Mak, tak lama lagi ( 24/5/2013 ) cuti
sekolah penggal 2.
Semalam cucu-cucu mak bertanya lagi ; cuti sekolah nanti kita balik kampung tak mama ?
Lama dah tak balik rumah nyai…..
Semalam cucu-cucu mak bertanya lagi ; cuti sekolah nanti kita balik kampung tak mama ?
Lama dah tak balik rumah nyai…..
Inah
jawab, “ buat apa balik rumah nyai ? Nyai dah tak ada, yaai pun dah lama meninggal….kita balik nak tidur mana ? Nak jumpa siapa ?”
“ Tak
apa..., kita tidurlah kat rumah lama nyai tu. Esoknya boleh pegi jalan ke rumah
ibu …dekat. Sebelah aja.”
“ Kampung kan banyak nyamuk ? Tak kisah ? ”
“ Kampung kan banyak nyamuk ? Tak kisah ? ”
" Kita bawak ubat nyamuk elektrik ma, bawa ridset, bawa krim anti nyamuk tu...,rindulah kat rumah nyai. "
Mak, jawapan mereka membuat Inah sebak.
Cucu-cucu mak masih terkenangkan mak
walau mak dah pergi tinggalkan kami hampir 5 tahun. Mereka masih rindukan mak. Bebelan mak ibarat dendangan gurindam
untuk mereka. Sebenarnya mak.., setiap cuti sekolah cucu-cucu mak memang akan
gegar Inah untuk pulang ke kampung. Mereka cakap bosan duduk di sini. Cuti
sekolah bagi mereka adalah untuk balik kampung mengejar ayam dan kucing, hilangkan
remote control tv nyai, memancing keli di parit, pergi ke laut hutan bakau mencari dan mengutip siput
sedut , makan nangka mak yang manis dan kait kelapa muda.
Cuti sekolah bagi mereka adalah masa untuk
bertandang ke rumah Kak Ham ( orang yang mereka panggil ibu ). Menonton tv di
situ seawal 9 pagi walau kat rumah mak ada tv. Inilah masa untuk mendengar mama
dan ibu mereka berubah menjadi tok selampit dengan cerita-cerita nostalgia kami
adik-beradik. Betul mak, anak-anak Inah suka dengar cerita dulu-dulu tu. Dia
orang akan duduk mengelilingi kami dengan khyusuk dan mulut ternganga.
Mak, sebenarnya dulu sewaktu masih ada
hayat mak, banyak benda yang Inah nak cerita................
Banyak hal yang Inah nak adukan tapi
semuanya tersekat di kerongkong mak. Inah tak mahu semua cerita tu buat mak
sedih. Sebab...., biasanya bila terlalu sedih mak akan tidur mengigau. Mak akan
terjaga di tengah malam dan menangis
tersedu-sedu. Pernah satu malam Inah terbangun dari tidur bila dengar suara
perempuan menangis, mengongoi. Siapa pun yang mendengar tangisan
begitu pasti pilu mak...... dan bila Inah tegur; mak….mak kenapa ?
Mak terus diam dan mematikan diri. Inah
tahu waktu tu fikiran mak rungsing kerana memikirkan bujang bungsu mak kan ?
Mak sedih fikirkan anak-anak yang berselisih pendapat. Mak geram , marah dan
kesal sebenarnya. Dan mak memang jarang menangis di depan anak-anak mak.
Inah masih ingat mak peristiwa di Telok
Kerang waktu tu Inah masih sangat kecil rasanya dalam 6 tahun.
Cuti sekolah….. Kak Yah, Kak Sanah, Inah
dan Hanif, bapak tinggalkan untuk duduk dengan nenek sementara waktu. Aruah Pak
karim yang jadi tukang kebun sekolah rendah di situ merupakan jiran nenek. Mak
datang untuk ziarah kami – anak mak. Tapi nenek tak izinkan. Nenek tak benarkan
kami jumpa mak . Nenek tutup pintu dan sorokkan kami semua di dapur. Dari dapur
kami semua dengar suara mak merayu pada nenek minta dibukakan pintu dan dibenarkan masuk . Mak
minta izin untuk jenguk kami walau sebentar pun jadilah. Tapi nenek halau mak.
Nenek tak izinkan mak duduk walau di tangga rumah. Nenek pegang penyapu. Mak
pindah duduk di tangga rumah Pak Karim dan dari situ berjam mak duduk dan
merayu lagi supaya dibenarkan jumpa kami, anak-anak mak. Sampai ke maghrib rayuan mak tidak
diendahkan. Kami adik beradik bertangisan di dapur sedih melihat mak
diperlakukan begitu tapi kami tak berani melawan nenek mak. Nenek kata mak
menantu yang tidak setaraf. Tak sekufu.
Masa berputar kami adik-beradik akhirnya
lebih memilih untuk tinggal dengan mak dari dengan bapak .
Sesekali bila kami tersalah cakap dan
kebetulan kesal mak tiba, mak akan mengungkit semua peristiwa sedih yang telah
mak lalui. Kami adik-beradik hanya diam dan tidak menjawab. Kami tahu mak masih
belum dapat menerima apa yang berlaku pada diri mak. Biasanya waktu-waktu
begini kami seolah ada persefahaman untuk senyap dan tidak membangkitkan isu-isu
yang mengundang sentiment kemarahan dan kesedihan mak. Jika tidak ‘ chanel mak’
akan bersiaran 24 jam tanpa henti selama
2 hari. Baru mak puas. Setiap kali mak marah, mak selalu suarakan kekesalan ;
tak ada guna kalau kawin dengan keturunan orang baik-baik, alim ulama pun kalau
perangai sendiri yang bejat !
Kami diam mak…,kerana kami tak mahu hati
mak terus terluka.
Tinggal dengan mak memang merupakan
lembaran baru untuk kami. Walau makan tidak semewah waktu kami tinggal dengan
bapak dan nenek tapi kami semua happy. Mak tinggal menyewa di rumah kayu yang
berharga Rm 35 sebulan. Tahun 70an harga sewa begitu sudah sangat mahal kan mak
?
Rumah papan mak cuma ada satu bilik.
Setiap malam kita anak beranak hanya tidur diruang tamu. Mak pasang kelambu
besar untuk kita semua. Kadang bila merajuk Inah sengaja keluarkan badan dari
kelambu. Pelan-pelan mak tarik masuk ke dalam kelambu biar tidak digigit
nyamuk. Bila angin kuat atap daun nipah rumah mak terselak. Nampak langit gelap kelabu dan gemerisik dedaun pokok
durian tuan rumah yang ada di kiri dan kanan rumah menjadikan perut kami semua
kecut. Bimbang pokok durian tua yang separuh mereput itu tumbang dan menghempap kita semua yang
sedang tidur. Setiap kali angin kencang Inah perhatikan mulut mak kumat kamit
membaca doa memohon kepada Allah supaya anak-anak mak semua selamat dan tidak
ditimpa bencana. Tapi tidur anak-anak mak sebenarnya nyenyak juga kerana kami dah terbiasa. Kami semua tahu, hanya mak yang tidak tidur. Berjaga.
Nasib mak baik bila ada insan yang
perihatin memohonkan ‘ tanah kurnia’ seluas 2 ekar untuk mak . Kita kemudiannya
pindah ke tanah kurnia mak. Jauh ke arah
laut. Agak pendalaman. Hanya ada denai yang direntas untuk sampai ke kelompok
tanah kurnia di situ. Tuan punya tanah
kurnia yang lain hanya membiarkan tanah mereka semak tapi mak mengerah kederat
sendiri untuk menebas rumput sementara pokok-pokok bakau, dan pokok hutan laut
yang besar mak upahkan pada orang lain untuk ditebang. Sekali sekala mak kerah
anak-anak mak untuk ikut sama memerun tunggul pokok yang masih tercongok di
permukaan tanah. Anak yang ada periksa besar mak tak kacau jadi terselamatlah
Inah dari kena tolong mak di kebun.
Hinggalah beberapa tahun kemudiannya
hasil jerih payah mak yang tidak berhenti berusaha dan berniaga mak dapat
membeli 2 setengah ekar tanah lagi di Pekan Nenas. Kata mak, tanah yang mak beli itu untuk
anak-anak mak. Mak tak mahu hidup anak-anak merempat macam mak. Biarlah walau hanya setapak rumah seorang pun jadilah. Mak tak mahu anak-anak mak
terutamanya yang perempuan mengalami nasib yang sama seperti mak. Tak ada tapak rumah untuk berteduh bila sesuatu
perkara terjadi. Sepanjang hidup mak memang mengabdikan diri kepada tanah. Inah biasa nampak saat guruh berdentum dan
dalam hujan renyai mak masih lagi di tanah. Menarik pelepah pisang kering,
masih sibuk mengumpul kelapa-kelapa, masih membungkus buah nangka dengan guni
dengan memanjat tangga kayu. Setiap kali Inah nak turun menolong....mak jerkah balik supaya Inah naik ke atas rumah semula. Mak kata kerja tu senang aja. Mak dah biasa buat. Tak payah ditolong. Hebatnya emak. Anak-anak mak belum pasti segagah itu.
Mak, sewaktu hayat mak Inah tak pernah ucap bertapa Inah dan adik-beradik sebenarnya berbangga menjadi anak mak. Kami sayang mak sangat-sangat. Menyaksikan perjalanan hidup yang mak lalui......mengajar kami erti ketabahan. Mak kuat. Mak tabah. Mak wanita yang cekal dan bersemangat waja.
Sebenarnya banyak kisah mak yang Inah ingat sehingga hari ini. Masih segar di ingatan....waktu itu rasanya Inah berusia 5 tahun dan Hanif 2 tahun ...mak menyusukan Hanif dalam keadaan mak sendiri kena sakit barah susu. Muka mak mengeriuk, mengerinyit menahan sakit setiap kali Hanif menyusu. Susu mak yang sebelah lagi membengkak dan menanah. Tapi dulu mana ada rawatan kanser payu dara macam sekarang. Inah dan kakak-kakak yang lain sebenarnya tak tahu apa ubat yang mak makan untuk merawat penyakit mak. Yang pasti semua sayur mayur yang orang kata sejuk dan tak boleh makan - mak telan. Mak berjamu dengan ubat periuk dan segala akar kayu yang mak masak sendiri. Kadang-kadang Inah nampak mak masukan ubat ke dalam pisang sebelum menelan pisang itu tanpa dikunyah. Sejak itu mak selalu berleter jika kami semua masak beras tanpa ditampi dan tidak dibuang padinya. Mak kata itulah punca barah. Mak memang akan mengomel bila terjumpa padi dalam beras yang kami masak.
Inah juga masih ingat mak....sewaktu mak keluar mengutip siput di hutan bakau di belakang rumah.....,tiba-tiba mak pulang awal bersama guni siput yang berisi tak sampai separuh. Waktu itu Inah ada di rumah. Inah terkejut bila terpandang muka emak yang bengkak bengkil. Mak beritahu mak kena gigit tebuan laut. Inah menangis tak tahu apa nak buat. Pelan-pelan mak tarik baldi kecik yang mak sentiasa bawa bersama sewaktu keluar mencari siput. Di dalamnya penuh lumpur dari laut. Mak pejamkan mata, mak baca bismillah dan selawat dan terus sapu seluruh muka mak, kepala, rambut, tangan dan kaki dengan lumpur laut itu. Mak tak bagi Inah siram. Lepas 15 minit baru mak bilas dan bersihkan badan. Mak cuma suruh Inah bancuh kopi pekat aja. Inah tengok bengkak yang merata di muka mak memang surut. Mulut gatal Inah terus bertanya ; ' memang lumpur ke ubatnya mak ? '
Mak tenung muka Inah dan jawab selamba; ' tak '.
" Dah tu mak sapu lumpur tu buat apa ?"
" Ikhtiar. Selebihnya tawakal."
Inah ingat semua jawapan mak itu sampai sekarang mak. Inah ingat.
Inah juga ingat kulit mak yang putih kuning itu berubah menjadi gelap kalaupun tak gelap gulita akibat terlalu kerap di kebun berbanding duduk di rumah. Tapi itulah kehebatan mak. Mak mampu menyekolahkan anak-anak walau hanya dari hasil jualan pasar lambak yang hanya 2 kali seminggu.Mak mampu pergi umrah berkali-kali dan mampu mengerjakan haji. Guna duit mak sendiri. Bukan duit anak-anak.. Mak mampu buat rumah batu sendiri walau tanpa insan yang bernama suami di sisi.
Kehebatan mak buat nenek menoleh dan mula berbaik-baik dengan mak. Nenek puji kesabaran dan ketabahan mak. Nenek selalu singgah ke pasar lambak melawat mak. Duduk di situ menunggu untuk mak manyapanya. Sayang hati mak dah keras seperti batu. Mak tak pedulikan nenek walau nenek ada berjam di sebelah mak. Mak sibuk dengan kerja mak. Inah tau mak, luka di hati mak tidak pernah sembuh. Namun mak tidak pernah mengajar kami membenci bapak dan nenek. Malah setiap kali Hari Raya mak gesa kami adik-beradik untuk ke rumah bapak dan nenek. Mak....mungkin mak pura-pura tak tahu yang bapak dan nenek sebenarnya menanggung rasa bersalah kerana menyia-yia kan mak.
Mak......., Inah nak jadi sekuat dan setegar mak. Inah tak mahu jadi cengeng.
Inah selalu ingat pesan mak. Inah tak pernah lupa mak. Inah sayang mak.
Kali terakhir kita berjumpa adalah dalam waktu cuti sekolah juga mak. Tahun 2009 - cuti sekolah penggal pertama. Waktu itu mak duduk di depan pintu bilik Inah - di kampung. Mak pandang cucu-cucu mak yang bergelimpangan tidur beralasakan tilam TOTO. Lama mak tenung muka Inah sebelum membuka mulut.
Mak kata ; " Mak doakan Inah berjaya dalam hidup, mak suka tengok Inah berniaga. Tapi ingat bila dah kaya nanti jangan jadi manusia yang kikir. Jangan jadi isteri yang derhaka. Fikir panjang-panjang sebelum buat sesuatu perkara. Fikir anak-anak Inah. Anak-anak Inah semua comel-comel. "
Inah selalu ingat pesan itu mak. Inah ingat.
Mak.., 12hb Mei ini adalah Hari Ibu. Walau mak tak pernah dapat award ibu mithali, mak tetap dapat pengiktirafan itu dari kami, anak-anak mak. Mak banyak mencorakkan keperibadian kami. Insyallah.......kali ni, Inah akan bawa anak-anak balik ziarah pusara mak. Inah sebenarnya masih perlukan mak dan kalau boleh Inah nak jerit kuat-kuat di hutan bakau belakang rumah.....
Makk ....Inah RINDUUUUUU !!!

Sumber Google |
Al-Fatihah...tabahkan hati ye kak...
ReplyDeleteHati akak sekarang dah mula kalis hujan dah farah.
DeleteAssalamualaikum. sebak sheila baca kisah ni kak lynn. semoga allahyarhamah mak kak lynn berada di kalangan orang yang beriman di sisiNya. kak, besar sungguh pengorbanan seorang ibu :(
ReplyDeleteTerima kasih ya Sheila. Pasangan boleh mungkin aja boleh berganti tapi yang namanya 'ibu' hanya satu hingga akhir hayat :-)
Deletelama juga rasanya tak baca cerpen
ReplyDeletememang ada bakat mengarang ni
tahniah dan moga sentiasa bahagia bersama rahmatNya
Haha...boleh le. Tengah buat tajuk novel from Bukit Beruntung with love.
Deleteadoiyai.. kak lin buat saya rasa sebak sangat.. :(
ReplyDeleteAkak lagi sebak, sebab itulah yang sebenarnya terjadi.
DeleteErm..jangan lupa kesat air mata dengan tisu tau.
sedekahkan Al-fatihah jika rindukan arwah :) setiap yang hidup, pasti akan tinggalkan dunia :')
ReplyDeletePasti Mimi.
DeleteCerita realiti kak lynn ke nie? Sedih :( mak lah insan yang paling besar pengorbanannya. Al-Fatihah..
ReplyDeleteTak akan pernah luput dari ingatan Aida.
Deletenak menitis air mata ni..sedih..besarnya pengorbanan seorang ibu...
ReplyDeleteKasihnya ibu membawa ke syurga
Deletedan kasih ayah sepanjang hayatnya.
Selamat hari ibu Mama Rey. Moga Mama Rey jadi ibu yang cemerlang dunia dan akhirat.
sedih huhu...karangan yang panjang
ReplyDelete- Admins blog 3 dalam 1
http://blog3dalam1.blogspot.com/
- Facebook fan page
https://www.facebook.com/MingHuiRaingerzAwesomeCollections
- Ping blog artikel @ Facebook
https://www.facebook.com/groups/kakipingdotcom/
Berapa nak bagi markah kat karangan akak ni si cantik ?
DeleteMembaca postingan dalam cerita ini seakan mengingatkan diriku juga dengan emak. sangat menarik dan bagus postingannya. entry yang sukses.
ReplyDeleteterima kasih banyak sudah berbagi
Terima kasih sudah mahu mengunjungi lagi blog saya.
Deletekita pun mak dah tak ada...
ReplyDeleteSedihkan,hilang sudah tempat mengadu.
Deleteal fatihah- semoga tabah melalui hari hari mendatang. betul tu kak kekadang banyak bend ayang kita nak kongsi dnegan mak. suka duak kita. tapi... kita risau kekalau mak akan sedih...
ReplyDeleteitu juga peringatan untuk kita. bahawa anak kita jugak ada benda sedih yang dorang cuba sembunyikan dari kita demi melihat kita gembira.
Betul tu wantie, tapi kena mak garang macam akak, anak-anak takut mengadu. Huhu..
Deletelihat blog ini rasanya sejuk ternyata ada air hujannya yah
ReplyDeleteterima kasih dan salam sukses selalu
Saya memang penyuka hujan PP.
ReplyDelete