Mari Letak Link

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Paya bakau, tarikan yang tertinggal

Hutan bakau adalah warisan alam yang perlu dipelihara. Ia menjadi tempat perlindungan
kepada pelbagai species flora dan fauna disamping menjadi habitat kepada beberapa
jenis haiwan seperti buaya, kera, memerang,ketam, beberapa jenis ikan termasuk ikan
yang sinonim dengan paya bakau iaitu ikan tembakul dan pelbagai jenis siput serta kerang
-kerangan. Terdapat lebih 60 jenis species tumbuh-tumbuhan di dalam hutan paya bakau.
Hanya itukah kepentingan paya bakau pada manusia ?

Harian Metro ( khamis 1/5/2014 ) di muka surat 40,melapurkan banjir yang terjadi
akibat air laut pasang yang berlaku di Kg.Sungai Batu,pantai Remis,Perak. Rumah
penduduk kampung dimasuki air separas pinggang. Bukan itu saja,malah obor-obor
juga mula memasuki rumah mereka. ( Obor-obor berupaya mengeluarkan bisa bila
tersentuh pada kulit manusia ).Semua ini berlaku akibat kerja-kerja dari projek
pembinaan perumahan yang dijalankan oleh pihak pemaju di kawasan itu dan
mengakibatkan kemusnahan hutan paya bakau seluas 80 hektar dikawasan tersebut.
Pihak pemaju dikatakan telah menebang pokok-pokok bakau yang menjadi benteng
dari air laut yang melimpah masuk ke kawasan kampung mereka selama ini.

                          Banjir di Kg. Sg.Batu, Batu Remis,Perak. ( sumber : Metro/Google )

Itu dia. Pokok bakau ditebang, obor-obor mula menyerang. Tau apa ubat bila terkena
sengatan obor-obor ? TAK ADA. Betul tak ada....., kecuali gunakan penawar semula
jadi iaitu siram tempat yang kena sengatan itu dengan air kencing manusia.

Bagaimana pula jika Tsunami datang membadai sekali lagi ? Dengan apakah hendak
kita bentengkan ombak ganas itu ? Tanpa paya bakau,jangkauan daerah kemusnahan
akibat Tsunami pasti lebih lebar lagi.

Apa pula ceritanya dengan wujudnya kolam-kolam udang yang berleluasa di hutan
paya bakau. Setengahnya berlesen secara TOL, tapi setengahnya lagi beroperasi secara
haram. Adakah penghasilan kolam-kolam udang itu untuk memenuhi pasaran tempatan ?
Tidak sama sekali. Hasil kolam-kolam udang itu kebanyakannnya adalah untuk dieksport
ke luar negara dengan harga yang lebih mahal dan pastinya amat mengembungkan poket
pengusaha. Adakah kolam-kolam udang ini menyumbang kepada ekonomi negara ?
Bah kan, tidak ! Kebanyakan pekerjanya bukanlah anak tempatan sebaliknya menggaji
pekerja asing dan jadilah bak kata pepatah,' kera di hutan disusukan dan anak sendiri
menanggis kelaparan. Hebat.

Apa yang kita mungkin terlupa atau tidak berapa tahu, hutan paya bakau adalah
sangat diperlukan dalam ekosistem kehidupan manusia. Akar pokok-pokok paya laut,
paya gambut dan paya darat dapat menapis toksin dan melepaskan oksigen untuk
kegunaan manusia dan haiwan.

Hutan paya laut mempunyai lebih dari 50 jenis paya bakau. Di antaranya adalah bakau
jambu, bakau putih,bakau hitam,bakau bulat, pokok jeruju, pokok berembang,pokok
api-api, bakau minyak, bakau perepat dan berus tumu adalah antara species bakau
yang terdapat di negara kita.

Usah dipandang sebelah mata kepada sumbangan paya bakau kepada manusia. Hutan
paya bakau laut yang banyak dipenuhi oleh pokok berembang berupaya memanggil
serangga kecil kelip-kelip untuk bermastautin di situ. Dan kawasan yang ditumbuhi
pokok berembang dengan banyak bererti udara di kawasan itu sangat bersih dan sihat.

Pokok-pokok bakau bukan sekadar dijadikan teras binaan atau piling, malah bakau
yang dah berusia 7 - 8 tahun boleh digunakan untuk menghasilkan kayu arang. Bukan
itu saja daun bakau Jeruju telah dikenal pasti boleh digunakan untuk membuat teh.
Sementara buahnya boleh digunakan untuk mengubat jerawat dan bisul. Buah dari
pokok bakau berembang juga boleh dihasilkan untuk membuat gula melaka, jus dan
jem. Rasanya agak sedikit kemasaman seperti rasa jem strawberi. Nak cuba snack baru ?
Pokok Piai, pucuk nya boleh dibuat snack dengan mencelupkannya ke dalam tepung.
Rasanya seperti bayam celup tepung atau cendawan goreng. Sedapkan ? Emm ....amat
berpotensi untuk dipasarkan dalam perniagaan IKS. Malah beberapa jenis species bakau
telah dikenal pasti boleh digunakan dalam penghasilan perabut seperti dari jenis Tumu
Merah ,Tumu Putih dan Nyireh.

Dan masih ingat atau pernah sampai to the Southern Tip Of South East Asia ?
Setakat hari ini, produk atau resort pelancongan hutan paya bakau yang boleh
dibanggakan, masih lagi dipegang oleh pengurusan resort Tanjung Piai ini. Malah
kawasan hutan paya bakau di sini juga telah digezetkan sebagai National Park
yang terdapat di Johor.

Penyertaan syarikat kooperat Honeywell

Kos pembinaan jeti bagi 100 meter  adalah RM 7,000.00

Lagi penyertaan syarikat luar kepada projek pemuliharaan paya bakau laut.

Bakau berus.

Anak-anak bakau yang mula membesar

Bakau minyak

Teras kayu-kayu bakau yang telah dipotong