Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Zero Point !!!

ZERO POINT !!!
Menjerit sakan kita dulu-dulu sambil meloncat jalinan gelang getah panjang yang dipusingkan oleh 2 orang rakan di hulu dan di hilir. Pusingan boleh dimulakan oleh pemegang getah samada mula dari kiri atau dari kanan.

Jika dilihatnya kita (yang meloncat) selesa dengan ayunan tali (kaki tidak tersangkut tali getah), mereka boleh menukar haluan ke mana-mana arah yang mereka suka.

Kalau permulaan loncatan adalah dari kiri ke kanan. Bila dirasakan 'kita terer' sesuka hati je mereka tukar pulak ayunan dari kanan ke kiri. Dan bila mereka nak menukar arah ayunan mereka (yang memegang tali) hanya perlu jerit ZERO POINT !!!.

Tukang loncat kena perlu segera sesuaikan rentak, ubah loncatan kalau tak mahu kaki tersangkut dengan gelang getah. Tersangkutnya kaki di gelang getah di kira mati. Giliran di serahkan kepada pemain ke 2 pulak.

Bebudak sekarang memang tak merasa lah permainan cengini kan? Permainan bebudak sekarang semuanya berbayar. Pakai duit.

Satu-satunya permainan bebudak sekarang yang free adalah bila kena hambat dengan rotan oleh emak atau cikgu displin. Atau, lari maraton bila dikejar anjing.
Huh !

permainan dulu-dulu,main gelang getah,loncat getah panjang, permainan free zaman dulu

No comments:

Post a Comment