tekak aku dah agak sinonim dengan Laksa Penang dan Laksam Pantai Timur. Tapi lebih kerapnya laksa penanglah. Bersepah peniaga warong yang menjual laksa penang di KL dan Selangor ni, sedap dengan tak sedap ajalah air tangan mereka. Harganya sama. Aku cuma buat laksa penang bila terasa nak buat open house. Selain dari nasi dagang dan kari bagai sempena hari raya, laksa penang adalah juadah yang aku buat untuk pilihan tetamu yang sudah ' kelenger' dengan masakan bersantan.
Tapi itu hari aku buat laksa johor ni pasal kawan-kawan anak aku si Farah datang menziarah dia yang dah seminggu sakit dan terlantar di rumah. Tu lah tak ada kerja sangat. Konon nak hilangkan boring dan tension lepas balik kelas di kolej, pegi panjat pokok mangga di tengah padang berdepan dengan kondo dia orang tinggal. Setakat panjat pokok mangga yang berbuah lebat ok lagi, ehh...tangan tu gatal benar ambik galah tolong jolokkan mangga untuk kekawan dia. Eei..., sama geli aja bebudak ni. Habis sudah menjolok buah mangga bagai baru perasan pokok tu dipuja untuk tempat sembahyang. Siap berikat tali warna 3 lapis. Nah kau....cabut lari semua. Esok balik kuliah, terus demam. Tetiba aja suruh aku ambik dia kat kolej. Aku tanya kenapa? Saja rindu mama katanya. Eleh, tak ada maknanya rindu. Baru 2 hari hantar balik kolej dah mintak dijemput semula . Ada hal lah tu.
Sebaik sampai di ofis papanya dan sebaik nampak je muka aku terus menangis. Badan dia aku tengok sedap aja berdiri depan mata tapi kalau renung mata dia dah macam ayam kena tungau. Papa dia pun terkejut tengok anak sulungnya menangis. Farah cerita badannya panas semacam lepas panjat pokok mangga di depan padang. Malamnya Farah tak boleh tidur. Dia terasa ada benda yang memerhatikannya dari dapur. Aku pun memang tak pandai kan, aku cuma cakap jangan dilayan perasaan tu. Sampai rumah dia terus pengsan , lepas tu mengaduh perutnya sakit. Siap lengkap dengan sakit tengkuk, sakit tekak dan gatal-gatal seluruh badan lagi. Jawablah, aku bersuara dalam hati. Dah nama sakit pergi jumpa doktor yang fizikal dulu lah. Ikut procedure. Tak baik karang, baru kita cari alternative lain. Dalam tempoh seminggu dia terlantar di rumah tu, apa ubat pun dia tak mau makan. Jadi macam budak kecik pulak. Siap aku tumbukkan pil dalam lesung untuk dia telan ubat doktor.......haram, dimuntahkan semula pil-pil tu semua. Macam dia tak bagi aja si Farah makan ubat.
Suruh mandi dia tak mandi, panas badan jangan tanya...., jejak ke 39 darjah celcius. Selalu anak-anak aku bila demam, memang aku suruh mandi. Mandi itu terapi yang boleh menyejukkan badan dengan cepat. Tapi kali ni dia buat donno je. Aku juga yang kena heret anak yang dah berusia 19 tahun ni pegi mandi. Dia main termenung aja. Lepas mandi pulak tumbuh semacam bintik-bintik merah di tangan dan kaki. Aku risau takut si Farah ni sebenarnya kena denggi, tapi kenapa kulit tangan dan kaki pulak bertukar menjadi lebam kehitaman ? Huh, ajak gurau-guraulah tu.
Tak apa, kita pegi klinik semula. 2 kali aku berulang alik hari ke klinik, masuk hari 5 aku fed up. Jom gi jumpa ustaz. Uztaz ni bagi air je. Minum air uztaz tangan dan kaki dia pulak bertukar warna merah semerahnya. Badan dia dah macam udang kena bakar aku tengok. Dia sibuk menggaru-garu tapak tangan dan kaki dengan muka selenga. Macam tak ada kat situ anak aku nih. Sibuk kat alam dia sendiri. Huh, memang malas aku nak layan penyakit begini, pimpin dia ke bilik air, bagi dia minum air uztaz, lebihnya aku campur dalam air mandi. Tak pasal-pasal lepas 19 tahun kena mandikan anak semula. Umur 14 tahun aku mandikan dia sebab mengajar mandi wajib. Ehh, 5 tahun lepas tu kena mandikan semula anak dara ni pasal dia tengah mengong bahana panjat pokok mangga yang orang puja. Memang cari pasal betullah si Farah ni. Yang peliknya dari 4 orang yang sama memanjat tu cuma dia sorang yang terkena. Nak jadi kisah kan ??
Ehh, bukan tadi aku cerita pasal nak buat laksa ke ?? Oklah kita cut it short, bahan-bahannya :-
A. Bahan utama.
1. Ikan kembung 1 setengah kg direbus dan dibuang tulang ye.
( Tak mau guna ikan kembung ikan pelaling pun boleh. Ikan kembung kat BB ni mahal ooo.
Sekilo dekat RM 20, terkejut badak aku pagi tu kat pasar ).
3. Spaghetti. Guna spagheti Barilla ni best sikit untuk laksa johor sebab saiznya lebih halus dan texturnya lebih lembut dari spagetthi biasa.
B. Bahan rempah
- 1 setengah inci lengkuas. ( lebihkan lengkuas dalam masakan untuk menaikkan aroma kari )
- 2 batang serai
- 1/2 inci kunyit
- 1 inci halia ( halia muda lagi senang nak diurus )
- 2 ulas bawang putih ( 2 ulas tau bukan 2 labu. Mata tu baca betul-betul )
- 5 ulas bawang kecil merah
- 3 labu bawang besar ( hentamlah nak yang warna kuning ke merah, ikut korang lah )
- lada kering segengam. ( Aku tak reti main gram-gram ni. Malas nak menimbang bahan. )
- Rempah kari satu senduk nasi. ( Ala, sebungkus setengah paket kari yang kecik tu le )
- Santan jangan lupa tau. Beli santan yang RM 3 tu sudah.
- Seketul manisan ( Gula melaka yang bulat leper tu lah. Orang pantai timur pangil manisan )
C. Bahan ulam-ulaman ( perhiasan atas laksa johor )
- Taugeh ( bahan wajib nih ) . Beli sehinggit aja cukup.
- Daun selasih 3 ikat. ( Kalau boleh dapat le, kalau tak jumpa beli ajalah daun ketumbar )
- Daun kesom 3 ikat
- Timun 2 batang. ( Potong jadikan 4 keratan setiap timun, buang isi tengah dan kita gunakan bahagian
tepinya aja ). Alah hiris macam nak buat jeruk nasi dagang tu .
- 5 batang bunga kantan ( kalau tak kenal sila google imejnya yer )
- Limau kasturi ( ikutlah berapa banyak yang korang suka )
Cara-caranya :-
Ikan direbus dan dibuang tulang. Kisar isi ikan. Udang pun sama, rebus dulu baru dibuang kulit. Air rebusan ikan dan udang jangan dibuang. Semuanya nak diguna untuk dimasukkan kedalam kuah. Kepala udang tak payah dibuang. Boleh dikisar sama tapi ditapis - ambil air tapisannya saja.
- Blend ke semua bahan B jadi satu kecuali rempah kari dan manisan tu tak payah lah diblend. Jangan buat-buat sengal pulak. Lepas blend, panaskan minyak dan tumis bahan-bahan tadi sampai naik bau. Campurkan sekali seketul manisan dalam bahan yang ditumis dan biarkan warna tumisan menjadi merah tua. Bila dah merah tua tanda ia dah cukup tanak dan bolehlah campurkan sesenduk kari ikan ke dalam tumisan yang masih mendidih dan kacau-kacau lagi dalam kuali untuk selama 5 minit.
Dah 5 minit kan ??
Haa...tuang air rebusan ikan dan udang. Kacau bagi dia sebati dan biarkan mendidih. Bila dah mendidih baru masukkan santan. Lepas masukkan santan ni boleh lah nak letak garam and aji no moto
( kalau suka ).
Renihkan kuah laksa johor dengan api yang perlahan. Kalau api yang dibuka besar alamat pecahlah santan korang. Boleh juga sebenarnya tapi kuah laksa tu bakal jadi kurang lemak dan kurang berkrim alias kurang menyengat. Didihkan dalam 15 minit lepas tu bolehlah matikan api dapur. Settle beb.
Masa nak menghidang nanti letak le spagetthi dulu dalam pinggan dan atasnya ditabur dengan hirisan daun kesum, daun selasih/daun ketumbar, hirisan timun yang dipotong halus memanjang, hirisan bunga kantan dan
letaklah sepotong limau kasturi kalau suka. Jadinya macam dalam gambar ni lah.
Ni gambar ikhsan google. Dia letak kuah sikit je sebab nak bagi laksa tu nampak cantik terhias....
Haaaa......yang kat bawah ni laksa aku , Perabah hiasan semua dah tak
nampak pasal spagetthinya dah tengelam dek tsunami kuah. Makan kuah sikit mana sedap. Aku ni jenis makan banjir-banjir.
Nota :
Semua bahan yang dituliskan di atas cukup untuk korang masak seperiuk besar untuk 14 orang makan bertambah. Ya lah masa aku masak laksa tu kawan Farah yang ziarah dia tu datang 6 orang, campur aku anak beranak 5 orang, campur bagi kat jiran sebelah 2 orang. Semua makan bertambah. Penghujung cerita laksa johor aku habis hari tu juga. Hehh...jualan laris hari ni ;-)
No comments:
Post a Comment