Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOMESCHOOLING / PERSEKOLAHAN DI RUMAH

BELAJAR DARI RUMAH ATAU HOMESCHOOLING, aku tahu tentang perkara ini melalui pembacaan di internet tahun lepas lagi. Kemudian TV3 juga ada mengeluarkan rencana/berita mengenai hal ini yang melibatkan anak malaysia yang terlibat dalam mengembangkan idea home schooling ini di Amerika. Sekali lagi perkara ini berjaya menarik perhatian aku.
 Home schooling, adakah ia salah dari segi undang-undang ?

Homeschooling tidak asing di negara Kanada, United Kingdom dan Amerika Syarikat. Tetapi di Malaysia walaupun sudah ada pengamalnya sejak beberapa tahun dahulu ( rasanya mula diperkenalkan sejak tahun 2009 ) ia telah berjalan secara senyap dan agak eksklusif. Masih tidak ramai ibu bapa yang mengamalkan homeschooling dan mereka tidak mahu berkongsi tentang perkara ini.

Sah ke persekolahan di rumah ini ? Salah ke ia di sisi undang-undang ?

Tidak sama sekali. Kerana menurut akta " Compulsory Education Act 2002 " ( pindaan ), secara sah setiap kanak-kanak di bawah 12 tahun mesti menerima pendidikan dan kewajiban ini bermula sejak tahun 2002.
Memperuntukkan menteri boleh , " jika difikirkan wajar dan demi kepentingan murid atau awam untuk berbuat demikian. Jadi menurut kefaham saya , pergi ke sekolah secara formal bukanlah wajib di Malaysia.
Samaada anda hantar anak pergi sekolah secara formal atau hanya bersekolah di rumah, tiada undang-undang yang boleh menyekatnya. Yang penting mestilah mendapat pendidikan.

Biarpun homeschooling ini dilihat menentang kebiasaan pendidikan di negara kita tapi hakikatnya ia dapat membantu anak-anak mengembangkan bakat dan minat mengikut personaliti masing-masing tanpa terikat dengan sistem 'greding' yang biasa dijalankan di sekolah-sekolah formal. Homeschooling juga mencipta ruang belajar yang lebih mesra kepada anak-anak kerana ibu bapa bebas mencorakkan sistem pembelajaran dan persekitaran yang lebih mesra untuk setiap anaknya. Di samping dapat mengembangkan bakat dan minat mengikut personaliti anak-anak itu tadi tanpa membebankan mereka dengan subjek yang tidak berkaitan.

Masaalahnya layak ke ibu bapa mengajar sendiri anak-anak mereka ?

Kenapa meremehkan kelayakan seorang ibu atau bapa mengajar anak mereka sendiri ? Mungkin itu lebih praktis untuk anak-anak daripada mereka kerap ponteng sekolah dan mengotorkan ' kedatangan'.

Adakah ini bererti hanya ibu bapa yang punya diploma dan ijazah saja yang boleh mengajar anak-anak mereka di rumah ?

Jika mengikut apa yang saya faham homeschooling hanyalah meniru/mereplika sistem persekolahan konventional di rumah tanpa terkejar-kejar dengan jadual waktu persekolahan seperti di sekolah iaitu belajar 5 - 6 subjek sehari. Tetapi yang lebih penting adalah bagaimana mereka menghargai dan menjiwai ilmu yang dipelajari disamping dapat menjalani tuntutan fardu ain sebagai umat islam. Kadang saya kesian melihat anak-anak balik keletihan memikul beg yang setiap satu beratnya tidak kurang dari 2 kilo, terkejar-kejar menyiapkan homework dan kemudiannya bergegas semula ke sekolah untuk aktiviti ko kurikulum. Balik dari sekolah terpaksa berperang lagi dengan masa untuk menghadiri kelas mengaji ( belum masuk cikgu mengaji cuti bersalin dan jadual mengaji yang hanya 3 hari seminggu ). Makan tak sempat, balik lambat dari mengaji kena kejar anjing, sambung buat kerja rumah kadang sampai menangis kerana bebanan kerja sekolah yang terlalu banyak dan akhirnya tertidur atas buku.

Pengalaman saya sewaktu mengajar Daniel di umur 4 tahun..., dia sudah boleh mengenal huruf-huruf mukadam dengan agak baik, lancar membaca buku komik dan boleh mengeja dan menghafal perkataan-perkataan bahasa inggeris yang mudah. Tapi oleh kerana waktu itu saya masih teragak-agak samada wajib atau tidak menghantar anak saya ke sekolah. Jadi bila umurnya menjengah 5 tahun saya hantar dia ke sekolah tadika dengan harapan 'pencampuran' dengan kawan-kawan menjadikan dia lebih percaya diri. Saya silap dan tidak memberitahu kepada cikgu tadika tersebut yang anak saya sudah boleh membaca dan menulis !
Daniel akhirnya diserapkan ke kelas permulaan sama seperti kanak-kanak lain yang baru nak mengenal huruf dan belajar membaca. Akhirnya dia jadi gagap semula dan pencapaiannya menurun. Saya terpaksa mengulang kerja dengan mengajar dia semula di rumah dan kali ini lebih teruk sedikit kerana Daniel tidak boleh membaca jawi walau boleh menulis jawi ! Pelik kan ? Muqadam dia boleh lancar baca. Buku jawi dia gagap tapi menulis jawi dia boleh. Di mana silap saya ?

Ok, di mana hala tuju homeschooling ini ?

Jika menurut pemahaman saya homeschooling ini adalah tapak penyediaan untuk anak-anak ke dunia kerjaya sebenar pada usia muda. Mereka akan menjadi tenaga kerja mahir dalam sesuatu bidang yang mereka minat dan mereka ceburi. Mereka tidak perlu membuang masa mempelajari subjek yang tidak berkaitan dengan bidang sebenar kerjaya mereka. Jimat masa, tenaga dan wang ringgit sebenarnya.
Mereka bakal menjadi expertise dalam bidang masing-masing seperti fashion designer, beautician, ahli music, ahli sukan, mahu pun menjadi ahli peniagaan dalam usia muda.

Praktikal atau tidak homeschooling ini bergantung kepada persepsi para ibu bapa itu sendiri. Bagi ibu bapa yang kerap melakukan perjalanan ke luar negara rasanya homeschooling ini amat praktikal demi memastikan anak mereka tidak ketinggalan dalam pelajaran.

                                 
Praktikal, menjimatkan masa, belajar menurut minat murid itu sendiri, jauh dari sistem greding, penyediaan sebenar ke alam pekerjaan, pendidikan formal, expertise,

Sukatan pelajaran dan kaedahnya ?

- Sila rujuk di bahagian Kementerian Pelajaran di daerah atau negeri masing-masing.

Suka ke saya dengan idea homeschooling ini ?

- Suka. Sangat suka.

' Apapun fakta yang ada di depan kita tidak akan lebih penting dari sikap
  kita dalam menghadapinya.Kerana itulah yang menentukan keberhasilan
  atau kegagalan kita '
  - ( Norman Vincent Peale )

No comments:

Post a Comment