JUJUR bukanlah satu abstrak yang susah difahami.
Di dalam islam , jujur adalah sebahagian dari iman. Kejujuran
merupakan perkara teratas yang perlu ada
dalam setiap hati mahu pun amal dan perbuatan setiap manusia. Jujur biasanya
lahir dari hati yang ikhlas tanpa mengharapkan sebarang balasan. Bersikap dan berlaku jujur dapat membimbing
kita ke arah kebaikan dalam menjadi insan yang lebih cemerlang di masa hadapan.
Dalam sebuah hadis, Nabi Muhammad saw bersabda; ‘
Hendaklah kalian bersikap jujur kerana kebenaran dan kejujuran itu bakal
memimpin seseorang ke arah kebaikan dan kebaikan itu pula akan menyampaikan
seseorang itu ke syurga.'
Dalam konteks kehidupan kita pada hari ini kejujuran
sering kali dicari dalam sesuatu perhubungan.
1. JUJUR DALAM PERHUBUNGAN KITA DENGAN ALLAH TAALA.
2. JUJUR BILA BERPELUANG MENJADI PEMERINTAH
3. JUJUR SEBAGAI PEMEGANG AMANAH KETIKA MENYAMPAIKAN
HASRAT RAKYAT MARHAEN KEPADA ORANG ATASAN.
4. JUJUR BILA MELAKUKAN AKTIVITI PERNIAGAAN
5. JUJUR BILA MENJADI AYAH DAN IBU
6. JUJUR DALAM PERHUBUNGAN SUAMI ISTERI
7. JUJUR BILA MELAHIRKAN PENDAPAT
8. JUJUR DALAM PENGAKUAN
9. JUJUR DENGAN PERASAAN SENDIRI
* Berlaku jujurlah dalam perhubungan kita dengan AllahSubhanaHuwata'alla.
Whatever you want to do for Allah in His name,
do not force yourself. Always do it sincerely with a full heart…Forcing
yourself would only create distress in the heart. So do to what you are only
capable of and it will Insya-Allah gradually be easier for you to do more(but
always try to push yourself).
Setiap orang itu mempunyai peluang yang sama untuk bertaubat selagi dia bersungguh-sungguh dalam usahanya dan berusaha meninggalkan dosa-dosanya
Buatlah sesuatu ibadah ATAU turuti sesuatu perintah itu hanya kerana DIA. Bukan kerana
manusia. Bukan kerana ingin dipuji dan disanjung. Juga bukan kerana bimbangkan cercaan
manusia. Bukan kerana ingin dipuji dan disanjung. Juga bukan kerana bimbangkan cercaan
orang ramai. Tidak juga kerana merasa diancam dengan segala seksaan pedih yang telah
Allah janjikan bila melanggar perintahNYA.
Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang dan DIA tidak akan memberatkan
sesuatu perkara itu kecuali sekadar yang mampu ditanggung oleh hambaNYA. Jangan mudah
goyang dengan apa yang orang katakan tentang diri kita tetapi percayalah sesungguh hakim
yang lebih berhak mengadili diri kita hanyalah Allah SubhanaHuwata'alla. Hanya DIA yang
segala perkara yang kita lalui dan apa jua rahsia yang kita sembunyikan.
* Jujur dalam menjalankan amanah kerja sebagai pemerintah.
Pemerintah yang tidak jujur akan dipertanggungjawabkan di akhirat nanti.
Ma'qil bin Yasar r.a. meriwayatkan bahawa Rasullah saw bersabda ; Mana-mana pemerintah
yang memerintah rakyat Islam, tiba-tiba pemerintah itu mati dengan keadaan menipu rakyat,
maka Allah melarangnya masuk syurga.
yang memerintah rakyat Islam, tiba-tiba pemerintah itu mati dengan keadaan menipu rakyat,
maka Allah melarangnya masuk syurga.
( Hadis riwayat Al-Bukhari dari Muslim )
Begitu juga bila dilantik dan diberikan amanah sebagai orang kepercayaan untuk menyampaikan hasrat rakyat marhaen perlulah kita ikhlas dalam menjalankan kerja kita. Lakukan bukan kerana
'undi' tapi yang yang lebih penting kerana Allah itu Maha Mengetahui.
* Jujurlah dalam perniagaan
Meningkatkan keuntungan memang menjadi hasrat dan impian semua yang bergelar peniaga.
Dewasa ini pelbagai cara dan tektik pemasaran dilakukan. Gimik jualan dengan ayat-ayat
manis yang yang kadang kala ternyata ' kosong janji dari bukti'. Teknik pemasaran yang
terkandung kos-kos yang tersembunyi yang tidak dinyatakan dengan jujur, termasuk penipuan
timbangan dalam aktiviti jual beli . Jujurlah bila berniaga.
Dalam satu hadis menyatakan , peniaga yang amanah dan jujur akan
masuk ke syurga bersama nabi - Insyallah.
* Jujur bila diberi tanggung jawab sebagai ayah ibu.
Apabila terbuat sesuatu perkara yang salah, akuilah dengan anak-anak dan beritahu mereka
apakah yang menyebabkan kita terbuat kesalahan itu. Malah beritahu mereka kesalahan itu
bukanlah perkara yang patut mereka contohi. Begitu juga hendaklah jujur dalam memberi
kan kasih sayang tanpa membezakan kasih. Jujur bila menegur kesalahan anak tanpa
menjatuhkan semangat dan maruah mereka, biar sekecil mana sekali pun usianya. Kerana dari
usia beginilah kejujuran itu akan diserap ke dalam pembentukan siasah mereka.
* Jujur dalam perhubungan suami isteri
Tanpa kejujuran jarang rumah tangga mahu bertahan lama. Kejujuran dalam perhubungan
suami isteri itu amat penting. Pasangan yang jujur dapat mengelakkan ke salah fahaman,
dan mengelakan tomahan fitnah. Lebih dari itu ia dapat meningkatkan kepercayaan dalam
ikatan perkahwinan. Suami sebagai tempat isteri bergantung harap , sebagai pelindung dan
pemberi nafkah haruslah menjadikan kejujuran sebagai batu asas yang utama bagi mengelak
kan cemburu buta atau pun pertelingkahan yang boleh memecahkan rumahtangga.
* Jujur bila melahirkan pendapat
Jujurlah kita bila memberikan pendapat. Katakanlah yang benar walaupun kebenaran itu biasanya
menyakitkan. Memang pedih bila ditegur tapi teguran itulah yang bakal menjadi ubat mujarab
untuk kekuatan seseorang bila tiba saatnya nanti.
* Jujurlah bila memberikan pengakuan
Menurut seorang peguam yang berpengalaman luas dalam mengendalikan kes-kes di mahkamah iaitu Ustaz Muneer Mohammed Farid Al-hafiz ; biasanya ketika saksi menjawab pertanyaan
peguam, segalanya tentang saksi tadi akan dinilai. Bermula daripada percakapan, gerak geri
peguam, segalanya tentang saksi tadi akan dinilai. Bermula daripada percakapan, gerak geri
badan atau body language malah pandang dan gerak geri mata turut diambil kira. Saksi yang
berbohong biasanya tidak akan selesa bila sesi soal jawab dilakukan. Nah, lebih bagus untuk
berlaku jujur bukan agar tidak menimbulkan keresahan .
* Jujur dengan perasaan sendiri
Inilah perkara mudah tetapi paling sukar dilakukan terutamanya
oleh manusia yang mempunyai keegoan yang tinggi. Jujur hanya boleh
dilakukan oleh orang yang mempunyai keberanian dan keyakinan hati
yang tinggi. Dan tanyalah pada diri sendiri, sudah jujurkah kita
selama ini ?
Duhai kekasih pujaan hati ku
Dapat kah kau memberi ku satu erti
Sedikit rasa yang bisa ku mengerti
Bukan sumpah atau janji
Sedikit rasa yang bisa ku mengerti
Bukan sumpah atau janji
Buktikan lah bila kau ada cinta
Setulus hati mu bisa memerima
Sebatas kejujuran yang kau miliki
Bukan sekedar bersama
Setulus hati mu bisa memerima
Sebatas kejujuran yang kau miliki
Bukan sekedar bersama
Jujurlah padaku bila kau
tak lagi cinta
Tinggalkankah aku bila tak mungkin bersama
jauhi diriku lupakanlah aku
Tinggalkankah aku bila tak mungkin bersama
jauhi diriku lupakanlah aku
Oh.oh..oh
Jujurlah padaku
Bila kau tak lagi suka
Tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
selamanya
Bila kau tak lagi suka
Tinggalkanlah aku bila tak mungkin bersama
Jauhi diriku lupakanlah aku
selamanya
hati perlu jujur...
ReplyDeleteYa begitulah harapnya Che Rosliza :-)
ReplyDelete