Miss Transporter
Semalam ambik anak balik dari MRSM. Hari ni, kena ambik seorang lagi balik dari asrama kolej pulak.
Esok ambik anak saudara pulak yang akan tingal bersama aku sepanjang Aidil Adha nanti. Kadang-kadang terasa seolah-olah kerja aku ni dah menyamai kerja Mr. Transporter. Jumpa customer, hantar barang pada customer, berlari ambik anak sekolah, sambung masak, baca email, buat deal kebanyakannya over the phone and thru internet aja. Bila sempat buat entri di blog. Lagi lebih masa, buat blogwalking pulak.
Tapi dah beberapa hari ini aku memang tak sempat nak berblogwalking, masuk sekejab-sekejab adalah.
Bilalah aku dapat berhenti dari jadi Miss transporter ni ? Cuti penggal akhir bulan depan. Biasanya cuti sekolah rumah aku jadi tempat jagaan kanak-kanak dewasa yang mempunyai masaalah displin. So cuti sekolah biasanya aku ada tugas tambahan selain kerja sendiri dengan menjadi tukang dobi, tukang masak, motivator merangkap komandan dan tukang leter untuk anak-anak saudara dan anak-anak sendiri. Agak-agaknya berapa gaji aku boleh dapat sebagai Miss Transporter ni ya ? Berapa nilai invoice yang aku nak kena tulis untuk mereka ?
Handsome juga si botak ni kan ??
Tapi mungkin juga ini adalah tahun terakhir aku mengurung diri bila waktu cuti sekolah. Selalunya setiap tahun tidak kira samada cuti penggal pertama, kedua mahu pun ketiga memang payah untuk aku berjalan ke mana-mana, asyik tuisyen,tuisyen, tuisyen. Tiap-tiap tahun anak aku ada yang menduduki peperiksaan besar tapi mungkin ini tahun yang terakhir untuk dua orang dari mereka. Natasha dah habis periksa PMR, tinggal Farouk saja menunggu untuk periksa SPM. Bukan hanya dia orang nak periksa tension, aku yang jadi mak ni lebih tension bertahun-tahun. Lepas ni aku merdeka. Yahooo !!! Nak tunggu Nurul dengan Daniel periksa besar........lambat lagi la 6 - 8 tahun dari sekarang. Boleh la aku rehat sikit nampak gayanya.
Aku nak tengok KL Gangster, nak tengok KL Gangster...............................
Eh......alamak, terlupa pulak. Ada sorang lagi SPM tahun depan. Adoiii la. Batal lagi !!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment