menyelidik dan melakukan penerokaan aeronautik dan penyelidikan
aeroangkasa mengeluarkan kenyataan yang dunia akan bergelap dan tanpa
cahaya selama 6 hari bermula 16hb Disember 2014 - 22hb Disember 2014
perkara itu terus menjadi viral dan kecoh diperkatakan.
Kegelapan itu bakal berpunca dari ribut matahari yang menyebabkan debu
dan menerbangkan puing-puing sehingga menghalang 90 peratus cahaya
matahari untuk sampai ke bumi.
" Ketua NASA, Charles Bolden yang membuat pengumuman itu meminta semua
orang untuk bertenang. ' Ini adalah yang keadaan terbesar yang berlaku dalam
tempoh 250 tahun terakhir untuk tempoh 216 jam .'
Adakah kita akan kiamat ? 6 hari tanpa cahaya bukanlah perkara main-main yang
dilapurkan NASA yang terkenal dengan ketepatan penyelidikan aeroangkasanya.
Kenyataan itu cukup untuk membuatkan ramai orang panik. Akan berakhirkah
hayat bumi pada tarikh itu ?
' Ya Allah, janganlah matahari terbit dari barat pulak...waktu tu bertaubat pun
dah tak berguna,' seorang teman mencatitkan keresahan di whatsapp.
Bagaimanapun lapuran itu akhirnya disahkan palsu. Lapuran palsu NASA yang
bertajuk ' NASA Confirms Earth Will Experience 6 Days of Total Darkness in
December 2014 !' asalnya di terbitkan oleh Huzlers.com - sebuah website yang
dikenalpasti sering menyebar dan mengembar gemburkan berita palsu dengan
pelbagai tajuk sensasi.
Hadis Abu Hurairah r.a :-
Rasulullah s.a.w bersabda: Tidak akan berlaku Hari Kiamat
sehinggalah Sungai Furat kering dan mengeluarkan gunung (timbunan) emas yang
menyebabkan manusia berbunuh-bunuhan. Maka seramai sembilan puluh sembilan
daripada seratus orang telah dibunuh dan setiap lelaki dari kalangan mereka itu
akan mengharapkan kejayaan itu menjadi miliknya
No comments:
Post a Comment