NATACHAUMAIRA BLOGSPOT....PANDAI DIA MENGUTUK AKU.
NATACHAUMAIRA BLOGSPOT.COM , pandai budak kecik ni mencurah perasaan dia.
Nak tau apa dia tulis ? Baca sendirilah .
Budak keding ni memang berani, walaupun BI dia berterabur sikit tapi biasalah when english language is not your mother tongue and hardly speaking at home.....what do you expect ?
Sekurang-kurangnya aku tahu yang dia sedar aku tak main-main dengan ugutan aku.
Aku cakap dah dengan budak kecik ni, kalau rasa nak main-main aku tak kisah. Keluar je result periksa kalau ' A'nya tak cukup korum aku nak buat iklan besar-besaran di wall FB aku dan di wall FB dia ;
PEMINANGAN DI BUKA SEKARANG !!!
Suruh laki engko bela...aku malas nak semak otak.
kata Boni Kacak waktu aku sembang dengan dia dan blogger Irwan dalam sesi ngeteh kat Salam 1Cafe Jumaat lepas;
" Kak Lyn kalau saya tak jadi dengan ehem-ehem.., saya ingat dengan Natasha boleh kut, "
Ceh, ayat tak boleh blah yang diucap dengan selamba oleh Boni buat aku nak tersembur air teh tarik tu kat muka dia.
"Kik,kik,kik, dia ketawa lagi bergegar badan. Nasib baik Salam Satu Cafe tu tak bergegar sama dengar proposal dari dia.
" Abang Wan kata ada 3 syarat kalau ada rombongan lelaki nak pinang Natasha bila dia besar nanti, nak tau ?"
" Nak, nak apa dia ?" Boni kacak bertanya excited. Irwaneleysha tersengih cuma.
" Pertama : Lelaki itu hendaklah PEKAK."
" Pekak ?" Boni ternganga mulut.
Aku terus menyambung," yang ke dua bakal suami mesti tahan kena maki...........
Syarat ke tiga ; suara kau mesti lebih nyaring dari suara dia ," Aku tenung muka Boni Kacak, cermin matanya dah jatuh setengah hidung.
" Haa..ni syarat yang akak tambah sendiri, kau dah sanggup nak tukar panggilan dari 'akak' ke 'ibu mertua ku ?"
HAHAHAHAHA...........
" Yang lain semua semua saya sanggup Kak Lyn, bab nak kena maki tuuuu yang saya tak sanggup," dia geleng-geleng kepala sambil tangannya menepuk-nepuk peha.
Ambik kau. Kau baru tau yang mak keding aku tu kuat maki . Jangan try-try nak buli dia, tak padan keding tu sekali dia jerit ...mau pekak kau seumur hidup. Tak dapek den nak menolong ea. Kau jangan panggil besan aku serang aku pulak. Kau dah tau kan dia anak orang Kelantan, faham-fahamlah perangai orang kelantan yo..hahahaha.
p/s :
Aku pun sejak lebih 120 bulan lebih banyak cakap jawa dari jerman apa hal hahaha ;-)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Hahaha ! Da baca belog dia . Penulisan yang terBAEK !
ReplyDeleteKecik-kecil cili padi Qaseh.
Deletehuhuhu kena dpt laki yg lebih garang laa baru tak kena maki :)
ReplyDeleteKalau laki lebih garang awal-awal dia reject Khairul..
DeleteAkak pun tak nak terima tak sanggup tengok anak kena dera..hoho
hehhehehehe pandai budak kecik nie
ReplyDeleteItu pun tak sengaja terjumpa dan terbaca blog dia.
Deleteowh perasan cume x brapa nmpk je sbb slalu mamai time online.
ReplyDeletekene ltk sy dlm bloglist tu br prasan haha
Pandaila ko punya mamai. Anyway profile pic untuk G+ yang terbaru tu lawo oo. Ni letak gambar duet kat sini ni...ehem :-)
DeleteHehehe... Pelik betul syarat nak kawin kali ni.. Xpernah dibuat orang.
ReplyDeleteEh dah bagus tu Hazmin kalu ikut style Thailand kena letak pistol sebelah waktu cerita bab jumpa mak bapak ni hehehe.
Delete