Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Destinasi Percutian Melastik Bintang

                    Contest DESTINASI PERCUTIAN MELASTIK KE BINTANG.

Contest ini dianjurkan oleh melastikbintang.com sempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke 2.

Mula-mula saya hampir tersedak bila dia tulis ; bersempena Ulangtahun Perkahwinan MB dan Isteri Yang Ke-2..Hah ? Isteri ke 2 ??? Lepas baca ayat tu 3,4  kali barulah faham. 
Sorrylah bro MB, tersilap mata memandang...hehehe



Apa yang menariknya bagi contest/segmen ini ?

Memang berbeza pertamanya kerana contest ini kelihatan lebih dewasa dari segmen-segmen lain yang hampir sewaktu dengannya.
Ke duanya kerana hadiah-hadiah yang ditawarkan juga ehem...bolah tahanlah. Tak nampak macam yang biasa-biasa saja.
Ke tiga, kerana hati saya senang nak masuk. Oleh kerana contest ini tidak nampak kebudak-budakan maka saya dengan rela hati memasukan nama saya untuk contest Destinasi Percutian Melastik Bintang ini.

CONTEST. DESTINASI PERCUTIAN MELASTIK KE BINTANG, CONTEST MELASTIK BINTANG, PERCUTIAN KE MAKASSAR UNTUK LINA , LYN MUNIR DAN MELASTIK BINTANG, DESTINASI PERCUTIAN MELASTIK BINTANG OLEH LYNNMUNIR
                                               
Sebenarnya ini adalah segmen ke 2 yang saya sertai selepas segmen Bloglist 12 jam yang dianjurkan oleh Mialiana.com. Ok, ke mana agaknya destinasi yang bakal saya sarankan kepada melastikbintang ni ?
Melastikbintang.., apa kata kalau you berdua pergi ke Kepulauan Makassar yang terletak di Sulawesi Selatan, Indonesia. Apa yang ada di Makassar ?

Okey, ada 7 sebab kenapa MB( melastik bintang ) dan pasangan harus bercuti dan meraikan honeymoon ke 2 di sana :-

1. Makassar mungkin bukan sebuat bandar sesibuk kota metropolitan seperti
    Jakarta tapi di sinilah tempat terletaknya Taman Tema Tertutup atau
    indoor theme park yang terbesar di Indonesia.
 
    Di dalam Taman Tema Tertutup ini lah terletaknya Trans Studio Makassar
    yang dibina di keluasan 24 hektar ! Studio itu kemudiannya dipecahkan
    kepada 3 bahagian iaitu :-
 
    a) Trans Studio Theme Park
    b) Tran Studio Resort
contest anjuran melastik bintang, cuti ke makassar, makassar indoor theme park, trans studio theme park, tran studio resort, trans studio mall, coto makassar, murah, banyak tempat indah, tukaran wang yang bagus, rupiah, pak cik kayo, idr bakal revalue
    c) Trans Studio Mall            
                                         
                                         
    Memang puas le MB dan pasangan menapak di dalam kawasan tema ini
    nanti. Sila pesan pada isteri supaya jangan berhigh heel sebaliknya
    sediakan kasut yang bertapak sederhana atau flat shoe lagi bagus,
    kalau tak mahu kaki melecet. Jangan lupa kawasan ini dipenuhi dengan
    hiburan di dalamnya yang bakal membuat bukan hanya anak-anak tapi
    juga mak bapak jadi separuh angau akibat tarikan yang tersedia
    di dalamnya. Malah inilah juga hiburan dalaman yang diilhamkan
    oleh Universal Studio, so faham-faham sendirilah apayang bakal
    ditemui nanti.
 
2. Sebagai bandar pelabuhan , Makassar sememangnya boleh bermegah
    dengan pantainya yang mempersonakan. Pantai LOSSARI bukan hanya
    popular kepada pelancong tempatan tapi juga kepada pelancong asing.
    Pantainya yang bersih dan nyaman membolehkan pelancong untuk
    bersantai sambil menonton keindahan matahari terbenam.

contest anjuran melastik bintang, tempat percutian , bercuti ke makassar indonesia, sulawesi selatan, pulau spermonde, apa ada di makassar, pantai lossari yang terkenal, pantai lossari
 

    Seperti kata bekas Naib presiden Indonesia Jusuf Kalla, "
    tiada tempat lain di Indonesia dimana anda boleh menyaksikan matahari
    terbit dan matahari terbenam di tempat yang sama kecuali di sini,".
    Wahh......mesti best kan ? Romantik gitu.

3. Di Makassar juga terdapat aset sejarah yang dikekalkan iaitu
    Fort Rotterdam.Kubu ini sering dirujuk sebagai Benteng Ujung Pandang.
    Kubu ini pernah diserahkan kepada seliaan Belanda oleh kerajaan Gowa
    ke sembilan yangmemerintah Makassar ketika itu. Dan dari situlah
    Benteng Ujung Padang ditukar namanya ke Fort Rotterdam.

jom pergi bercuti, fort rotterdam di makassar, tukaran yang murah, belanja kurang, tak cukup hari bercuti, pakai flat shoe, mee titi, bakso makssar
                                         

4. Coto Makassar dan Mee Titi yang terkenal. Ramai yang syiook makan
    'coto' alias soto ni.

coto makassar, mee titi di makassar, kuah pekat, soto, sop mamak di makassar, rupiah, tukaran wang, kita kayo, pak cik kayo, jerit pak cik kayoo
                                       
    Kalau tengok sekali imbas, kuahnya mirip sop mamak. Pekat dan bersari.
    Coto ini merupakan makanan  klasik di sini dan ianya juga banyak
    dijual di kebanyakan bandar di Indonesia.
    Bab mee titi tu MB memang tak payah makan atas titi. Confirm.
    Mee titi ni sebenarnya macam mee hailam le kat Malaysia tapi ia
    dihidangkan bersama sup yang pekat yang mengandungi beberapa ekor
    udang, ayam, cendawan dan pelbagai sayur-sayuran. Dah tu apa
    bezanya ?  MB mesti tanyakan ??
    Bezanya hang makan kat Makassar le.., bukan makan di Malaysia !


wifi di makassar, coffee shop makassar, murah, tempat lahirnya idea, membangun makassar, bincang kedai kopi, wartawan, birokrat

5. Kedai kopi Makassar.  
 
   Bukanlah stail kopitiam seperti di Malaysia tapi seperti kata Presiden
   Telekomunikasi,Media dan Forum Maklumat untuk wilayah Indonesia
   Timur; kedai-kedai kopi di sini telah memainkan  peranan penting dan
   menyediakan perubahan untuk Makassar.
   Idea-idea untuk membangunkan Makassar banyak bermula melalui
   perbincangan di kedai kopi.  Macam kedai mamak jugalah.
   Kedai-kedai kopi di sana biasa dikunjungi oleh peniaga, wanita dan lelaki,
   para aktivis, wartawan malahan  birokrat. Jadi siapa kata bergebang
   di kedai kopi tiada faedah ?
   Dan Makassar dewasa ni memiliki lebih dari 100 buah kedai kopi tau.
   Eh cuba Mr. MB bergebang pulak dengan wife kat kedai kopi di sana,
   kita tengok idea apa pulak yang hang berdua dapat...........;-)
   ( ke dapat anak lagi satu lepas percutian ni...hahaha )

    Okey sebelum terlupa , Contest " Destinasi Percutian Melastik Bintang "
    ini dianjurkan oleh Melastikbintang.com dan ditaja bersama oleh Sahabat
    Melastik Bintang : -
    AbangEnsem.comBroframestone.comShakiddo.comNadot.my,
    Alyzafisol.comSpudinpunya.comAkubiomed.com.Hazwanhairy.com,
    Afasz.blogspot.comMahamahu.comSiezuka.comYanty.my
    Yanayassin.com,  Wanwidget.com,Namiacinta.comPondokkecil.com,
    Ladfeamir.com dan Ashadin.com. So jangan lupa jengah-jengahlah blog
    dia orang ni juga.
    
6. Bercuti di Kepulauan Spermonde. Dah terlanjur berada di Makassar
   apa kata langsungkan terus dengan menaiki bot ke Kepulauan Spermonde.
   Pastikan MB sampai ke sini kerana gugusan Kepulauan Spermonde ini
   memang terkenal dengan keindahannya dan menjadi bualan ramai. Semua
   pulau-pulau yang terdapat di sini dikunjungi kerana airnya yang jernih,
   pasir putih bersih yang terbentang memanjang.
 
   Enam lima peratus dari pulau-pulau ini masih lagi mengekalkan ciri-ciri
   alam sekitar dan keindahan alam semula jadinya.  Di sini juga
   pemandangan matahari terbenam bakal mencatitkan kenangan yang
   terindah bagi anda berdua.Cara nak pergi ke sini tentulah dengan menaiki
   bot-bot yang di sediakan oleh POPSA ( Persatuan Olahraga Perahu Motor
   dan Ski Air ) Makassaar.

Pulau samalona di makassar, indah, pulau samalona cantik, pulau samalona di kepulauan spermonde, jom bercuti ke sini, destinasi percutian melastik bintang
 
   Kepulauan Spermonde terletak berhampiran dengan tanah besar Makkasar
   dan terdiri dari Pulau Samalona, Pulau Bonatambung, Pulau Lumu-lumu,
   Pulau Kayangan, Kodingareng Keke dan paling best berkunjunglah
   ke Pulau Lanjukang. Istimewanya Pulau Lanjukang kerana di sinilah
   masyarakt kerdil ditempatkan malah diasingkan. Mereka menempati
   keseluruhan Pulau Lanjukang ini dan bilangan mereka di anggarkan sekitar
   50 orang. Rencana tentang orang kerdil ini pernah di keluarkan oleh TV3
   sedikit masa dulu.
 
   Masyarakat di Pulau Lanjukang ini rata-ratanya adalah kaum nelayan
   yang walaupun kerdil tapi berani mengharung lautan luas demi mencari .
   nafkah kehidupan. Ketinggian mereka yang paling tinggi hanyalah sekitar
   150cm, berambut merah dan jarang.

   Paling best dari segi perhubungan dailek yang dipertuturkan mirip kepada
   dailek melayu dari Kepulauan Riau. Tapi mereka bukan orang Riau.
   Sebaliknya adalah daripada etnik Bugis, Makassar, Toraja dan Mandar.
   Jangan risau banyak penggunaan bahasa melayunya di sini.
   Jadi rasanya tidak ada masaalah perhubungan bila enggak bisa berbahasa
   Indonesia atau Jawa gitu.
                             
orang kerdil di makassar, masyarkat cebol, masyarakat kerdil di pulau lanjukang, pantai yang bersih, kerdil cuma ada 50 orang di sini, pernah keluar di tv3, laporan, laporan orang kerdil
                             Yang ini sekadar gambar hiasan.

     Haa....jangan lupa bergambar dengan masyarakat kerdil yang ramah
     ini dan boleh dijadikan entri dalam posting yang berikutnya ;-)
   
7. Sebenarnya bercakap soal bercuti ke Makassar ini banyak yang boleh
    dilawati cuma takut melastik bintang tak kecukupan hari.
    Paling kurang pun seminggu kut kalau nak menjelajah ke tempat-tempat
    yang saya sebutkan tadi. Itu tidak termasuk melawat ke Tanah Taroja
    di sana.
    
Ermmm....macam mana nak sampai ke sana ya ? Okey, cara paling senang
dan murah ialah dengan menaiki Air Asia. Dengan jarak dari Kuala Lumpur
ke Makassar adalah 2,183km dan mengambil masa lebih kurang 3jam
setengah masa penerbangan. Bulan lalu tambang pergi balik ke Makassar
hanyalah RM 182 so, rajin-rajinlah jengah Air Asia dengan membuat
tempahan awal - tembak awal-awal harga tu. Tapi biasanya tambang
murah boleh didapati dengan agak mudah pada bulan Mac dan Jun.

Lagi pun bila lagi nak merasa memegang duit banyak dan menjadi jutawan.
Buat masa ini tukarannya ialah 100 IDR/rupiah bersamaan 
RM 0.0319102. Kalau RM 100 bila ditukar kita dapat balik lebih kurang
IDR 312,732.56 (  Tukaran berubah mengikut kadar semasa ).

Masa ini lah kita nak laungkan ; pak cik kayo ! pak cik kayo !!!!.
Kalau bawa RM lima ribu , confirm hang jadi jutawan kat situ.
Syyyt, dengar kabar Indonesia bakal me' revalue 'matawangnya tahun
depan. Prosesnya sedang bermula sekarang. Pelaburan dalam matawang ini
memang menguntungkan. So balik nanti bolehlah simpan duit Indonesia
banyak-banyak ya. Ok...treat that as rumors ;-)

                                           
5,000.00 MYR
=
15,632,887.89 IDR
1 MYR = 3,126.58 IDR
1 IDR = 0.000319839                


Saya memang jarang menjengah ke blog Melastik Bintang tetapi beberapa
kunjungan ke situ membuatkan saya tertarik dengan niche yang
diketengahkannya. Parenting - memang sangat banyak perkara
yang boleh dibicarakan di sini. Justeru saya berpendapat bahawa
perkongsian tip-tip kesihatan, penjagaan anak-anak malah tips-tips
kekeluargaan memangnya merupakan perkara-perkara yang tidak akan habis
dibicarakan. Penyertaan melastik bintang dalam projek Philips - amalan
gaya hidup sihat membuktikan kesungguhannya dalam mengutarakan
idea-idea yang disampaikan melalui wacana penulisannya.
Selepas ini saya akan dan bakal rajin berkunjung ke site Melastik Bintang.

MELASTIK BINTANG teruslah berwacana , mengisi ruang-ruang
yang kadangkala kita terlepas pandang sebagai ibu bapa. Terutamanya
mereka yang baru bergelar ibu bapa. Jika hidup mu untuk memberi,
maka berikanlah yang terbaik dalam setiap hasil kerja mu.







13 comments:

  1. wah..ada contest ek bro Meor organize...aik...pesal kakak x ferasan ni...hurmmm... ni nak kena terjah ni...

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. Terima kasih Khairol. Saja suka-suka. Saya ni bukan mudah nak join segmen.

      Delete
  3. Replies
    1. Entri ni biasa je, yang bestnya contest tulah ' destinasi percutian melastik bintang '

      Delete
  4. jadi follower ke 100kat sini,keh3

    btw, thanks sudi singgah ke blog
    memang xleh komen eh, dah cek setting
    ok je


    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaah itulah, puas saya belek2 tak jumpa tampat utk dikilk 'komen'.
      Blogger tengah mogok kut itu hari. Anyway terima kasih ya ziarah dan sokongannya di sini :-

      Delete
  5. Adehhh.. rasanya dah pencen ngan kontes2 nih... kalu berkesempatan leh join.. nak BW pown settle job duluuuu(bersawang dah blog/web)... inikan lagi dapat bercuti... terliurrrrrr..

    Anyway semoga sukses SIS!

    ReplyDelete
  6. Hey, masuk ikut gerak hati Irsah. Rasa teringin join - masuk, kalau tidak akak pandang je la apa contest/segmen pun.

    ReplyDelete
  7. Your article is very helpful. you can visit my website.
    xe currency xe currency

    ReplyDelete
  8. I am questioning that during this time you must deliver a try and this new app My Backup Pro Apk : which is now maximum trending app inside the global.

    ReplyDelete