Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kempiskan perut dengan senaman plank

Anda Boroi ? Gemuk ? Bongol lemak banyak diperut ? Atau daging lengan
anda menggeleber sehingga boleh dikibas ke muka? Jom kempiskan perut dan
tegangkan lengan anda dengan SENAMAN PLANK. Tak payah pegi gym untuk
dapat badan cantik. Buat kat rumah pun boleh. Senaman atas papan sekeping tau.
Bukan silat atas papan sekeping ! Baca betul-betul ni.


Apa itu senaman PLANK ? Senaman Plank sebenarnya adalah senaman
keseimbangan tubuh yang dilakukan di atas sekeping papan sebagai alas
senaman. Tapi kalau nak guna papan sekeping sakit la pula bila jatuh terentak
nanti ya. Jadi kita ganti ajalah papan sekeping tu dengan alas tikar yang lembut
alias tikar getah senaman tuh. Apa namanya pun akak tak tau dik ooi.

Jadi walaupun selama ini aku tak ada masaalah dengan senaman lentur melentur..
....aku tetap tak larat buat sit up 10 kali setiap hari. Plank excersice apa tah lagi....
First time cuba malam ni.

' Mama buat apa tuh ?! '
Berdebam aku jatuh disergah Nurul malam tadi. Daniel ketawa mengekek.

' Ni senaman kempiskan perut dan kecikkan lengan. Nurul nak rampingkan pinggang
pun boleh, ' aku menjawab sama mengosok punggung. Sakit tau tak ? Dah lah jenuh
menahan lengan dan siku tadi.

' Elehhh...., kita orang boleh buat. Senanglah, jawab Daniel terus nak memulakan
senaman selepas aku tunjuk gambar cara senaman di akhbar Mingguan Malaysia.

' Ma, sudah-sudah tu ma. Mama tu dah nak masuk waktu asar,  tak payah nak buat
aksi gimnastik bagai...., biar Nurul aja yang buat. Remaja....,'

Ehhh....., budak umur 14 tahun ni sindir aku macam mak-mak engkau....
Tak pe. Kasi peluang. Tak sampai seminit dua beradik tu jatuh berdebam. Nurul
menjerit, ' adoi maa......tolong. Peha Nurul kejang, sakit punggung maa !!'

Hambik ko. Kata mama dia sangat. Sekurang-kurangnya aku jatuh sebab terkejut kena
sergah, budak ni jatuh sebab kejung urat ! Tak pasal-pasal aku kena jadi tukang urut
malam tadi.
Citt !

                                      
Boroi, gemuk,kempiskan perut,cara kecikkan lengan,tegangkan punggung, senaman plank, senaman atas papan sekeping
                                 Nampak macam senang aja kan ? Cubalah buat.......

                          Belajar aksi Superman ? Luruskan tangan kanan dan angkat kaki kiri.
                                                         Jangan jatuh tau. Kikikikik

No comments:

Post a Comment