ke 2 ikan tembakol @ digelar juga ikan belacak. Ingat kisah Batu Belah Batu Bertangkup ?
Bagaimana Si Pekan memakan semua telor ikan tembakol bahagiannya dan bahagian ibunya
iaitu Mak Tanjung ? Sebenarnya dari kecil aku bertanya- tanya, sedap ke telor ikan tembakol tu ?
Bapak diam tak pernah membalas pertanyaan ku. Yang dia jawab, " entah bapak cuma suka makan
telor ikan masin je. " Je ? Selamba betul bapak aku ni. Eleh bapak, dia yang mengajar aku makan telor
ikan dengan telor penyu, cuma dia tak ajar aku makan telor ikan tembakol.
Ikan tembakol atau ikan belacak merupakan ikan amfibia yang sentiasa dapat menyesuaikan diri
dengan suasana pasang surut. Ikan ini boleh hidup ketika air pasang dan boleh pula berjalan
lengang kangkong di atas lumpur bila air surut. Ketahananya hidup tanpa air boleh disamakan
dengan ikan keli yang mampu bertahan dalam lumpur walau kemarau melanda beberapa bulan.
Kalau ikan lain rasanya dah jadi aruah bila kemarau. Ikan keli hidup beb, Ikan tembakol lagi la hidup dan bermaharaja lela.
Ikan tembakol ini mampu hidup dalam air surut dan bersembunyi di bawah rumput laut yang basah.
malah ia dapat bergerak aktif semasa di luar air. Masa kecik waktu aku tinggal dengan mak, aku selalu
cari ikan belacak ni kat kawasan tali air. Rumah mak dekat dengan hutan paya bakau. Oleh kerana
aku ni jenis nakal dan lasak, balik sekolah aja, aku akan berlari cari ketam dan tangkap ikan tembakol.
Bila dapat tangkap 2 ekor, biasanya aku lagakan sesama sendiri. Hebatnya ikan tembakol ini mereka
sanggup bergaduh sesama sendiri untuk mempertahankan kawasan. Macam tengok ayam sabung pulak
kadang-kadang.
Macammana cara ikan belacak ini bernafas ?
Ikan tembakol / belacak ini bernafas melalui kulit dan lapisan mulut ( mukosa ) dan kerongkong
( pharynx ). Dan itu hanya boleh dilakukan bila ikan ini dalam keadaan lembap. Kerana itu
ikan ini memang sesuai hidup di kawasan paya bakau.
Apa lagi keistimewaan ikan ini ?
Hemm, ikan ni walau dah jadi minyak pun tetap ada benda yang boleh bangun. Ahaks.
Pegi cari sendirilah kat internet, malas mau cerita. Aku cuma suka semangat dua jenis ikan
ini - walau biasanya aku kurang sebulu dengan
yang namanya Pieces !
Aci apa pun perhubungan Leo dan Pisces memang kerap menyakitkan. Pergh.., jiwa kacau sungguh.
Nota :
Kenapa aku tidak memasukkan ikan keli ke dalam list ikan-ikan yang aku suka perhati ?
Ikan keli memang mampu menyelam dalam lumpur dan mampu bertahan lama mengadap
musim kemarau. Tapi pengakhiran keli biasanya sadis. Samaada jadi keli goreng berlada
atau jadi keli panggang. Woo, aku tak mau tragedi sedih yang begitu.
No comments:
Post a Comment