Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

NIOSH - keperluannya pada kontraktor

" Ishh, buat perangai lagi dia ni, bergaduh pulak dia dengan engineer tu..sekarang kerja dah kena stop.., kan ke menyusahkan ", hubby aku menggaruk kepalanya dengan muka tension.

" Si mamat tu memang dah lama buat hal kan ? Bila tak ada kerja ..tanya soal kerja. Bila ada kerja tunjuk besar kepala pulak." Dia diam.

" Bukan dah lama ke dia sentiasa buat masaalah ? Eloklah dia tunjuk besar kepala kali ni senang abang nak tendang dia. Tak payah cari alasan lagi. Lepas tu cari je pekerja lain. Retrain yang baru lagi senang. Tak banyak songeh," aku mencurah minyak ke api.

" Nak cari orang baru tu bukannya senang. Nak buat iklan semula....,bukan hari ni iklan keluar orang terus datang interview. Bila dah dapat orang nak kena hantar kursus NIOSH pulak. Bayar lagi RM 250 seorang. Kalau budak tu tak lulus, burn aja lah duit. Hantar lagi untuk mengulang. Bayar lagi," keningnya berkerut sewaktu dia  membebel begitu.

                                                  

Itulah NIOSH. Sijil NIOSH adalah merupakan pasport keselamatan yang diwajibkan kepada para kontraktor dan pekerjanya yang mengambil kerja-kerja kontrak dengan agensi kerajaan seperti TNB, JKR, TELEKOM, PETRONAS, PELABUHAN dan PLUS ( just to name a few la ). Setiap Pasport Keselamatan NIOSH adalah berbeza mengikut kontrak kerja yang dilakukan dengan sesebuah agensi itu. Contohnya jika sebelum ini seseorang itu memilik Pasport NIOSH-TNB, ( iaitu bekerja dengan syarikat kontraktor yang menjalankan kerja-kerja TNB ), maka apabila seseorang pekerja itu berhenti dan terlibat pula dengan syarikat kontraktor yang membuat kerja-kerja TM, maka dia mestilah lagi sekali menduduki taklimat dan ujian percubaan untuk mendapatkan sijil/pasport NIOSH-TM pula. Sebaliknya jika dia hanya beralih majikan / syarikat kontraktor A ke B tetapi masih menjalankan kerja-kerja TNB maka sijil NIOSH nya yang sedia ada boleh digunakan selagi tidak tamat tempoh.

Objektif Pasport Keselamatan NIOSH ini adalah :-

1.  Mengubah pemikiran dan sikap para pekerja untuk meningkat
     kan tahap keselamatan dan kesihatan di tempat kerja yang
     setaraf dengan fungsi-fungsi perniagaan di dalam industri dan
     mengamalkannya.

2.  Menyediakan latihan asas yang diperlukan untuk pekerja-
     pekerja kontraktor meliputi pengenalan kepada hazard dan 
     risiko di dalam industri yang diceburi. 
     Dengan menyediakan langkah-langkah pencegahan dan kawalan 
     yang perlu bagi memastikan keselamatan dan kesihatan
     pekerjaan serta supaya dapat meminimakan kemalangan
     di tempat kerja.

Persijilan itu dikelolakan oleh NIOSH Certificate Sdn. Bhd 
( NCSB ) iaitu badan persijilan yang diiktiraf dan merupakan
anak syarikat milik penuh NIOSH, yang diselia dibawah Kementerian Sumber Manusia Malaysia.

Pengerusi NIOSH Tan Sri Lee Lam Thye bulan lepas ada  menyatakan yang Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara ( NIOSH ) menyasarkan sebanyak 500 syarikat bakal menerima sijil pengitirafan bagi Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja ( MS 1722 dan OHSAS 18001 ) menjelang 2015.

Nampak tak pentingnya pasport NIOSH ? Tak ada pasport ni baik kontraktor mahupun pekerjanya tak dapat lah masuk ke kawasan kerja. Sentiasa ada orang yang memantau kesahihan pekerja-pekerja kontrak ini. Tapi di pihak majikan pula kadang-kadang terasa rugi pulak menghantar pekerja untuk ambil periksa NIOSH kerana majikan berdepan dengan risiko pekerja yang dihantar kursur/taklimat tadi akan cabut sebaik saja mereka mendapatkan sijil. Kadang tu belum sempat buat potongan gaji pekerja dah cabut. 
RM 250 yang terbang siapa yang menanggung ? Majikan juga.





No comments:

Post a Comment