Segmen aku menulis bukan kerana nama ini dibawakan oleh http://annaz79.blogspot.com.
Aku hanya tahu tentang segmen ini selepas berblogwalking ke blog KHIR. Tajuknya membuat aku terpanggil untuk menyertainya. Ok, kita tengok dulu apakah syarat-syarat untuk menyertai segmen ini :-
1. Copylah banner di atas tu ( jangan buat tak faham pulak )
2. Buatkan tajuk entri ' SEGMEN AKU MENULIS BUKAN KERANA NAMA ' dan linkkan dengan
blog ANNAZ 79. Jangan lupa tinggalkan komen anda di situ.
3. Penyertaan terbuka kepada semua blogger. Yang tak ada blog tak payah memohon hehe...
4. Syarat wajib follow blog Annaz Mohd.
5. Wajib follow ke tiga-tiga blog di bawah ini juga ;-
(A) Annaz craft (B) ANNE (C) KELUARGA PAK MAT
6. Disebabkan tajuk segmen ini adalah ' Segmen aku menulis bukan kerana nama ' maka hendaklah anda
nyatakan dalam entri anda apa sebab dan tujuan anda menulis. Ingat tu jangan lupa.
7. Tarikh tutup segmen : 11hb Oktober 2013 ( 3 hari dari sekarang beb, tengok betul-betul )
Hermm...apa sebab aku menulis ya ?
Menulis bukan kerana nama ? Ehh..mana boleh. Kalau tak ada tajuk nama blog, mana mungkin pembaca blog boleh sampai ke sini. Nama itu penting. Nama itu branding name. Nama itu doa.
Betul ke aku menulis bukan kerana nama ? Aku tak boleh nak jawab. Cuba anda yang tolong jawabkan...
Aku hanya menulis untuk merakamkan journal kehidupan ku untuk anak-anak tersayang bila aku dah tiada nanti. Banyak yang aku tuliskan di blog ini adalah rakaman aktiviti, peristiwa dan dailog lucu sewaktu aku bersama mereka. Mampukah aku memberikan inspirasi kepada anak-anak melalui penulisan ??
Hidup ini perjuangan wahai anak. Carilah yang tersirat di bawah yang tersurat. Tapi ...dah nama zaman sekarang, dairy- dairy dah jadi old school choice. Jadi aku ikut trend - tulis dairy di blog. Dah nama pun blog.., maka sedikit sebanyak adalah pembacanya. Majoriti pembaca adalah pelawat yang tak tersengaja, tersinggah dan 'terbaca' blog aku. Pembaca tetap - sikit. Tapi aku memang tak kisah pun sebab blog aku memang bukan blog advertisment, bukan blog ustazah, bukan blog tutorial dan bukan blog motavasi. Blog aku hanylah blog peribadi yang bakal dijadikan kenang-kenangan kepada anak-anak bila waktunya sampai nanti.
No comments:
Post a Comment