Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

VAMPIRE TREATMENT ATAU HORMON UNTUK MUDA

Orang kata umur adalah ' kebetulan kiraan '. Jika tahun ini direkodkan tahun 2013 dan kebetulan anda dilahirkan pada Julai 15 tahun 1975 maka genap lah hari ini usia anda 38 tahun. Tahniah, tahniah. Happy Birthday To You.

Pertambahan usia biasanya memang mematangkan hidup. Hingga terkadang banyak yang terlupa raut wajah yang kehilangan seri dek dimamah usia dan bebanan kerja malah tanggungjawab hidup juga. Apakah ramuan semulajadi yang dapat merangsang kelenjar Pituitary untuk menghasilkan terus pertumbuhan hormon dan seterusnya membuat kita semua tampil MANIS dan KELIHATAN MUDA  ???

Ada orang berpendapat ; buat apa melawan takdir ? Semua orang memang bakal jadi tua dan melalui proses yang sama. Kita bermula dari bayi - menjadi kanak-kanak - menjadi remaja - menjadi dewasa dan seterusnya menjadi tua. Inilah lumrah kitaran hidup. Kenapa mesti takut ?

                                                 
hormon untuk muda, sihat , cantik, cergas, kulit tetap mulus, elakkan menopous, elakan andropous, vampire treatment, prp treament awsome, platelet rich plasma untuk kelihatan muda, rahsia awet muda saya, rahsia awet muda
        sumber gambar - Google

Betul. Tapi mana lebih indah menjadi tua dalam keadaan anda sihat tanpa menghidap apa-apa penyakit, cergas melakukan aktiviti harian anda, ceria dan indah dalam perhubungan suami isteri malah masih dilihat berketerampilan ( dengan kulit licin , wajah segar dan tenaga yang masih cergas untuk melakukan aktiviti harian anda. ) Terlebih penting anda tidak kelihatan 'purba'. PURBA ??
Kejam kan penggunaan perkataan tu ?
                                         
 ATAU

Mungkin ada di antara kita yang lebih memilih begini :-

Menjadi tua, dengan wajah yang semakin hilang serinya, kerut-kerut wajah yang semakin jelas kelihatan. Sekejab-sekejab sakit itu, sekejab-sekejab sakit ini.  Uban yang semakin memutih di kepala, Langkah longlai dengan tenaga yang semakin hilang ! Kemudian kita berkongklusi ini sememangnya proses normal setiap insan dan kenapa mesti dinafikan ??

Pernah nampak sebuah rumah yang didiami penghuni seramai 5 atau 6 orang, yang sepatutnya mempunyai masa untuk mengurus rumah tersebut , sebaliknya lebih memilih membiarkan semak tanpa bertebas, biarkan kebersihan tanpa dijaga, halaman dibiar berserak, lantai berlendir dan berdaki, bilik air hitam, cat rumah dibiarkan tanggal sekeping-sekeping dan akhirnya rumah yang berpenghuni dan sepatutnya berseri itu menjadi semakin usang pada pandangan mata walaupun CF nya baru dapat 6 bulan sudah dan masih dikira rumah baru kerana berada di kawasan perumahan baru . Menjengkelkan betul ? Bukan hanya tuan rumah yang jengkel sebaliknya mereka yang memandang pun meradang bila melihat keadaan rumah tersebut.

Sama keadaannya dengan kereta lama, bila dijaga, dikilatkan dan bersihkan ia bukan saja mampu meluncur dijalan raya dengan baik malah kelihatan antik dan harganya pun mahal dan punya peminat tersendiri.

Rawatan anti ageing atau anti penuaan yang sebenarnya bukanlah melawan takdir Illahi. Ia hanyalah rawatan anti penuaan yang membolehkan kita hidup sihat ketika menjalani usia tua. Menjadi menopous /andropous ( bagi lelaki ) adalah proses semulajadi dan hakikat yang tidak boleh disangkal oleh sesiapa.
Tapi adakah anda memilih untuk menjadi menopous/andropous seawal usia 40 atau selewat usia anda dipenghujung 60han, semuanya terletak di tangan sendiri.

Kenapa orang yang berusia 40 ke atas sentiasa dianjurkan melalui peperiksaan tahunan ?
Kerana pada usia itu ramai yang mengalami sakit rapuh tulang atau asteoporosis,  sintom lemah jantung, kencing manis, gaut, lemah sendi, nyanyuk dan pelbagai penyakit lagi. ( Sakit sendi juga kerap menggangu ibadah bersolat ). Paras kolestrol dan gula dalam darah serta organ-organ di dalam badan mula tidak berfungsi dengan aktif seperti mana sewaktu muda dahulu.

Di sinilah pentingnya rawatan hormon untuk muda. Dewasa ini ada pelbagai rawatan hormon untuk muda dengan mengembalikan keceriaan hidup. PRP ( Platelet Rich Plasma ) , rawatan stem cell yang menggunakan darah anda sendiri yang diproses dan disuntik balik ke dalam badan.

Anda boleh baca tentang rawatan PRP di sini atau baca tentang VAMPIRE TREATMENT DI SINI

17 comments:

  1. happy besday sis....wish your happines 4ever

    ReplyDelete
  2. Am older than that sweetie, not to worry ...hahaha.

    ReplyDelete
  3. hmmm... selalu la buat exersize... makan suplement... berfikiran positif... berdoa.. insya allah... berseri2 wajah... :)

    ReplyDelete
  4. ni advertorial ke saje-saje promote ni? hehe. tapi biasalah sis, orang tunggu dah usia banyak baru nak pergi medical check up laa ape laa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Advertorial ?? Tak lah Khairul, lama dah nak tulis artikel ni tapi jari segan nak menaip. Baru kali ni tertulis. Amacam ? Nak try vampire treatment ni ?

      Delete
  5. wah... nanti saya nak buat lah rawatan tu.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat, jangan tak buat. Moga wajah Bonikacak bertambah kacak dan macho .

      Delete
  6. cahayacinta
    salam.bagi saya hari2 mau muda berasa muda heee...mesti ada motivasi diri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya betul tu. Macam tag line ....' cantik tak Kak Ton ?'. Hehehe...

      Delete
  7. wah..sangat sangat setuju. tetiba ingatan ni terpandang satu butik rawatan kecantikan utk wajah kat area my rumah. rasa mcm nak terjah pulak...

    Happy b'day to you.. tua ke muda itu adalah pilihan sama ada kita nak hidup cara tua atau cara muda. the choice is in your hand.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju tu Wantie, pilihan di tangan sendiri.
      A ) Berusia tapi tetap cantik dan sihat
      ATAU
      B ) Berusia, semakin kusam dan tidak sihat.
      Pilih mana suka.

      Delete
  8. Kita memang akan menua seiring berjalannya waktu tapi memang ada cara untuk merawat agar kita senantiasa trliat sehat cantek dan ketika kita sehat cantik pada masa tua itu juga anugrah, jadi mestilah rajin rawat diri :)

    ReplyDelete
  9. hidup bahagia dengan penuh rasa syukur akan menjadikan diri kelihatan muda sentiasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tehramuan. Bersyukur dengan yang ada dan bandingkan dengan yang tiada. Itulah kunci kebahagiaan.

      Delete
  10. hihihi...berusaha terus kekal cantik..

    ReplyDelete