Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAWATAN TERAPI ION PEMBERSIH TOKSIN AL-BAROKAH

" Jom kita pergi," hubby aku tiba-tiba mengajak.
" Nak buat apa ? Malaslah...."
" U kan selalu sakit-sakit, tak boleh tidur malam, sibuk dengan kerja , dengan anak....abang susah hati bila tinggal U kat rumah, jomlah pergi tak lama pun..., setengah jam aja."
Aku jelirkan lidah padanya. Dia ketawa.

Sampai aja di apartment tu kami memberi salam. Pintu rumah yang memang sudah sedia terbuka memudahkan kami untuk menjengah ke dalam rumah . Rupanya sudah ada 2 orang pengunjung yang mendahului. Sebaik masuk ke dalam rumah mata aku terpandang air di dalam besen berbentuk 4 segi yang berkeladak dan berwarna merah ke choklatan dan terapung di atasnya seolah bunga kembang semangkok yang sudah direbus bertebaran di dalam air.  Aku alihkan pandangan tak sanggup nak lihat.

5 minit kemudian 2 orang pengunjung itu beredar meninggalkan aku dan suami di situ.
" Dari mana tahu tempat kami di sini ?" tuan rumah menyapa mesra.
" Dari kawan, dia kata dia dah buat rawatan di Sungai Buluh", suami aku menjawab. Dan pebualan itu menjadi sesi soal jawab antara dia dan suami yang aku tahu suka ' kang' orang dengan berbagai pertanyaan yang kadang kala tak masuk akal dan buat orang geram. Tapi itulah suami aku,so to cut the long story short....
tuan rumah kemudiannya pun mengeluarkan besen rawatan seperti di bawah :

                Minit pertama kaki fotogenik suami aku direndam


               Yang ini kaki aku, bapak besar....( minit pertama ni )

               Selepas 10 minit. Bintik-bintik merah mula kelihatan.


               Selepas 20 minit, air semakin keruh dan mengeluarkan kotoran

                     Ngam-ngam 30 minit. Tritttt....masa tamat.

                Omak engkau, ini air lai chi kang ke air rendaman kaki ?

    Yang ini pulak selepas mesin cute rawatan itu dicabut dari kotaknya.

        Toksin yang keluar dari lebih 2000 liang roma yang terdapat di kaki

        Tutup mata,jangan tengok kalau geli. Aku pun rasa nak muntah !                  

Mau tidak terkejut badak aku bila selepas 30 minit rawatan rendaman kaki itu, inilah rupanya toksin yang keluar dari kaki aku. Sertamerta dalam otak aku masuk idea, aeii....ini business bagus ;-)

Ehh nanti dulu, kisah ini ada sambungan. Sekarang ni aku nak gi jumpa customer dulu hantar pesanan kat Balakong. Nanti aku sambung pasal entri ni ye.....tunnggguuuu .

p/s : Kadang-kadang rawatan yang kita kata absurd dan mencarut alias menipu tu ada juga faedahnya bila kita kaji betul-betul. Tapi biasalah dalam dunia ni ada pros and con . Macam insuran juga....yang mana dah pernah rasa duit pampasan dari company insuran akan kata insuran tu bagus. Yang tak pernah rasa tapi lebih suka percaya dan dengar ' hearsay' cakap insuran tu tipu. Manusia......

8 comments:

  1. hello Lina...bab x leh komen kat blog akak tu sama ngan prob yg dihadapi oleh Bin Muhammad,akhirnya dia guna Mozilla Firefox baru leh komen

    ReplyDelete
  2. thnks .. just fond your blog..nice!!

    ReplyDelete
  3. takutnya tengok air tu, rasanya kaedah ini lebih bagus dari pakai footpatch tu kan. brapa cas servis ni?

    ReplyDelete