Jika jawapannya ia , anda pasti sangat sibuk mengendalikan isteri yang begini. Leo sering dikaitkan dengan kemampuannya untuk bertarung / survival selain kebolehannya memanjat pokok. Singa dikatakan sebagai
binatang yang tidak pernah mundur di medan juang. Wanita mahu pun isteri yang dilahirkan di bawah zodiak Leo zahirnya kelihatan mudah marah, suka memerintah dan suka menguasai kebanyakan perkara yang berlaku di dalam lingkunagan hidupnya. Zodiaknya LEO di astrologi barat dan pastinya di astrologi cina tahun kelahirannya jatuh pada tahun kuda yang juga berlambangkan kebebasan berinterpertasi, kecantikan, keyakinan dan percaya diri. Singa di barat, kuda di timur, keduanya menguasai carta rimba.
Suami yang memiliki wanita begini sebagai isterinya hendaklah mempunyai ketahanan mental dan percaya diri yang tinggi. Ibarat memegang kayu tas yang bukan dimaksudkan memukul atau melukakan singa betina tadi, sebaliknya hanya untuk mengawal dan menakluk raja rimba - itu saja.
Suami yang mengahwini isteri leo tidak perlu bimbang terhadap kesetiaan isterinya kerana si leo betina tadi mempunyai kebolehan melindungi diri sendiri dan tahap kesetiaannya juga tinggi. Begitu pun kerana masih termasuk dalam golongan keluarga kucing besar , isteri yang berbintang leo sebenarnya masih mengekalkan sikapnya yang manja.
Sebagai suami kepada si leo anda hendaklah :-
1. Menjaga kesetiaan anda sendiri.
Leo tidak akan teragak-agak untuk melukakan anda bila mengetahui
dirinya dikhianati. Instinctnya yang kuat membolehkan dia mengesan
kebohongan anda dengan mudah dan dalam masa yang sama berpura
- pura tidak mengetahui kebohongan yang berlaku. Jaga - bahaya.
Anda tidak harus lupa dia adalah singa .Leo lahir bersama hatinya yang
keras.Anda akan pasti mengalami masaalah untuk memujuk leo dan
mendapatkan kepercayaannya semula.
2. Berikan dia kebebasan
( Seolah menarik rambut dalam tepung. Rambut jangan putus dan
tepung tidak berserak )
Singa dan kuda sama-sama mempunyai lingkuangan yang luas untuk
bergerak bebas di hutan. Kerana fitrahnya yang begitu benarkan dia
mengurus kerjayanya dengan memberi sokongan moral kerana Leo
amat menghargainya. Menyekat kreavitinya hanya akan membuat leo
memberontak dan menimbulkan pergaduhan. Cara yang paling bagus
ialah menghubunginya melalui talipon dengan kata ' i love you', satu
perkataan keramat yang akan membuat leo rentan untuk melakukan
kecurangan kerana leo semula jadi bersikap penyayang dan setia.
Asalkan tidak menuruti keinginanannya yang salah dan kebebasan
yang berbatas.
3. Hargai kawan-kawannya dan percayakan dia.
Tidak perlu menunjukan perasaan cemburu yang keterlaluan di hadapan
pasangan leo. Ini akan membuatnya marah dan menunduh anda ingin
mengawalnya. Leo tidak suka dikawal. Cara terbaik adalah dengan
mengenali kawan-kawan leo dan cuba menghampiri mereka dengan cara
yang manis. Jadikan kawan isteri anda tadi ( terutamannya yang lelaki )
sebagai kawan-kawan anda juga. Percayalah kawan-kawan isteri
anda tadi akan lebih menghormati anda, malah bakal menjadi pemberi
maklumat kepada anda. Persaingan ? Biasanya kawan-kawan si leo
akan mengalah sendiri kerana selalunya tanpa anda ketahui Leo amat
membanggakan suaminya di hadapan kawan-kawannya. Dan ini dapat
memberi satu 'plus' kepada anda kerana dikagumi oleh kawan-kawan si
leo tadi tentang kehebatan anda menakluki si leo.
4. Manjakan dia.
Kerana si leo isteri anda tadi masih termasuk dalam golongan keluarga
kucing maka sikapnya dalamannya sebenarnya memang manja. Leo
sebenarnya gemar dilayan sempurna walau pun tidak sehingga
breakfast in the bed !
Berusahalah untuk menimbulkan saat-saat manis bila bersamanya
kerana leo amat menggemari dan menyukainya.
5. Lebih baik diam bila isteri leo anda marah.
Kerana leo juga terkenal dengan sikap buruk egonya. Biarkan dulu
dia melepaskan kemarahan kemudian baru suami datangi balik menegur,
menunjuk dan memberikan fakta di atas kesilapannya tadi.
Walaupun leo ini pemarah tapi dia juga amat memerhatikan saranan
orang terutama pasangannya sendiri. Kerana leo dilahirkan bersama
kebolehannya mengasingkan perasaan marah untuk seketika demi
mencari penyelesaian. Si leo isteri anda sebenarnya penuh pengertian
dan kedegilannya itu biasanya hanya sebentar.
6. Jangan biarkan aktiviti hujung minggu anda sepi
Isteri leo yang lincah dan bersemangat biasanya sukakan pengembaraan
dan pengalaman lasak.Jika anda hanyalah seorang suami yang gemarkan
atau menghabiskan waktu hujung minggu dengan hanya tidur di rumah,
bersiap-siaplah untuk si leo mula bosan dengan anda. So jika pergi
memancing jangan lupa membawa isteri anda bersama jangan tinggalkan
dia berseorangan di rumah. Jangan lupa hutan dipenuhi dengan pohon-
pohon dan kehijauan. Leo amat selesa dengan suasana yang sebegini.
Aktiviti berkebun dan menanam bunga adalah terapi yang amat
praktikal untuk isteri kesayangan anda si leo tadi. Bila aktiviti ini
disertai bersama anak-anak , leo akan menganggap hidupnya
adventures dan lebih menyeronokkan.
7. Jangan sesekali cuba memprovoke si leo
Provokasi hanya mengundang kemarahan di kebencian isteri anda.
Kerana fitrah si leo yang memang setia dan tidak pernah mengkhianati
pasangan kecuali berlaku perkara sebaliknya. Provokasi juga hanya
menyebabkan ego leo semakin memuncak dan kebencian mula menjalar
di hatinya kerana disangsikan. Dan bila akhirnya anda dapati yang
tuduhan itu salah..,sudah terlambat untuk leo. Jangan harap leo boleh
memaafkan anda dengan mudah. Banyak perkara yang isteri leo anda
boleh maafkan tapi bukan provokasi terhadap dirinya.
Psst : Leo choose their company based on morals and personality.
Keep it classy or keep it moving.
akak...kalau saggitarius pulak macam mana? heee.... ^_^
ReplyDeleteLeo yang ini belum belajar lah pulak bab Saggitarius, sebab dia leka perhatikan Pisces berenang :-)
ReplyDeletesy bintang Leo...senyum sorng2 membaca nya. Tapi bnyk yg betul. hehehe...
ReplyDeletesalam kenal..dr segmen Farah bubblynotes. Done polow sini jugak! jemput ke blog sy juga.
Hanya leo yang mengenali leo. Terima kasih kerana datang bertandang.
Deletex thu sngt pasal nie...huhu
ReplyDeleteXpe, sekadar perkongsian sedikit kajian perangai manusia :-)
Deleteakak, april (aries)
ReplyDeleteAries ke ? Alamat eso-esok kena kaji aries dengan saggtarius la pulak ;-)
Deleteleo ni bulan 5 ke??
ReplyDeleteItula, dulu belajar pengeras tak bayar...kan dah tak mujarab ilmu tu.
DeleteKo punya nombor dasar berapa pun akak masih ingat lagi Boni..hehehe
ok noted...info yg bermanfaat ni...hehe
ReplyDeleteWelcome Hatimi. Terima kasih sudi singgah.
DeleteTaurus bagaimana pula?
ReplyDeleteTaurus ? Tunggu....
DeleteTq for coming Mieza :-)
susah nak kawal ni...garang hehehe
ReplyDelete- Admins blog 3 dalam 1
http://blog3dalam1.blogspot.com/
- Facebook fan page
https://www.facebook.com/MingHuiRaingerzAwesomeCollections
- Ping blog artikel @ Facebook
https://www.facebook.com/groups/kakipingdotcom/
Monyet Rimau lagi susah nak kawal sebab dia dalam 2 in 1 kategori..hehe
Deleteohsem jugak saper yg bintang Leo ni..manja2 gitu^^ hihi tp sy virgo..wuhuhu :P
ReplyDeleteVirgo ya..hemm. Nanti kita study yg ni pulak ya. Tq datang ke blog saya :-)
DeleteAssalamualaikum :) Jom jom visit blog Dibah, nak introduce satu produk best punya. Hihihi.
ReplyDeletehttp://dibahspa.blogspot.com/2013/03/natural-aqua-cure-gel-best-exfoliater.html
Thank you Puan Lynn :)
Walaikumsalam Dibah, insyallah saya datang berkunjung ke blog Dibah nanti. Terima kasih ya atas ziarahnya.
Deleteterbaiklah kak :)
ReplyDeleteHehehehe...:-)
Deletekeren http://www.fianetmu.com/
ReplyDeleteTerima kasih Fian sudah mau datang ke mari. Blog kamu juga keren dan amat berinformasi :-)
Delete