Orang kata anak yang keluar ikut tingkap memang banyak ragam dan kerenahnya. Mungkin betul. Secara kebetulan ke tiga-tiga orang anak kakak aku juga dilahirkan melalui pembedahan dan seorang lagi kenalan ku juga melahirkan anak melalui caesarean. Mereka mempunyai perwatakan yang sama. Kuat merajuk, cepat meradang, cemburu, garang tapi cekal dan rajin berusaha. Dari segi fakta sains aku memang tak tahu apa kaitan antara anak yang lahir melalui pembedahan dengan ragam perangai mereka. Tak sempat nak kaji. Yang pasti dia mula buat perangai semanjak Nurul lahir. Beza mereka hanya 2 tahun.
Semenjak itu kalau dia sakit hati kehendaknya tidak dituruti walau sudah dipujuk dia akan menangis berjam-jam. Paling aku tak tahan bila dia start menggongoi, dia boleh mengongoi sampai 2 jam. Aaaaaa¸¸.•*.aaaaa, •*¨*•.aaaaa¸¸.•*, aaaaaa•*¨*•. berlagu-lagu, sampai kadang aku rasa macam bela langsuir kat rumah. Terbakar telinga aku. Pujuklah macam mana pun tak maunya dia berhenti. Bertahun-tahun dia begitu. Akhirnya aku jadi kebal dengan tangisan dia. Mungkinkah dia merasa kehilangan kasih sayang dan perhatian bila Nurul muncul dalam hidup kami ?
Aku teringat sewaktu keluar hospital ada seorang lelaki menegur aku, " siapa nama anak tu dik ?"
" Belum bagi nama bang, Natasha Kinski kut , " jawab aku masih sempat bergurau. Suami aku ketika itu pergi mengambil kereta di kawasan parkir.
" Eehh, janganlah nama tu....bagilah yang lain ," jawab lelaki itu bersungguh-sungguh. Dia kemudian berlalu
pergi. Kenapa pulak tak boleh ? Aku taulah aku bukan mat saleh tapi aku memang minat dengan Natasha Kinski ahli gimnastik dari Rusia itu dan itulah satu-satunya sukan yang paling aku suka tonton. Kemudian baru aku tahu yang aku keliru dengan 2 peronaliti iaitu Natasha Kinksi sebenarnya adalah seorang model dan artis top German sementara ahli gymnastik yang aku minat tu namanya Nadia Elena Comaneci pemenang 5 medal emas di sukan Olimpik 1976 dan 1980, 2 kali pingat emas di World Championship iaitu pada tahun 1978 di Strasbourg Peranchis dan 1979 di Fort Worth, US.
( Eh..,ada kena mengena ke entri ni ? )
Aku kemudiannya menjadi garang dan keras dengan Natasha. Kadang-kadang aku terasa seolah aku membeza-bezakan anak tapi sebenarnya tidak. Satu hari sedang aku memasak di dapur seingat aku waktu itu umurnya 11 tahun, tiba-tiba dia datang terkam dan memeluk aku dari belakang. Aku punyalah mengelegak tak tau nak cakap, pasal waktu itu aku tengah goreng ikan.
" Tasha sayangggg mama. Mama ni garang laa... Selalu rotan Tasha tapi Tasha sayangggg mama," dia bersuara lirih sambil memeluk aku erat. Aku terpana di situ dan air mata ku mengalir laju. Mungkin aku terlalu berlebihan dengannya. Sejak itu aku cuba berlembut semula dengan anak ini tapi gitulah...dah namanya Natasha, sekejab aja lembutnya. Cuma one thing yang aku suka sikapnya yang tegar untuk berjaya dalam peperiksaan. Aku memang nampak dia berusaha bersungguh-sungguh. Dulu sewaktu dia nak periksa UPSR cikgu kelasnya yang mengajar matematik geleng kepala dan mengangkat tangan mengaku kalah. Katanya Natasha tak dapat nak ditolong, dalam group confirm gagal matematik. Balik dari sign report kad di sekolah, aku dan suami berbincang dengan Natasha. Laju air matanya turun bila kami ceramahkan. Cikgu tuisyen juga memberi kenyataan yang sama, cuma katanya dia masih sanggup menolong Tasha asal dia rajin datang ke Pusat Tuisyen dan pengusaha pusat tuisyen itu membenarkan Natasha masuk ke semua kelas tuisyen iaitu dari tingkatan 2 dan tiga dengan harapan dapat memberikannya lebih kefahaman formula matematik. Natasha dapat extra kelas untuk matematik. Dari sentiasa F dia lulus dengan gred B sewaktu UPSR. Cikgu kelasnya tidak menyangka tapi cikgu tuisyennya gembira kerana dia berjaya menolong Natasha. Natasha lulus dengan 3A, 2 B dan yang termasuk dalam kategori B ialah matematik.
Sekarang dia masih menunggu keputusan PMRnya dan aku yakin dia mampu mengulang sejarah.
Apa pun keputusan yang bakal diterimanya aku akan reda kerana aku tahu dia sudah berusaha bersungguh-sungguh. Errr.....tapi sebenarnya aku ada cakap dengan NATASHA UMAIRAH kalau dia fail PMR aku nak war-warkan dalam suratkabar untuk cari calon menantu atau kena hantar kat sekolah pondok di Kedah. Tak taulah mana satu pilihan dia ....

No comments:
Post a Comment