB, anda tetap tidak boleh mengakses teman-teman atau pun siapakah friends list mereka. Itu kerana mereka telah menetapkan di ruangan privacy setting yang tidak membenarkan maklumat tersebut diteropong.
- Sesetengah scammer tidak akan menerima ' add friend ' yang telah anda hantar kepada mereka. Kalau mereka keberatan untuk 'approve' request friend yang anda hantar....jaga-jaga chances untuk anda diperdayakan di sini adalah besar.
- Bagi scammer yang berlagak gentlemen dan untuk dilihat lebih convincing biasanya mereka akan approve ' friend request ' yang anda hantar tapi mengambil waktu yang sedikit lama sebelum meluluskannya. Jika mereka dan anda sama-sama online untuk berchatting sekali pun biasanya chat button mereka akan di off kan. Jika chat button mereka lebih banyak off dari di on, chances untuk anda discam memang besar. Scammers biasanya bimbang penampilan mereka di chat room mengundang padah pada diri sendiri.
- Jika anda menerima message yang menawan di Facebook pergi ke profile mereka dahulu dan pastikan adakah akaun tersebut diwujudkan secara tergesa-gesa......... atau pun akaun tersebut telah wujud beberapa tahun sebelum email perkenalannya sampai kepada anda. ( Ini pun belum menjamin yang mereka bukan scammers sebaliknya hanya boleh meminimisekan risk saja )
- Pastikan juga adakah sesiapa dari kawan sedia ada ( dalam senarai friends list ) anda mempunyai perhubungan dengan si penghantar salam perkenalan tadi. Biasanya TIADA pun.
- Akaun yang dibuat public biasanya jarang scam tetapi yang menjual wajah tampan atau pun cantik tanpa sebarang up date status atau event kebanyakan masa adalah scam !
- Kadang-kadang scammers ini mempunyai lebih dari satu akaun dengan menggunakan gambar profile yang sama. Bila anda bertanyakan tentang perkara ini biasanya jawapan mereka adalah; oh I forgetting my password and FB rejecting me to log in that is why i create another account. Alasan ini adalah sebenarnya untuk mengelirukan mangsanya. Setting akaun sebegini dibuat untuk beberapa orang mangsa yang telah ditarget supaya mangsa-mangsa ini tidak bertembung dalam ruangan chat yang sama yang membolehkan tembelang mereka terbuka.
- Kebanyakan masa scammers akan berusaha mengajak anda ke ruang sembang yang lain seperti YM ataupun sekadar berbalas email di mana-mana email akaun yang anda punya. Mungkin Gmail, mungkin Yahoo, mungkin Ymail...tujuannya tidak lain untuk mengelakkan anda menghantar ' add friend' kepada mereka dan untuk mengelakkan permintaan terhadap video chat. Scammers seboleh mungkin tidak mahu wajah mereka dikenal pasti oleh anda.
- Last but not least, scammer biasanya memang menjual cinta di Facebook. Jadi pada wanita yang fancykan foreigner terutamanya berjaga-jaga.
Jadi bila Dr Azizan Osman secara tiba-tiba menyentuh tentang perkara itu dalam seminar ' Berani Berniaga 2013 ' , saya tiba-tiba teringat kepada beberapa email dari mat saleh yang saya terima
dan saya diamkan di dalam folder 'other' di FB. Otak saya timbul idea gila dan oleh kerana itu kadang-kadang saya suka buat kerja yang gila-gila, kerana ianya mencabar. Saya ingin merasai pengalaman bagaimana ' internet romance ' ini terjalin. Saya ambil keputusan menjawab salah satu email yang mereka hantar. Itu pun setelah dibuat data check seperti di atas .
Hey, he look not only handsome but decent and have a reputable image as well. Let's try this guy and see how the conversation going to be like..................( internet scammer biasanya ada target tertentu dalam masa tak sampai 2 bulan mereka mesti sudah boleh menguasai jiwa mangsanya. Confirm cairlah kau minah ! )
" I know the UK number you gave me for sms, actually was a
personal forwarding phone number
( also called UK Global redirects numbers ). Maybe what you don’t
notice that +4470 is automatically marked and recognized as a major red
flag that deal with scam activities.
On 17th June when you
said you arrived in KLIA ? No. You are actually being here in Malaysia all the time
( during our communication on FB ).
You were somewhere in
Malaysia. Perhaps you already in Kuala Lumpur with your Niger friends. You are
not in the UK and actually using a personal forwarding number, to make me
believe that you contacting me from the UK ! You got this free service number from
your phone line provider at your homeland . Am I right ? And your number + 4478
was actually a radio paging number.
So on 22nd of June
when you asked me to come online and showed me your so called certificate from Shell which is obviously looks cheap with
different fonts and colours, creases and shadows on it….., I know it was something wrong somewhere. What software you used to create it ?
Photoshop or Ms words ?
Since that day I have studied every angle of our conversation,
same as what you did to me. I'am not clever honey but I know how to study
scammer.
Until a friend of mine introduced me to one of the higher rank
Shell officers here in KL – it was last Thursday before disregard our
communication. He confirmed me that there is no such story happening with regards the information you gave
me. Another maybe, yes maybe you are a little bit careless on this procedure -
NONE of any business deal in the world will make a payment to 3rd party
personal account unless it is for your personal motive. It is just not happen in a business deal. NONE OF IT and that is
including me because am doing business honey.
Actually yes, I got my cheque cleared early this week but keep the matter prolonged without your knowledge. With that being said i believe i don't have to elaborate more to you. I guess you already know the answer
by now. Well, nice try honey.
My question is only , why me ? In first place why you asked
the big sum of money without meeting me personally ? You are making a big
mistake there honey."
Insya Allah setiap orang akan memetik apa yang di tanam nya :)
ReplyDeleteNice post
Test
DeleteTest 2
DeleteTerima kasih Etika.
DeleteAssalam.. mmg betul spt apa yg diperkatakan itu, malah scammers ni pun ada juga dari kalangan wanita yg mendekati lelaki di laman sosial terutama private message dgn pelbagai tawaran & tarikan. Saya berpendapat sbg org yg juga suka bersosial di internet sbg riadah sampingan sekadar meramaikan kenalan atas sesuatu permuafakatan yg baik, sememangnya kita sendiri perlu bijak & tetap diatas niat matlamat agar dpt menghindarkan diri dari terjebak dgn scammers2 ni, in shaa Allah.
ReplyDeleteApa pun info ini amat berguna buat saya sbg peringatan yg baik. Thanks.
Saling ingat mengingati itu saja. Terima kasih sudah berkunjung ke sini Khir Khalid.
Deletehehe
ReplyDeletemacam2 cara mereka pasang jaring
memang perlu sentiasa berhati2
Kat FB dia orang bukan pasang jaring, dia orang pasang pukat Tehramuan.
DeleteJawapan pedas tapi bisa menyentap. Kena sebijik!
ReplyDeleteMemang elok pun diajar orang penipu macam tuh.
Ha, tengok, ini kali ke 2 saya jawab komen Azie tapi yang pertama langsung tak keluar. Published sekejab tadi terus hilang semula. Hadoiii...letik mak cik macam ni.
Deleterisau jugak sbb kita ada anak gadis..emm kena lebih alert dgn semua yg berlaku jadikan iktibar..t.kasih atas peringatan tersebut.
ReplyDeleteSalam kenal dari waalid..waalid folo sini
ReplyDeletejemput singgah ke teratak waalidPermata Perjuangan
Terima Kasih
Terima kasih atas kunjungannya Waalid Al-Marbawi.
DeletePermata Perjuangan dah pun saya kunjungi. Salam ukuwah dari saya.
kena berhati2 la... sekarang ni macam2 boleh jadi dengan sekali klik sahaja... seklai klik duit boleh lesap.. sekali klik butir peribadi bleh kena curi... tu belum lagi gambar2 kita org eksploitasi... hmmm... bahaya...
ReplyDeleteKalau kita rasa kita bijak, dia orang lagi bijak kan Sam Banjamin ?
DeleteScammers bijak memanipulasi keadaan dan personaliti.
mcm2lah sekarang nie huhu
ReplyDeleteWalaikumsalam, betul tu Ayie. Jangan mudah terpedaya.
ReplyDeleteElok sahaja komen reply keluar setiap komen di atas .. :) mungkin lambat load kot.
ReplyDeleteHasrul.
ReplyDeleteKomen Etika reply yg pertama tak ada, Komen Azieazah reply yg pertama dah published tak ada, Komen PCL 2 X reply dan dah published - hilang, komen Walid dan 2 kali published pun hilang, yg published tu reply ke 3 dari saya. KhairulZamri saya dan reply 2 kali dah published 2 kali juga tapi tak ada disini.
Yang ini pun saya tak pasti muncul tak kejab lagi ni.
mmg kena hati2....sekarang ni byk scammer di alam maya....
ReplyDelete