Ditambah pulak sakit tekak semakin menjadi-jadi semanjak balik dari cuti sekolah dari Kedah dan Penang.
Tekak ini rasanya seperti dihiris. Sebenarnya sampai sekarang pun tekak aku belum benar-benar pulih tapi...biarkan aja lah. Yang penting aku dah berusaha untuk mengubatnya.
Seingat aku sakit tekak yang bagai tercucuk duri ini aku alami seminggu sebelum cuti sekolah berlangsung. Awalnya aku ingat aku tercekik duri ikan lagi..., tapi tak mungkin kut sebab minggu tu memang aku tak ada makan ikan. Jadi memang mustahil la aku tercekik tulang ikan TAPI aku memang ada makan jajan chezel yang diulur oleh Daniel waktu kami menonton tv dirumah. Dia hulur jajan - aku terus ngap aja lah.
Masa tu memang tak terasa langsung sebarang benda asing masuk sama ke dalam tekak. Tak ada pulak terasa tekak aku payah nak menelan jajan tu. Meluncur laju jer jajan tu masuk ke kerongkong so macam mana nak suspect benda tu punya pasal kan ?
Any way aku cuba bertahan seberapa lama dengan harapan sakit yang mencucuk di dalam tekak itu akan hilang tapiii....haram. Rasa macam digergaji lagi ada. Sampai di Kedah kakak aku ketawakan aku dan suruh aku pergi operate. Suka-suka dia aja mulut bercakap tak ada insuran. Tapi dia mana ada beli insuran punn.
Dipendekkan cerita selepas rasa tersayat di tekak selama lebih 14 hari barulah aku pergi ke Hospital Selayang ? Macam biasa kalau rujuk kat wat emergency pun protokolnya tetap sama - register - ambik nombor - diagnosed by nurse - baru jumpa doktor. Selagi masih boleh berdiri dan berjalan ....jangan haraplah nak diberi keutamaan . Redha aja lah. Bila masuk jumpa doktor dia tanya : -
" Macam mana puan boleh tak perasaan sampai telan plastik jajan aluminium tu ? "
" Kalau saya perasaan....tak adalah saya telan. Mesti benda tu dah 'terblend' sekali dalam adunan makanan tu ".
" Puan pasti tak tercekik tulang ikan ? "
" Dah lebih 2 minggu ni doktor, kalau tercekik tulang ikan mestinya tulang ikan tu dah hancur sekarang. Tapi ini plastik jajan...sampai sekarang dia ada menyempal kat tengah tekak saya ni. Malah kedudukannya bergerak-gerak dalam tekak."
" Ehh...macam ada menuntut ilmu kebal pulak ya ?" doktor perli aku.
" Ehh...belum buat lagi." jawab aku selamba.
Ding dong, ding dong doktor bagi aku surat untuk jumpa pakar ENT ( Ear, Nose, Throat ) monday next week which is dated last 10th of June 2013. Pagi-pagi aku dah tercatuk kat klinik pakar dan kerana dah ada surat rujukan tak adalah lama sangat aku menanti untuk berjumpa doktor. Mr Azmi doktor pakar yang merawat di situ, terkebil-kebil dengar aku cerita kejadian tertelan cebisan kertas bungkusan jajan. Dia tanya ; ' masih boleh makan ?'
Aku jawab ; ' boleh'.
Masaalahnya dah dua kali camera masuk kat hidung aku cari cebisan plastik jajan tu tapi tak jumpa. Doktor cuma nampak tekak aku memang ada bengkak dan luka tapi apa barang yang menyebabkan luka tu - haram tak nampak. Dari masuk wayar kamera ikut hidung, pergi ke minor surgery guna bius dan masuk kamera ikut tekak pun tak nampak apa-apa. Dan barang yang ada kat tekak aku ni pulak satu hal. Bila doktor masukan wayar benda ni akan menyelinap di celah rongga tekak duduk diam-diam kat situ sampai camera suluh pun tak nampak. Kalau dah tak nampak....apa bendanya yang nak discoop ? Tapi aku sendiri rasa dan aku sendiri jolok jari telunjuk ke dalam tekak dan memang aku dapat sentuh kertas plastik aluminium di situ. Siap boleh tekan dengan jari lagi - rasanya memang licin macam kertas jajan tulah !
Mr. Azmi tengok muka aku dengan wajah tak percaya ; ' ehh..mana sampai nak jolok jari dalam tekak mesti awak muntah nanti.'
' Sampai. Insyallah sampai. Saya tahan nafas dan saya dapat sentuh tapi tak boleh nak tarik keluar sebab ia melekat kuat kat tekak saya '. Adoii...doktor tu mesti cakap aku auta ke poyo ke. Suka hatilah. Badan aku, rasanya sekarang ni aku dah dapat baca bahasa tubuh.
Tapi ya la, kuasa Allah . Hingga saat ini walaupun dah hampir sebulan 'alien' tu ada di dalam tekak dan bermaharaja lela bergerak ke sana kemari aku tetap bersyukur walau pun bila minum terutamanya air sejuk terasa lubang tekak aku dah bertebuk jadi dua ! Apa pun aku percaya semua perkara yang baik dan buruk ke atas diri aku hanya berlaku dengan izin Allah SWT.
Teringat seorang teman memberikan komen di FB aku , ' ala tengok keldai dadah tu telan kertas aluminium ok jer - tak mati pun '.
Aku jawab; ' Dia telan benda dah bulat bang. Macam telan duit syiling...masuk ke perut keluar ikut najis. Dan adalah juga AURA NAK JADI MONEY CHANGERNYA '. Ini cebisan pembalut jajan bang kalau doktor jumpa masa di scooped tempoh hari mungkin saya pulak dapat aura nak jadi tokey kilang jajan, tapi dah 2 kali masuk camera tak jumpa-jumpa nampaknya AURA NAK JADI TOKEY KILANG JAJAN TAK JADI KENYATAAN !!!
Ya Wahhab, Ya Wakil, Ya Wali...., tolonglah ampunkan dan sembuhkan hamba Mu ini.
moga cepat sembuh yer kak..kalo dah plastik tu dok dalam tekak,memang perit tapi nasib akak masih baik..dapat lagi menelan..
ReplyDeleteTerima kasih atas doanya Zee.
Deleteko' bisa sampai nelan plstik mbak?
ReplyDeletelain kali hati-hayi kalau mau makan jajan.
Hahaha...anak hulur, akak telan aja Kstiawan.
DeleteBahayanya benda tu..takut saya..semoga cepat keluarkan dan sembuh..bahaya tu lama2
ReplyDeleteTerima kasih Mieza. Tak keluar pun sampai la ni.
Deleteadeh.. maksudnya alien tu masih ada lagi dalam kerongkong kak lin lah ni??
ReplyDeleteIyo Boni ooi.
Deletememang tak selesa ni
ReplyDeletemoga2 segera hilang dengan izinNYA
Insyallah dengan izinNYA.
Deletehmmm mungkin plastik tu melekap baik punya kot tu yg kamera tak nampak....apa2 pun semoga cepat cembuh kak lynn...
ReplyDeleteTerima kasih Timi. Ramai doakan...moga-moga sembuh betul.
Deleteaduhai kak..sy yng bca ni rasa seriau pula..mcm dapat rasa je..yela kertas tu kn rasa tajam2..
ReplyDeleteTau tak apa Mimie. Mesti plastik tu dah terblend sama dengan tepung bancuhan chezel sebab tu tak terasa.
Deletehuhuhu tak pernah lagi alami ni
ReplyDeleteADa tulisan puasa - ada apa alasannya?
ReplyDelete