Semalam, baru saja aku melabuhkan punggung ke sofa, Nurul memanggil nama ku dari luar.
" Mama, ada orang nak jumpa."
Aku kerutkan kening. Rasa terganggu juga sebenarnya. Mesti sales man, apa lagi la yang nak dijual kali ni..
Aku keluar ke muka pintu dan di luar pagar seorang lelaki bertubuh sederhana, berkulit hitam manis melemparkan senyum. Mukanya habis dibasahi peluh kecil besar. Bajunya lencun. Saiz sack beg yang dipikul hampir separuh dari badannya. Mesti beg itu berat dan dia penat. Dia memberi salam dan seterusnya memberitahu kedatangannya ke rumah aku dalam bahasa inggeris. Katanya dia orang Palestin yang sedang menyambung Master di UIA Gombak dalam bidang Syariah dan Usuluddin. Oleh kerana Palestin sering kacau bilau, dia sering terputus belanja dan hubungan dengan keluarganya. Malah perlu berusaha sendiri menampung yuran pengajian.
Dipendekkan cerita dia meminta izin mengeluarkan barangan yang disandangnya dan terkeluarlah beberapa kayu bulat setebal 1 setengah inci yang leper dan mempunyai corak di atasnya. Ada 3 corak semuanya. Khasiat kayu itu dikatakan dapat menurunkan gejala sakit darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung dan kayu itu pula adalah Kayu Koka. Kayu koka ? Amboi. Berderau darah aku. Kayu yang banyak khasiat ini sampai ke rumah aku tanpa perlu aku cari ?
Oleh kerana susur galur belah bapak dan mak, memang banyak yang kena sakit jantung dan strok maka aku pun berjaga-jagalah juga. Apa salahnya kan ? Tapi setahu aku kayu koka ni mahal. Tasbih dari kayu ini aja harganya ratusan ringgit ( ikut jenis dan gred kayu itu sendiri ). Eh betul ke kayu ni kayu koka atau kayu cockup ? Aku teringat di dalam beg aku hanya tinggal beberapa keping note merah, mana cukup nak bayar harga ukiran kayu itu.
" How much ? "
" Am not selling this koka but we Palestinian, we are in debt to Malaysia for being helpful to us unlike the Arabian countries. We are surrounded by them but no one willing to help us but a very small country far away in South East Asia willing to help us these much. We really thank Malaysian. Am not putting you any amount, it will be your 'ikhlas' to give me and to the people of Palestine. You can consider as zakat too. "
Zakat ??? Layak ke orang berhutang macam aku ni memberi zakat ( kecuali zakat fitrah ) ? Kalau menerima zakat tu memang layak la !
Err...ada sesiapa nak beri zakat kat aku - siberhutang ni ? Pergh...dia kata dia orang Palestine tapi muka macam Pakistan. Tak kisah lah tu. Aku kalau orang datang cerita bab ' dia masih belajar' dah hulur sesuatu untuk tukaran - memang hati mudah runtuh. Dia orang memang bukan mintak sedekah pun.
Aku ulang pertanyaan sampai 3 kali, " how much ? If you don't name me the price it might end up am paying you less that what you expected. "
Dia jawab lagi, ' as you wish'. Tiba-tiba dia bertanya, ' are you a Chinese ?'
" No, am a Malay ? "
" Or..you maybe a Chinese convert ? How hong have you converted ? "
" No, am not but my great grandmother was a Chinese who married to a Dutch."
" Ooo..ok. In that case give me any amount you willing to give," dia senyum mengadap muka aku.
Hehe...aku lagi la senyum. Tau dah dalam dompet tinggal tak sampai 50 hinggit. Aku panggil Nurul, pinjam duit belanja sekolah dia yang tinggal RM 15 . Tapi kemudiannya aku tak sampai hati. Kalau betul ukiran itu dibuat dari kayu koka...kesian kat dia yang datang berpeluh-peluh. Hujung-hujung aku berlari naik atas mengeluarkan beberapa keping note wang asing dan campur dengan duit ringgit malaysia semuanya aku serah pada dia.
" This currency will going to revalue very soon and at least the amont will be.............this much. Not to worry i will call you when the time come for you to do the exchange ." Dia senyum.
" Alhamdulilah, may Allah protect you and family, giving your children flying colors in their exam , being soleh and sollehah dunia wal akhirat." Amiiin. Bukan senang nak dapat doa dari orang yang tidak pernah kita kenal. Dia beredar selepas aku bekalkan dia dengan sebotol air sejuk untuk dibawanya bersama.
" Mama, ......mama tak rasa rugi ke bagi duit tu pada orang tadi ? Kita tak kenal dia kan ? " Nurul bertanya.
" Setiap tetamu yang datang ada rezekinya nak, sedekah itu terapi dan awalan kekayaan sebenarnya dan yang lebih penting tangan yang di atas itu lebih mulia dari tangan yang di bawah."
" Kalau dia bohong macam mana ? " banyak bunyi pulak si Nurul ni.
" Kalau dia bohong, itu bukan urusan mama. Itu urusan dia dengan Allah. Urusan kita bila ada orang datang minta bantuan .....jangan biarkan dia beredar dengan tangan kosong."
Nurul senyum. " Duit Nurul mama tak payah gantilah."
Alhamdulilah. Selamat.
Nota : Petua menggunakan ukiran hati ini hendaklah meletakkan buah-buahan di dalam ukiran berbentuk hati ini dan memakan buah-buahan itu selama 21 hari di waktu pagi dan petang dengan memperbanyak membaca selawat sebelum memakannya. Wauallah hu aklam.
No comments:
Post a Comment