Tapi sebenarnya aku memang dah bercadang nak menulis tentang beberapa perkara di bawah cuma masa tidak mengizinkan kerana banyak perkara yang perlu diselesaikan terlebih dahulu.
1. Entri contest untuk Kelab Pidato Perdana dari blog blog En. Subhi kita dari blog hidup ringkas kita.
( Encik Subhi, saya join tau. Cuma entrinya lepas raya lah. Sekarang mak cik sibuk. Tunggu ya.
Tunggu lepas raya haji nanti. )
2. Home schooling atau persekolahan di rumah - buruk dan baiknya.
( Masaalahnya aku suka idea ini )
3. Bila Hafizul Haq ada di rumah
( Rumah aku persis pentas Maharaja Lawak Mega )
4. Cita-cita Nurul.
( Aku memang bermasaalah dengan cita-cita dia nih, dari kecil sampai ke besar cita-cita dia
tak pernah berubah - nak jadi pendandan rambut ). Hermm, macam mana aku nak tune semula
otak Nurul ? Any suggestion ?
5. Natasha Umaira - kenapa selalu sentap ?
( Kuat sangat merajuk anak dara yang sorang ni. Masak lah boy friend dia esok ).
6. Farouk Firdaus - pemberontak atau penyelamat ?
( Bila aku berleter, dia kata aku tak beri dia peluang berfikir sendiri. Bila aku diam tak berleter....
dia datang balik tanya aku; ' mama sihat ke hari ni ? ' ). Oohh, maksudnya kalau mulut aku macam bertih
goreng tu aku sihat lah ? Maknanya dia rindu kicauan leteran murai ku.. Ego rupanya anak aku nih.
7. Cara nak mengelakkan kucing mencakar sofa/kusyen
( Orang yang rajin bela kucing ni biasanya orang yang penyayang dan penyabar ) betul ke ? Hehe
8. Engkau ado ? Engkau ada suami yang sempoi ?
( Aku ada. Korang tak ada kan ? Tapi seriously .....kalau cari kat tempat lain memang tak jumpa.
Cari lah kat London, Iran, China, Indonesia, Singapura , Thailand, Chow Kit, kat KL, Putrajaya,
Kelantan, Penang..., semua tak ada tapi kat Bukit Beruntung ada ) Hehehe
9. Hidup yang selalu ditarbiah.
**** Am not a super woman dan Selamat Hari Raya Aidil Adha.
No comments:
Post a Comment