Bila dah tak ada internet, buat bodoh aja lah. Jumaat 22/3/2013 @ 1.47pm aku bergegas menghantar Daniel dan Nurul ke sekolah. Hujan rintik-rintik mula turun. Sekolah rendah , sekolah menengah dan sekolah agama di kawasan itu berada sebelah menyebelah. Jalan menuju ke sekolah anak-anak itu pula merupakan jalan mati. Yang aku tak faham ialah perangai segelintir ibu dan bapa ( terutamanya yang memandu kenderaan ) yang suka sangat memberhentikan kereta dan menurunkan anak-anak mereka betul-betul di selekoh. Sedangkan sepatutnya mereka boleh memberhentikan kereta mereka sedikit ke hadapan ( jalan lurus tempat menunggu dan menurunkan penumpang ). Perangai yang sedikit sengal dan tidak bertimbang rasa ini bukan saja menyebabkan kesesakan jalan di hadapan sekolah malah menyusahkan pemandu lain juga bila mereka yang berkaitan tiba-tiba membelok dan berhenti serta merta di selekoh. Aku tidak tahulah orang lain marah ke tidak, tapi aku memang menyumpah dan menyampah dengan perangai yang hanya menjaga keselesaan mereka sendiri.
Ini tidak termasuk perangai ibu-ibu ( menunggang motor ), yang suka sangat parking motor tu di selekoh dengan duduk di atas motor. Cubalah bergerak ke depan sikit apa salahnya. Selekoh tu dahlah kecik, bila dah ada kereta yang diparking di sebelah kanan jalan dan motor pulak dengan selamba parking dikiri jalan, dengan ibu bapa sibuk mengejar masa masing-masing bila dah tersenggol alias terlanggar, siapa yang nak disalahkan ??? Ditegur marah, dijeling macam tak faham bahasa bila dijeling, bila dah jatuh dari motor.......nak ambik kau. Harap lain kali otak tu berfungsilah sikit.
Biarlah sama-sama mudah. Jangan hanya mudah kat kita, menyusah kat orang !
Di Bukit Berrrr Hontong ni, kalau kita tengok memang banyak mak-mak budak yang bawak motor stail superman. Segak gila. Bawa motor tak pakai helmet dah satu hal, anak kecik yang berusia 2 atau 3 tahun pulak diletaknya dalam bakul motor. So si emak ni tadi memandu dengan anak kecilnya yang berdiri tegak
dalam bakul motor. Bayangkan kalau waktu tu ada kereta yang membelok tanpa memberi isyarat ataupun dia sendiri yang tekan brek emergency......apa jadi pada anaknya yang masih kecil tu ????
CONFIRM TERCAMPAK !!! Lepas tu nak menangis ???
Sendiri mau ingatlah cik kak.
Aku pun tak faham kenapa pengetua-pengetua mahupun cikgu-cikgi, PIBG, malah emak bapak yang lalu lalang ambik anak sekolah di situ tak perihatin atau bersikap sendiri-sendiri. Aku rasalah..., masa aku sekolah dulu-dulu - jangan haraplah nak buat perangai menyusah sebegitu. Baik murid, baik mak bapak, jika berperangai mencarut sebegitu, pasti cikgu displin, cikgu sekolah dan PIBG akan turun padang buat taklimat. Orang tua diingatkan untuk mengawasi anak masing-masing. Kami dinasihati untuk berkerjasama, bertimbang rasa dan mematuhi displin jalanraya. Yang pasti murid-muridlah yang bakal dikompang kuat oleh cikgu displin sekolah aku. Itu belum lagi kisah remaja-remaja ( yang pastinya masih bersekolah ) yang menjadikan jalan mati dan selekoh di trio 3 sekolah itu sebagai tempat merempit bila petang dengan menunjukkan aksi willy yang mengkagumkan ! ( Apa tak kagum kalau aksi lagak ngeri ni tiba-tiba bertukar tragedi. Terseret sebelah badan. Nah engkauuu....makan tu tar jalan raya. Sedap ? )
Tapi aku rasalah...., anak-anak kat situ ramai yang menuntut ilmu kebal. Kalau setakat terseret kat jalan raya tu ....biasa. Dia orang balik rumah sapu minyak gamat. Lagi dua atau tiga hari merempit balik. Haiiilah anak. Acik memang tabik springlah kat korang. Terer nak mampus. Kalau anak aku .....memang aku kerat 4 motor dia. Serius. Memang aku dah warning dengan anak aku yang lagi seorang tu.....kalau aku tau dia ada terlibat dengan aktiviti merempit.... kena tahan polis ka.... jangan sesekali talipon aku. Jawab sendiri. Aku memang tidak akan datang untuk jamin atau keluarkan kau dari lokap. Pi tidur dan mimpi indah dalam lokap tu.Makan nasi bungkus free. Kalau eksiden sebab merempit , jangan harap mama datang dan jaga korang di hospital. Memang aku tidak akan datang. Biar orang kata aku zalim, hati kering - TAK APA. Buat pengajaran seumur hidup. Sebab kaki, tangan, kulit muka, mata, tempurung kepala malah nyawa kau orang sekali pun tidak ada dijual dikedai runcit Eng Liang tu.
Aduhhh....geramnya akuuuu.
PANDU CERMAT JIWA SELAMAT, PANDU BEREBUT NYAWA TERCABUT.
bab menunggang motor ni xtau la..area taman sy pun menjadi-jadi..xtau la apa nk jd gn anak bangsa kita..merempit mkn tar tu mmg dh sebati kot dgn dorg..haisshh
ReplyDeleteEntahlah kadang kita ni kurang kesedaran tentang keselamatan jalan raya. Banyak perkara yang kita ambik mudah tapi akhirnya membawa padah.
Deleteperasann org naik moto dgn kereta lain, jgn senang-senang kita label org tu rempit ke ape kalau tidak tak ada pengalaman naik moto tak semua yang naik moto rempit kan. kelak kalau anak kita naik moto nak ke org label anak kita macam tu?
ReplyDeletesemua kena berperanan dalam hal ini tak boleh salahkan sebelah pihak, setuju lah pandu cermat jiwa selamat. masing-masing kena cermat :)
Serius Khairul, kalau saya bagi address tak payah lama(tunggu sebelah petang dari 5 - 7pm ), 1 hari je cukup. Mesti ada aksi willy dan ini dilakukan depan adik2 yang menuntut di sekolah rendah. Not to touchy tapi ini realiti. Bila tengok si abang jatuh, adik2 yang bersekolah rendah boleh cakap.." hai tak serik-serik lagi ". Budak kecik pun faham.
DeleteMana2 pu ada jer isu ni. Yang sedih tu ramai ank melayu.
ReplyDeleteApa nak dikata....
DeleteAnak mudah sekarang bekin pusing org tua, naik motor seperti ini kalau is dead ya tdk masalah tp kalau cacat org tua jg yg pusing.
ReplyDeleteNah, itu dia sih yang bikin masaalah. Bukan soal kecapiean njaga tapi capek liat mereka menderita dik.
DeleteSaya pulak cukup tak suka dengan penunggang motor yang suka menyelit-nyelit waktu jem ni. Lepas tu langgar kereta orang terus berlalu tanpa ada perasaan bersalah macam tu je.
ReplyDeleteApa-apa pun bukan nak salahkan motor ke apa, tapi memang sikap dan mentaliti orang malaysia tu sendiri berada di kelas ketiga. Tak kira la bawak motor, kereta atau apa jugak kenderaan.
Itulah yang susah nak didefinasikan tu Hazmin. Memang bukan semua yang bermentaliti begitu tapi segelintir dari mereka inilah yang kerap menimbulkan masaalah.
Deletememang dorang tu tahap superman tu kak lin..hahahaha
ReplyDeleteTak termasuk kat depan golf club tu Boni, tiap-tiap petang adoo.
Deletekat mana2 pun sama2.. geram jew kan tgk gelagat mrk nih.. kalu ditegur kita lak kena sumpah.. sabar jew la.. :)
ReplyDelete