Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

SAKIT MATA


Musim sakit mata datang lagi. Kali terakhir aku terkena sakit mata adalah ketika 
di tingkatan menengah rendah dan sejak itu aku tak pernah dijangkiti penyakit mata 
lagi. Sakit mata, mata merah atau Conjunctivtis boleh berlaku samada disebabkan 
bakteria, virus mahupun kerana alergi kepada pengidapnya. Tetapi kebanyakan kes 
mata merah atau sakit mata adalah disebabkan infeksi dan ianya memang boleh 
menular kepada orang lain. Kebanyakan sakit mata menyebabkan selaput yang menutup 
mata putih / conjunctiva menjadi kemerahan. Malah bagi setengah kes, keseluruhan mata 
putih menjadi merah seperti biji saga yang diiringi bengkak mata dan biasanya ia diiringi
rasa gatal, pedih, kerap berair, dan bertaik mata yang banyak dan melekat-lekat sehingga 
menyukarkan kita membuka mata terutamanya bila baru bangun tidur. Sesetengah kes,
pengidapnya kalah atau silau dengan cahaya sehingga menyukarnya untuk keluar rumah 
atau memandu kenderaan.



Bagaimana sakit mata boleh menular ? 

Adakah sakit mata boleh menular melalui renungan/tenungan mata ? 
Heh, jangan percaya. Itu semua mitos. Penyakit mata tidak menular melalui 
renungan mata . Dendangan lagu Dari kerana mata, bak kata penyanyi 50an A.Azmi, 
memang tak ada kena mengena dalam kes sakit mata ini. Sebaliknya sakit mata mampu 
menular dengan kadar yang sangat cepat hanya kerana sentuhan kulit akibat aktiviti 
bersalaman, cium dahi, berkongsi tuala muka, malah melalui batuk dan bersin.

Uuwaa !!! Sebab itulah aku kena dah sakit mata sekarang ni. Semua ni pasal Hafiz. 
Ambik dia balik dari asrama, lepas kena tendang dek kerana penularan wabak sakit
mata di MRSM baru-baru ini. Dalam kelas dia aja hampir separuh murid-murid yang
kena sakit mata. Baru-baru sampai je dia terus cium dan salam aku. Habis dah. 
Nak cakap pun tak boleh - anak sendiri. Sampai kat rumah dia bermanja-manja lagi
minta aku yang titiskan ubat mata !
Yess syabass..., aku ikutkan. Sayang anak la katakan. 

Lat 3 hari Hafizul kat rumah terus merebak kat Nurul. Hari ke 4 mata Nurul dah hilang 
merahnya tapi bengkak mata masih ada, sehingga kelihatan matanya mengecil. Hari Raya 
Aidil Adha yang pertama mata aku dah start berair dan pedih-pedih. Aku abaikan kecuali 
titiskan OPTREX ke mata beberapa kali. Hari ke 2 mata aku semakin merah.

                                                       
                                             Mata Nurul yang bengkak di hari ke 2

Ehh...bebudak ni gegar ajak aku tengok wayang pulak. Malas nak bergegar otak, 
aku hantar semua pergi tengok wayang dan aku sendiri tunggu dalam kereta. Puas anak-
anak pujuk supaya aku menonton sama, aku tolak. Aku tak mau bila lampu panggung 
tiba-tiba terpasang....., ada pulak penonton yang menjerit dan lari lintang pukang kerana 
terpandang mata aku yang keadaannya dah sama macam MATA PONTIANAK
dalam filem Pontianak Harum Sundal Malam. 

Dan tak pasal-pasal hari tu aku macam orang bingai yang masuk bangunan pakai cermin
mata gelap. Tak suka akak taw ! Hari ni mata Farah pulak dah berair dan mula gatal-gatal.
Alamat tak balik kolej letew.......
                                                   
SEBAB SAKIT MATA, MITOS TENTANG SAKIT MATA, bagaimana sakit mata menular, rawatan sakit mata, mata merah, cara menghilangkan mata merah.
                           Yang ini gambar dari Google bukan mata aku. By the time
                   aku menulis entri ni, mata aku dah lebih sepit dari mata Fumanchu.

Tapi, ada hikmahnya juga bila kena sakit mata cenggini......, anak-anak semua tunduk bila
berkata-kata dengan bonda. Tak berani bertentang mata. 

Uuuiii........., patuhnya anak-anak aku nih.





No comments:

Post a Comment