" Tidakkah kalian mendengar ? Tidakkah kalian mendengar ? Sesungguhnya KESEDERHANAAN
itu sebahagian dari iman." ( Hadis riwayat Abu Daud ).
Aku akui aku meminati fesyen. Aku akui aku pengemar muzik. Selera tinggi. Aku akui aku gila dengan segala macam jenis masakan. Aku suka pada kecantikan. Aku kagum dengan mereka yang mampu memakai barangan mewah , gajet canggih yang terkini. Aku adalah termasuk dengan golongan yang terkesima dengan keindahan duniawi dan itulah kelemahan fitrahku sebagai manusia. Tetapi aku tetap inginkan kehidupan yang seimbang. Kebahagiaan dan kejayaan dunia dan akhirat. Aku tidak mahu bahagia dan kaya hanya di dunia tetapi sengsara dan papa di akhirat. Aku bukan seorang yang zuhud, aku ingin menikmati hidup ini dengan gembira, berlapang dada di samping melakukan ibadah mengikut kemampuanku.
Sesungguhnya mati itu memang pasti. Ustaz aku pernah berpesan, ' bila berdoa...., berdoalah dengan jelas.'
Law of receiving mengatakan , ' to state your desires clearly, firmly and we should be open to get them '.
Dan selalu aku berdoa , Ya Rabb, walau siapa pun aku, aku mohon untuk kembali kepada MU dalam keadaan Khusnul Khotimah .
Dewasa ini kehidupan menjadi semakin laju seiring dengan perkembangan teknologi. Kemunculan gadget-gadget baru sentiasa mengamit rasa untuk kita memiliki sebagai tanda kemampuan ekonomi dan kebolehan mengendali kecangihan teknologi. Peningkatan mendadak golongan non muslim kepada memeluk agama Islam berlaku mendadak di mana-mana . Di Amerika dan Eropah peningkatan golongan muslim membimbangkan kerajaan di sana. Produk kosmetik dengan kompangan ' lebel halal ' memenuhi pasaran besar-besaran. Fesyen muslimah juga sentiasa segar dengan idea-idea baru untuk golongan yang berhijab ini meneruskan kewajiban berhijab disamping up to date dengan pekembangan fesyen semasa. Dan semua ini berlaku atas nama manusia moden, yang seba serbinya mengikut peredaran zaman.
Aku bukan penghafal hadis malah kadang-kadang hadis yang kubaca itu aku sering terlupa siapakan perawinya. Aku biasanya hanya dapat mengingati ' apakah inti sesebuah hadis itu disampaikan '. Dan aruah emak selalu berpesan, jaga mulut, jaga mulut, jaga mulut. Jangan sibuk memperkata hal orang takut bila Allah membalikkan kata-kata itu tadi, kita akan melakukan lebih teruk dari apa yang ' hamba Allah ' itu pernah buat , kerana Allah itu berkuasa untuk membalik-balikkan hati. Kadang kala menjadi seorang yang out spoken itu bagus, tapi berpada-padalah. Dan aku memilih untuk mengamalkan yang sedang-sedang saja.
No comments:
Post a Comment