Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Kajang, Kejang,Kejung.

Pilihanraya kecil DUN KAJANG bakal berlangsung pada 23hb Mac 2014 ini. Boleh ke
Anwar Ibrahim menang ? Tapi penghuni rumah Taman Desa Gemilang Sg. Pusu Gombak
kata....( dia kata lah,bukan aku yang kata ) Kajang tu confirm-confirm DSAI punya.
Dia kata lagi Kajang tu kalau letak budak 19 tahun janji bawah PKR je, orang akan undi
dan menang.  Entahlah. Aku malas dah nak fikir bab politik ni. Kepala aku semak dengan
drama/sandiwara politik yang tak pernah habis. Kalau tulis sampai berhelai kertas kajang
pun rasanya tak berguna. Bilalah isu Kajang ni nak selesai ?



Dua minggu kebelakangan ni, aktiviti aku semakin sibuk hinggakan masa untuk berblogging
hampir tak ada. Sibuk mengalahkan menteri ( dia orang perli aku la. Aku faham ).
Tapi aku 'terseronok' pulak dengan aktiviti baru aku yang ini walau pun urat keting hampir
kejangFaham ke maksud kejang ?

Kejang bererti tegang. Alah, dalam bahasa omputih kejang membawa maksud stiff,
cramp. Kejang urat contohnya berlaku bila kita terlalu banyak berjalan atau berlaku
pergerakan otot yang melebihi batasan malah boleh juga berlaku akibat kekurangan
zat kapur/zink.

Akibat terlalu ribut dengan mak cik aku yang kaki menjual kepada saudara mara.
Aku rasa nak pengsan bila dihenyak ke sana kemari membantunya menghidupkan 'line'nya.
Tapi mak cik aku memang hebat. Dia buat kerja 2 in 1 bila sampai di KL. Pertama, dia
ajak aku berziarah rumah saudara mara di KL yang aku tak pernah tau rupanya kaum
kerabat aku dan keturunan Hj. Ahmad Shah memang ramai bermastautin di Selangor
dan KL.

Ke dua,sambil berziarah dia berjual. Oleh kerana suaranya dah macam petir dan aura
arabnya masih kuat jadi tak adalah sesiapa yang berani komplein bila dia datang
memperkenalkan produk . Hahaha....mak cik Jijah, mak cik Jijah.
Dia close saudara mara dulu. Dan saudara mara yang tak mahu mati kejung akibat
kena panahan suara petirnya samada sebab kesian, terkesima, terkedu dengan
 ' skill jualan'nya akhirnya tetap membeli atau terus masuk ahli. Aku salute kat
mak cik aku. Aku sendiri tak ada skill menjual pada saudara mara tapi dia ada.
Hebat.

Dan sepanjang perjalanan, confirm aku tidak mengantuk walau pun terlupa telan
pati delima GULSAN kerana mulutnya berbunyi dan bercerita tidak berhenti.
Bayangkan pemanduan dari Bukit Beruntung ke Mentakab dengan perjalanan sejauh
150km,  melalui Bentung, Karak, Lancang sebelum sampai ke Mentakab .............
dia bercerita dari satu topik ke satu topik...bla, bla, bla,bla, bla - non stop!
Pergh, sabar ajalah aku. Boleh tahan aku tadah telinga selama 5 hari dia di KL.

Dah lah dia duduk sebelah aku, dan aku terpaksa menahan telinga dengan suara
high volume yang rasanya kalau kereta berhenti, kereta sebelah pun boleh dengar story dia
( err...kalau buka tingkap la ). Suara dia Ya Rabbi.., kalau ada mana-mana syarikat
MLM perlukan speaker undangan, bolehlah  panggil dia. Kerana suara dia memang
jelas kedengaran hingga jauh ke belakang dewan. Tak payah pakai pembesar suara beb.
Mak cik, mak cik.....Lin rasa nak kejung dah ni.
Apa pun Lyn sayang mak cik. Terima kasih kerana menjenguk Lin di sini.