Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Beranikah anda menjadi MILLIONEIRS ?

Siapa kata tanpa ijazah sesorang itu tidak boleh menjadi Millionaires / Billionaires ?
Siapa kata orang buta huruf tidak boleh menjadi pengusaha dan seterusnya berjaya dalam perniagaan ?
Siapa kata lepasan PMR, SPM tidak layak dan tidak mungkin menjadi jutawan ? Siapa kata ?
Dr. Azizan Osman kata dalam selamba dengan senyum-senyum kambing ; ' kebanyakan orang yang berjaya menjadi millionaires bukannya pemegang ijazah pun ..........................'
Wow, jangan salahkan saya kalau anda terpengaruh dengan retorik ini.

 Mungkin kita berbeza. Sejak dulu saya memang terpengaruh dengan unjuran ' work smart better than work hard 'Semasa berkerja dalam insuran dulu boss saya selalu berkata, " if you master the concept, your entire working life will be easier," dan dia berpesan lagi " don't throw all the bullets upfront, save the last one for your final action." Macam biasa, saya berikan senyuman bernilai RM 2 untuk khidmat nasihatnya.
                         
Dan hari ini kita dapat menyaksikan sekian banyak millionaires / billionaires yang telah berjaya mencetak duit, semudah cetakan fotostat tanpa mereka perlu ada di situ untuk realiti perniagaan yang sangat sukses. Adakah ijazah memang tidak penting untuk berjaya sebagai usahawan ? Atau pencapaian akademik itu bukanlah segalanya ? Tetapi tidaklah pulak dinafikan dengan adanya pencapaian akedemik yang tertulis berderet, membuatkan seseorang individu itu terlihat lebih berkarisma, berjenama disamping mencantikkan profile pribadi di atas kertas. Tapi betul kah orang yang punya ijazah berderet ini benar-benar sukses dalam hidup ? Bahagiakah mereka ? Indahkah kehidupan orang-orang yang berjenama terkenal ini ?

" Many of life's failures are people who did not realize how close they were to success when they gave up."
                                           ( Thomas Edison )

Orji Uzor Kalu ( businesman dari Afrika ) pula berkata ;
" Seseorang businesman itu mestilah pandai mencium peluang-peluang perniagaan sama seperti seorang
wartawan yang bijak menghidu peluang-peluang berita. Sekiranya mata, telinga, hidung, hati dan otak dapat bekerjasama dengan bagus, anda akan dapat menghidu peluang perniagaan yang berada di mana-mana. "

" To win big, you sometimes have to take big risks " - Bill Gate

Pepatah Cina ada menyebutkan ; lebih bahaya sesuatu tempat itu lebih tinggilah keuntungan yang boleh didapati melaluinya . Persoalannya - BERANIKAH ANDA ??

Orang melayu selalu dimomokkan dengan bidalan ' angan-angan Mat Jenin '. Kenapa harus malu berangan seperti Mat Jenin ? Bagi saya angan-angan Mat Jenis itu tidak salah. Dia berfikir untuk naik dari setakuk ke setakuk. Dia bukan terus berangan nak dapat puteri raja. Sebaliknya angan-angannya bermula dengan 'penghasilan' yang akan diterimanya selepas memetik buah kelapa. Buah kelapa itu akan dijual dan dimodalkan kembali untuk membeli 20 biji telur ayam kampung yang bakal dieramkan dan seterusnya menetaskan baka-baka ayam. Impiannya kemudian berkembang lebih jauh dan hebat. Mat Jenin salah kerana berangan ? Kenapa manusia takut berangan ? Kenapa mesti takut kepada mimpi ?
Sedangkah impian dan angan-angan itulah yang mengaktifkan minda bawah sedar kita untuk bekerja selaras dengan usaha dan seterusnya membuahkan hasil - IMPIAN MENJADI KENYATAAN.

Mimpi memang PERCUMA. Mat Jenin tidak salah mencanai impian. Dia bukan berangan dari tempat tidur. Impian atau langkah pertamanya bermula bila dia memanjat pokok kelapa ( menunjukkan dia telah memulakan usahanya di sini ). Yang silapnya hanyalah kerana dia terlalu dibuai perasaan hingga melepaskan pelukannya pada dahan kelapa lalu membuatkan dia jatuh ke tanah. Itu saja silap Mat Jenin.


Mungkin saya juga terpengaruh dengan kata-kata Sukarno , ' Bermimpilah mencapai bintang, jika tidak mampu kau sampai.......tangan mu bisa mengapai awan pun jadi lah.' Oleh itu saya selalu bisikkan ke telinga anak-anak saya. " Jangan takut untuk bermimpi anak. Biarkan mimpi mu setinggi bintang tapi tetaplah kaki mu di bumi yang nyata."
and....GO AS FAR AS YOU CAN. COME BACK WHEN YOU SEE THE LIGHT.





No comments:

Post a Comment