Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PETUA MUJARAB - MANDI CELAH KELENGKANG BAPAK !

Dalam hidup banyak perkara lucu dan pengalaman yang kita semua pernah lalui. Terkadang pengalaman lucu itu terrakam hasil  siri percubaan yang kita wujudkan sendiri. Kadang-kadang juga akibat kealpaan dan kebodohan kita. Tidak. Mana ada manusia yang dilahirkan bodoh di dunia ni. Bukan bodoh. sebaliknya hanya kerana tidak berhati-hati lantas memberikan ruang untuk orang lain mengata kita 'bodoh'.

Tapi banyak juga perkara yang nampak di mata bodoh dan absurd jika diberi ruang untuk diaplikasikan dalam kehidupan akan memberikan hasil yang tidak disangka. Contohnya ada beberapa petua orang tua-tua yang tidak masuk akal tapi menjadi bila diamalkan. Nak tau apa ?

Petua-petua di bawah ini adalah hasil rakaman yang aku jalani sendiri :-

1. Petua mengurangkan / menghilangkan sawan anak.

petua hilangkan sawan anak, mandi celah kelengkang, mandi satu kelubung dengan ayah
Hehehe...tak ada kena mengena dengan mandi celah kelengkang bapak.        
 
MANDIKAN ANAK SATU KELUBUNG DAN DUDUK BAWAH CELAH KELEKANG BAPA !

Hehehe...kelakar kan ? Memang kelakar tapi memang mujarab,
Daniel sewaktu kecil memang selalu kena sawan bila demam panas. Demam panas ni nampak macam tak
bahaya tapi...jangan ambik ringan.
Demam panas memang boleh menyebabkan anak-anak yang lahirnya sihat dan cergas menjadi terencat akal.
Bila mata dah bontang ke atas, mata hitam pun tak nampak lagi, bibir dan bertukar ke warna biru...apa rasa
anda sebagai seorang ibu ? Dan anak yang sebegini memang kena jagaan rapi ibunya. Tak boleh nak
berpanas sangat. Tak boleh terlampau aktif dalam sukan. Sebab bila demam suhu badan akan mendadak
naik dengan serta merta. Jeram tuala basah letak di kepala pun boleh kering tuala tu, tak sampai 10 minit !
Tak ada obat tapi menurut kata doktor anak-anak yang sebegini akan pulih dari sawan yang sebegini bila
usianya genap 12 tahun. So ibu-ibu kena ingat sendirilah yer.
Jadi bila aku dapat petua kelakar tu , aku cuba amalkan. Hubby tengok muka aku dengan wajah pelik.Tapi
sudahnya dia buat jugalah. Sejak itu kurang sikit Daniel kena sawannya. Aku dah amalkan petua ini sejak
umur Daniel 10 bulan. Dan hingga sekarang bila demam dan sawannya menyerang itulah perkara yang kami
suami isteri amalkan. Alhamdulilah. Sekarang kalau dia demam panas pun hanya sekali dalam setahun dan
sudah tak sekerap dulu lagi.

2. Petua merawat leher anak yang teleng.

Sewaktu mengandungkan Nurul Arisha dulu aku selalu tidur searah saja. Asyik mengiring ke kanan.
Kalau baring menelentang memanglah bakal sesak nafas. Maklumlah perut dah penuh. Akhirnya bila Nurul
lahir aku dapati leher dia teleng ke satu arah saja - kanan. Sudahlah begitu leher Nurul asyik bergoyang
macam spring patung mainan McDonald tu. Habiss...kata aku dalam hati. Telenglah anak perempuan aku
ni sampai ke besar. Nak jadi kan cerita paman kepada pembantu rumah ku datang melawat anak saudara
nya yang bekerja dengan ku. Katanya;  " nak...kalau mau diobat teleng ini. Waktu mandi ambil gayung dan
cangkokkan dari arah leher yang teleng itu ke arah tengah leher. Contohnya leher yang teleng itu kanan.
Ambil gayong dan lakukan seolah mencakuk dari arah kanan ke tengah tengkok. Kemudian cangkukkan lagi dari arah kiri ke tengah tengkok. Buat setiap satunya 3 kali sambil membaca selawat tanpa henti."
Ajaibnya petua ini mujarab. Selepas beberapa bulan aku amalkan petua tersebut , leher Nurul berhenti
bergoyang dan lehernya tak teleng lagi. Syukur alhamdulilah...kalau tak sampai ke besar lah leher Nurul
macam spring !

3. Petua bila cili yang ditumbuk masuk ke mata.
 
Jika yang terkena itu mata kanan - hisap ibu jari kaki kiri.
Jika yang terkena itu mata kiri - hisap ibu jari kaki kanan. ( Macam toyol pulak rasanya kan ? )
Ibu jari kaki yang korang hisap tu tak payah tanyalah ' rasa ' apa. Tapi memang mujarab.
Tak sampai seminit korang jadi toyol tu ...mata korang dah boleh dibuka tanpa dibasuh dengan air !
Hebatkan ? Hahahahaha......
bila mata termasuk cili, hisap ibu jari kaki, petua mujarab dan berkesan