Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Merepek global

Minyak Ron 95 yang naik RM 0.20 menimbulkan keriuhan semalam . Sehingga jam
11.59  malam semalam ramai yang beratur di sesyen minyak untuk mengisi tangki kereta
masing-masing. Sebenarnya apa yang nak kita meradang dan bisingkan ? Merungut
tidak akan menyelesaikan masaalah. Cuba kita belajar terima kenyataan, terima fakta
yang harga minyak memang naik di seluruh dunia. Jika dibandingkan dengan Thailand,
harga Ron 95 ialah RM 4.76 / liter. Indonesia pulak harga Ron 95 ialah RM 3.38 / liter.
Malaysia bukanlah Venezuela yang memberikan subsidi minyak termurah di dunia
( pemberian subsidi itu bakal ditamatkan oleh kerajaan Venezuela tidak lama lagi ).
Di Venezuela,  harga petrolnya memang lebih murah dari harga air dan udara yang disedut.
Yang penting, kita haruslah kreatif dalam mempelbagaikan pendapatan bagi menampung
kos sara hidup yang semakin meningkat.


                                       
harga baru Ron95, harga petrol, iqd, dong, idr, chinese renmimbi, imf, BRICS, ekonomi global, cabaran alaf baru, kenaikan kos sara hidup.

2. Di peringkat global pula, kesepakatan negara-negara BRICS memberikan tamparan
hebat kepada dasar, polisi dan fungsi IMF yang gagal dalam menangani isu kelembapan
ekonomi global. Rusia dan China sebagai pengasas negara BRICS membawa kesan
sagnifikan kepada kejatuhan Petro Dollar. Penubuhan Bank Pembangunan BRICS
di Shanghai, membayangi tugas dan memberi cabaran baru kepada Bretton Woods, IMF
dan Bank Dunia. Mata wang Renmimbi China bakal menjadi salah satu mata wang rizab
dunia tidak lama lagi atau mungkin sudah bermula hari ini ?

Jaga-jaga dengan kemunculan dan peningkatan / penilaian semula matawang Dinar Iraq,
Dong Vietnam dan Indonesian Rupiah yang bakal memeranjatkan kita sedikit hari lagi.
Gunakan kreativiti bila mencari rezeki. Buka minda dan mata luas-luas supaya kita nampak
rezeki tersorok yang sebenarnya ada di sekeliling kita.

3. Bercakap bab mata, musim sakit mata dah menyerang. Hari ni aku pergi mengutip anak
untuk pulang awal dari MRSM. Teruk matanya bengkak dan bertepek-tepek dengan taik
mata. Rupanya bukan Hafizul sorang yang kena, 10 orang dalam kelas dia dan semuanya
lelaki. Amik kau. Jawabnya malam nanti aku kena pakai spek mata dalam rumah sebab
tak mau berjangkit dengan dia. Tapi apa ke hal nak pakai spek mata malam-malam ek ?

4. Lagi 2 hari kita akan menyambut Hari Raya Haji. Juadah apa yang aku nak masak ?
 Mungkin lemang jagung segera kali ini. Apa yang lebih penting tahun ni aku nak buat puasa
Arafah.  Selalu dan setiap tahun aku terlepas tarikh 9 Zulhijah. Tapi dek kerana Daniel dan
Nurul bila balik sekolah dok gendang yang depa nak puasa 9 hari puasa sunat - buat aku
tercengang. 9 hari puasa sunat sebelum Hari Raya Korban ? Lama aku terkebil-kebil
macam cicak tertelan kapur. Kemudian baru wayar kat otak bersambung semula.........,
oooohh Puasa Arafah. Alhamdulilah, ada juga guna  mulut kecik yang berpot-pet kat telinga
aku. Kalau panjang umur, in sya allah aku nak buat Puasa  Arafah yang pertama kali dalam
hayat aku 4hb Oktober ni.

5. Hari ni dah lebih seminggu Mak Cik Jijah berada di rumah. Dia memang selesa dan
serasi bertandang ke rumah aku. Aku pun no problem sebenarnya...., ialah mak cik
sendiri. Masaalahnya mak cik kesayangan aku ni bila dah bercakap, guna high volume 5.
Maksimum beb. Pergh.....rasa bergegar kepala hotak akak nih. Dah la begitu, siaran dia
memang sentiasa hot mengalahkan Hot FM. Mula seawal 8.30 pagi....sampailah 12 malam.
Aduh mak, sawan katak aku dibuatnya. Sampai aku asyik salah je bila buat kerja. 5 kali
aku mengulang baca perenggan asyik tak faham. Aku nak suruh dia berhenti bercakap
.....mulut tak tersebut. Penyudah cerita terpaksalah aku buat-buat mengantuk bila masuk
jam 12 malam. Kalau tak, biasanya aku tidur jam 2 pagi.

Sampai dalam bilik Daniel pulak banyak soalan tanya  aku, itu dan ni. Pot pet. Pot Pet.
Time tu la dia nak tanya aku soalan agama, maksud perkataan dalam bahasa inggeris yang
dia tak faham, time tu la dia buka segala cerita penglipur lara dari sekolah, nak tunjuk hasil
lukisannya yang dah nak sama macam hasil lukisan kartunis jepun. Adoyai, dulu masa
mengandungkan dia, aku terlebih makan tongking ayam agaknya. Selalu yang kuat
membebel anak perempuan, ini lelaki !!

Waktu malam jugalah biasanya Si Natasha dan Si Nurul sibuk bergaduh pasal tudung,
bra dan seluar dalam. Perangai mereka berdua buat aku terkenang cerita seorang client
aku 10 tahun dahulu. Kata Nasir dari Kelantan; ' Tunggu anak dara you besar sikit Lyn....,
nanti you mesti dengar dia orang berebut. Ni coli aku, coli kau mangkuk kecik. Ni seluar
dalam aku...... yang ko pakai wat apa ?'

Aku nak lariiii. Bertapa kat Batu Caves.



No comments:

Post a Comment