Sewaktu di kereta, dalam perjalanan pulang tiba-tiba dia bersuara ," mama, Nurul nak jadi pendandan rambutlah. Boleh tak ma ? " Aku jawab boleh la kerana beranggapan dia tidak serius dengan kata-katanya.
Tapi aku bertanya semula , " kenapa Nurul nak jadi pendandan rambut ? Nak sikat rambut sendiri pun malas...pendandan rambut kena rajin kemaskan rambut sendiri barulah boleh dandan rambut orang ."
" Alah.., dah besar nanti Nurul kemaskan la rambut Nurul. "
Sejak itu setiap kali aku ke salon Nurul akan merengek untuk mengikut . Salon menjadi tempat kesukaannya. Kawan aku si tauke salon pun suka bila lihat Nurul datang. Setiap kali Nurul datang dia memandang dengan senyuman mesra. Dua orang anak perempuannya yang comel dan masih bersekolah turut di perkenalkannya dengan Nurul. Sampai aku rasa dia macam menyambut bakal menantu pulak.
Kadang saja aku mengusik tauke kedai, yang Nurul nak belajar memotong rambut dan mendandan rambut di situ. Dia jawab, ' eh boleh, boleh. Datanglah waktu cuti sekolah. Kerja sama anak-anak aunty. Nanti aunty ajar." Nurul tersenyum simpul mendengar alu-aluan itu.
Aku senyum juga walau hati berdebar. Apa taknya aku dah boleh bayangkan lagi empat tahun , badan Nurul dan jadi macam Sheila Hamzah ( kerana dia besar tinggi ), sementara badan aku rasanya kekal macam Sheila Majid. Mestilah tauke kedai suka kalau dia kerja di salon.
Then bila dia di tingkatan satu sesekali aku masih bertanya soalan yang sama dan jawapannya tetap
tidak berubah. Dia nak jadi pendandan rambut.
" Jadi pendandan rambut bukannya boleh dapat banyak duit dik, kalau setakat jadi pekerja orang. Lainlah kalau adik jadi tauke salon ," aku saja nak tengok riaksi Nurul.
" Nurul jadi tauke kedai la ma. Nurul bukan nak jadi pendandan rambut aja. Nanti Nurul ada pekerja sendiri untuk kerja dengan Nurul. "
" Jadi tauke salon pun bukannya boleh kaya kalau nak berharap satu salon aja, dik. Setakat lepas makan pakai itu aja. Cuma hidup tak susah, sebab ada kemahiran. Adik cari kerja lainlah," aku pujuk lagi.
" Mula-mula Nurul buka satu salonlah. Kalau dah maju Nurul bukalah salon lain." Haaa....yang ini ok. Nampaklah ada cita-citanya ke arah membuka perniagaan sendiri yang boleh dikembangkan.
Masaalahnya sekarang Nurul dah bikin aku pening kepala dengan menambah lagi satu cabang cita-cita.
Dia nak jadi pemuzik. Dah setahun dia beria-ia memujuk aku untuk menghantarnya bermain guitar dan piano.
Aduhhh. Ni semua bahana muzik K-Pop yang selalu ditontonnya di TV.
" Dik, kalau nak jadi penyanyi ni, waktu tengah muda, hot, orang sukalah. Peminat memang ramai...tapi bila dah tua, adik dah tak popular.... kalau adik tak ada pelajaran, tak cukup kemahiran, memang sakit nak hidup. Jadi penyanyi atau pemuzik ni bukan senang dik. Kecuali adik ada nama yang besar dalam bidang yang adik nak buat ni."
" Mama ni..., itu tak boleh, ini tak boleh. Habis mama nak Nurul jadi apa ? Mama cakap ajalah. Nurul ikut cakap mama. Tapi bila Nurul dah dapat ijazah, Nurul tetap nak jadi pendandan rambut," dia jawab pelan-pelan sambil memuncungkan mulutnya. Merajuk lah tu. Aku terkapa-kapa. Sebenarnya yang nak berkerjaya ni aku atau Nurul ?? Terasa zalim rasanya memaksa anak mengikut kehendak aku sebagai ibunya.
" Ok, ok kita buat macam ni. Mama boleh hantar Nurul masuk kelas muzik tu tapi sebelum tu Nurul kena katamkan quran tu dulu. Lepas katam quran baru mama hantar ke kelas muzik. Waktu cuti sekolah lepas habis tingkatan tiga nanti baru mama bagi kebenaran Nurul belajar potong rambut dengan aunty kawan mama tapi Nurul kena buat SPM betul-betul untuk ambik kursus perniagaan bila habis SPM nanti. Macam mana ? Boleh ?"
Huh, tak payah tunggu 5 minit. Nurul terus jawab boleh sambil mengangguk-anggukkan kepalanya. Kepala aku pening mencari solusi, kalau dah begitu kemahuannya, subjek apa yang boleh aku ajarkan atau serapkan
padanya di homeschooling ?
No comments:
Post a Comment