Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Dekat di hati

                       
dANIEL, ANAK BUNGSU, MANJA, BIJAK, CERDIK, DANIEL BERGAYA MODEL, ALA MODEL.
Mr. Boncitit


Di kampung




Di Hayat Kuantan. Bab terjun kolam dialah heronya
Usia 2 setengah tahun
Di Pantai Telok Cempedak






Imam muda
Silat cakar rimau. Tengah berlatih dengan abang sepupu ni



Sempat ustazah ni tunjuk peace.


Daniel dengan cousin


Di Eagle Ranch Port Dickson. Posing sebelum bermain Go Cart.
Istana KL
Daniel

Bab bergaya, dialah juara. Tak payah diajar. Memang pandai posing. 

" Daniel sayang mama, bila Daniel dah besar nanti, Daniel tak nak masuk sekolah asrama. Daniel nak tinggal dengan mama....sekolah kat sini aja."

" Kenapa tak nak masuk sekolah asrama ?"

" Mama juga yang kata kan...sekolah kat mana-mana pun sama...yang penting diri sendiri. Daniel nak tinggal kat sini.  Nak jaga mama. Dah besar nanti Daniel nak jadi tokey hotel, mama dengan papa dengan adik-beradik Daniel semua buleh masuk dan duduk di situ..FREE AJA."

" Tapi Daniel ingat masa tu mama dah tua kan ??? Dah tak larat nak jalan...ermm kalau Daniel nak jadi tokey hotel dengan saintis boleh tak ma ? Bila jadi saintis Daniel nak cipta robot. Mama duduk aja kat rumah ....tak payah buat apa-apa kerja, semua robot yang siapkan. Mama tak payah masak - robot Daniel pandai masak. Tak payah kemas rumah - robot Daniel buat. Robot Daniel ni boleh buat semua kerja termasuk jadi security guard. Mama rehat aja kat rumah dengan papa."

" Rehat aja ? Kalau mama sakit macam mana ?"

" Robot ni pandai ma, dia guna kuasa solar. Mama tak payah caj. Daniel dah programkan supaya dia ambik ubat yang betul untuk mama. Mama dah tak payah jumpa doktor lagi kalau sakit..betul maa. "  

" Kalau masa tu mama dah tak larat..kena pakai pampers...nak pegi cebuk kat tandas...robot tu boleh buat ke ?"

" Erkk...rasanya yang tu Daniel tak programkan - kena cari nurse jugalah kan ma ??"

" Dah tu....Daniel buat apa ?"

" Daniel kan sibuk cari duit, mama duduklah dengan robot dulu. Nanti tengahari Daniel balik teman mama jab".

Aduss...bisa.