Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Mama kategori hot

Dah lama aku tak nampak up date status budak ni kat FB. Selalunya ada je sehari
dalam 2 atau 3 kali aku boleh nampak status updatenya di sana. Dah jadi budak
baik ke dia ?

Malam tu lepas maghrib aku menjengah ke FB, pegi ke wall dia dan tengok
friends list dia. Sah, aku dah diunfriend. Eeeiii.....geramnya aku !!

' Kakak !!! Panggil Nurul turun !!! ' 

' Kenapa marah-marah ni ma, ' tanya Farah sambil tangannya sibuk menaip
assignment.

' Nurul ni ha, dia dah unfriend kan mama. Patutlah mama dah sebulan tak 
nampak up date status dia lagi...... '

Panas hati aku. Orang lain nak unfriend aku tak kisah. Ini mak sendiri di
unfriendkan ...........

Kikikikikik...... Farah ketawa.

Nurul yang berdiri kat tangga terus aja menjawab, ' tu bukan Nurul yang buat la ma.
Dia unfriend sendiri. Nurul pun tak tau.'

' Pandailah tu, nak menyorok dari mama kan ? Kak cik up date status bukan-bukan,
nanti mama tulis kat wall Nurul, yang Nurul kuat makan dan suka mengilai kat rumah. '

' Nurul tak buat ma, Nurul tak buat. Nurul pun tak tau dah terunfriend mama.
Tu semua auto. '

' Auto apa lak. Kalau tangan tak gatal tekan button unfriend, takde nya mama terunfriend.'

' Sabar ma, sabar. Itu semua memang auto ma. Bila kawan kita dah terlalu ramai
di FB dan dah tak boleh nak diapprove request lagi.......fungsi auto unfriend tu akan
berlaku sendiri. Fungsi tu hanya ada pada orang-orang yang friendnya ramai. Hot
aka popular . Mama kategori hot ke 
Tak kan ??? '

                                           


Selamba Farah menerangkan. Macam mintak kena sepak je.
Cengitu ea ?