Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Fitness Centre trend perniagaan terkini


FITNESS CENTRE / SPA adalah salah satu dari 10 trend perniagaan yang popular
kini. 9 trend perniagaan yang lain adalah :-

* Pemasaran dan pengiklanan
* Perniagaan online
* Makanan kesihatan  dan kecantikan ATAU supplement
* Perniagaan alam sekitar
* Perniagaan yang berasaskan kepada kebajikan dan yayasan
* Permainan komputer
* Franchise makanan segera
* Pemuliharaan dan penjanaan semula tenaga
* Khidmat nasihat

Trend terkini memang lebih banyak menjurus kepada penjagaan kesihatan dan kecantikan.
Orang sekarang sibuk dan perhatin sekali dengan imej diri. Dan jangan cakap fenomena ini
hanya melanda orang perempuan yang sentiasa sinonim untuk kelihatan kurus, cantik dan 
berseri. Virus baru untuk sentiasa kelihatan kacak, sado tapi maskulin juga sudah melanda
orang-orang lelaki. Maka kita tidak usah hairan bila melihat lambakan makanan tambahan 
atau berbagai jenis supplement di pasaran. Sementara fitness centre mula merecup bagai 
cendawan tumbuh di musim hujan.

                                      
fitness centre, trend niaga, trend business terkini, abang sado, maskulin, harga masuk di gym, gym murah di gombak, gombak fitness centre
Sumber Google

Fitness Centre wujud, berkembang dan mengambil peluang dari kegilaan baru ini.
Mak cik-makcik nak nampak muda, kulit halus, maintain cantik bergaya dan jauh
dari gambaran geleber dan gemuk loyot. Yang baru berumah tangga ingin sentiasa 
tampil menawan. Tak payah cerita yang masih anak dara, lagilah mereka ingin selalu 
kelihatan vouge. Maka  lelaki dan perempuan berduyun menjadi pelanggan dan pengunjung 
tetap pusat-pusat gym ini dan akhrnya menimbulkan persaingan dari segi harga langganan
dan kepelbagaian penawaran.

Akibat persaingan yang timbul mereka berlumba menawarkan harga mampu milik kepada
pelanggan masing-masing. Di Gombak ada gym yang menawarkan harga semurah RM 5
untuk setiap sesi latihan. Ini menyebabkan seawal usia 16 tahun anak-anak remaja lelaki 
sekarang dah mula menjeling dan masuk ke gym untuk mendapatkan body 6 pac abang 
sado. Tapi aktiviti begitu lebih baik dan sihat dari remaja kita tercebur pada kegiatan yang 
tidak sepatutnya. Betul ?

No comments:

Post a Comment