IKAN PELAGA PARIT
Teringat aku seorang otai yang mengariskan pertanyaan dalam entrinya yang cukup menangkap di fikiran.
Mana arah tujuan blogging kamu ? Apa pilihan kamu ? Adakah kamu mahu menjadi seekor ikan besar di kolam yang besar yang tiada seekor ikan pun peduli malah sedar akan kewujudan kamu ATAU kamu mahu menjadi ikan besar di kolam yang kecil yang bakal dihormati oleh segala keturunan ikan yang berenang di situ ? ( Heh.., yang ini aku tambah sendiri - kalau berangan menjadi ikan kecil di kolam yang besar, yang juga dipenuhi oleh ikan yang besar-besar ........,lagilah sengsara angan-angan tu. Commit sucide yang sebegitu lebih baik tak payah diangan-angankan ). Lama aku termenung selepas membaca entrinya. Persoalan yang dilontarkan oleh otai itu memang masuk akal dan hari-hari aku memikirkan apa tujuan aku berblogging ?
Sesekali aku termenung mengadap komputer yang kaku. Wayar di otak bagai putus sambungan. Sistem reboot. Bila aku restart ....inilah keputusan aku. Aku tidak minat menjadi ikan emas. Cantik dipandang , berenang di akuarium sempit dan hanya menjadi hiasan. Kerap berlaku di akuarium, tragedi membunuh diri tanpa sengaja kerana makan berlebihan dan akhirnya mati bontang kekenyangan.
Dari dulu, kelmarin malah sejak kecil hobi aku memerhati Ikan Pelaga berenang. Cemerlang warnanya, bebas menyelesuri parit yang air tanah gambutnya tak berapa nak putih, walau mungkin tertangkap dan diisi di botol kaca yang sempit dan tidak diberi makan berminggu masih mampu bertahan hidup . Malah mampu terus bernafas dan berenang walaupun direndam dalam air sabun !
Aku hanya ingin menjadi diri sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment