Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nasi Hujan Panas Aidil Adha

Selalu orang akan mulakan aktiviti masak memasak di waktu petang sebelum raya.
Aku pulak hanya memasak pada pagi Hari Raya Aidil Adha. Itu pun balik solat
raya baru aku mulakan aktiviti  memasak. Sebelum solat kami makan biskut kering
je cicah dengan air kopi. Ok juga kan ?

Balik solat raya upacara memasak aku mulakan jam 10am. Hati teringin sebenarnya
nak buat lemang pulut campur jagung sendiri. Bahan semua aku dah beli tapi akhirnya
aku urungkan niat tu kerana menu yang aku nak masak pun kira dah banyak jugalah.
Membazirlah pulak nanti kan ?

Dan sebenarnya ini adalah kali ke 2 aku masak Nasi Hujan Panas. Kali pertama waktu
aku masakkan nasi tu untuk kenduri doa selamat sebelum kakak aku pergi mengerjakan
haji 4 tahun yang lepas. Konon nak guna beras wangi atau beras Taj Mahal Faiza, tapi
malas la pulak nak keluar ke TESCO so masak je lah guna beras yang tak berapa elok
tu. Beras jugak kan ??
                     
Nasi hujan panas, resepi aidil adha, lontong, ayam masak merah, rendang, dalca sayur.

Nasi Hujan Panas, lontong, ayam masak merah, rendang dan dalca sayur. 12.10 minit 
aku dah siap masak. 12.35 makanan dah siap berhidang dan berhantar gambar kat FB 
lagi haha.....
Sakan.